suria

Ibu ‘reject’ bakal menantu nak beli Myvi, label kereta golongan pelajar... Anak gadis buntu, pemandu ‘King of The Road’ bersuara

Luahan wanita itu dikongsi menerusi Twitter.

RESTU orang tua menjadi kunci utama sebelum mana-mana individu melangkah ke fasa perkahwinan bersama pasangan pilihan hati masing-masing.

Namun wujud segelintir ibu bapa yang tergamak meletakkan syarat tidak masuk akal, sehingga membebankan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Di laman Twitter, seorang wanita membuat luahan mengenai sikap ibunya yang meletakkan syarat agar bakal suaminya membeli sebuah kereta sebelum mereka berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara suka bikin kereta, sampaikan sekali pandang nampak macam Volkswagen... suami Sis Myvi dituduh sengkek!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas produk kecil hati dipertikai tak beli Mustang, mak ayahnya dah cukup gembira naik Myvi - “InsyaAllah suatu hari nanti beli GTR”

"Jadi cerita dia macam ni. Saya dah berbincang dengan teman lelaki fasal ni. Okey la dia dah buat keputusan nak beli kereta sebelum kahwin.

"Dia nak beli Perodua Myvi. Lepas tu saya pun beritahu mak tentang hal itu. Tapi respons mak saya macam... dia kata Myvi ni kereta untuk student, tak ada kelas, tak jaga imej kalau pakai Myvi," luahnya.

Ujar wanita itu, dia berkecil hati dengan kata-kata ibunya yang memandang rendah terhadap kereta keluaran tempatan.

myvi3

Kata wanita itu, ibunya menganggap kereta Myvi seperti kereta untuk golongan pelajar. (Foto: Kanda Kacak)

Jelasnya lagi, ibunya sebelum ini tidak meletakkan sebarang jenama, sebaliknya meminta bakal menantu membeli sebuah kereta sahaja sebelum mendirikan rumah tangga.

"Apabila mak saya cakap macam tu, saya terasa pula. Sebab dia kata kena ada kereta, lepas tu bila nak beli kereta, tak kena pula dengan tekak (kehendak) dia.

"Yang nak kahwin tu saya, bukan mak. Jadi kereta apa pun saya saya okey saja. Cuma mak saya ada cakap kat saya suruh ikut cakap dia, kalau tak... menyesal.

"Ayat tu buat saya rasa macam betul ke menyesal sebab pakai Myvi je ke?" ujarnya lagi.

Tambah wanita itu, dia membuat perkongsian kisahnya kerana mahu bertanyakan pendapat orang ramai.

Dia kata Myi ni kereta untuk student, tak ada kelas, tak jaga imej kalau pakai Myvi.

BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN

"Jadi saya nak minta pendapat la, kalau (sikap) mak macam ni nak buat macam mana eh?

"Nak pujuk supaya terima seadanya kereta apa dia (bakal suami) nak beli atau biar tak payah pujuk?" soalnya lagi.

Luahan wanita itu dikongsi menerusi laman Twitter @twtmalaywedding dan sehingga kini menerima hampir 700 ulang kicau (Retweet).

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak setuju atas sikap ibu kepada wanita itu.

Dalam masa sama, beberapa pengguna Myvi yang sudah berumah tangga turut berkongsi kisah kebanggaan mereka memiliki kereta keluaran nasional.

myvi2

Beberapa pengguna Myvi tampil berkongsi kisah masing-masing di ruangan komen.

"Dik, suami akak dah 14 tahun pakai Myvi. Akak pun dah 10 tahun pakai Myvi. Alhamdullilah kami dah lama bebas hutang kereta. Baru ni je kami beli rumah. Jadi hutang rumah pula. Alhamdullilah selesa, tak pernah ada isu kewangan. Kita kena rancang sendiri kewangan kita dik.

"Ukur baju kat badan sendiri sis, bukan ikut badan mak awak. Yang nak bayar bulanan nanti bakal suami awak ya, bukannya mak awak nak bagi duit. Fikir logik kat situ. Dah kahwin lagi banyak duit nak pakai, tapi sibuk habiskan duit kat kereta pula nanti.

"Beritahu mak dengan penuh sopan-santun. Mak... hidup berumah tangga untuk saling menyenangkan. Kalau untuk menambah beban smpai masalah kewangan, siapa nak dipersalahkan? Kalau mak nak tanggung modal silalah dialukan.

"Nak cakap... Myvi ni jimat minyak. Testimoni sebenar dari aku. Abaikan je mak kau tu. Bukan dia yang bayar ansurans bulanan. Bukan dia yang tanggung kau lepas ni," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain