suria

Jovian jawab isu pelitup muka ‘hauk’, rupa-rupanya ada ‘plot twist’... Tapi netizen tetap tak puas hati

Jovian menjelaskan penggunaan perkataan 'hauk' di Instagram.

SEJAK isu pelitup muka perlu mendapatkan perakuan dan penandaan MS Sirim heboh diperkatakan, pengusaha barang keperluan itu mula mencipta pelbagai strategi pemasaran termasuk 'mengangkat' kelebihan jenama sendiri.

Namun, tindakan mengecam dan mengutuk produk keluaran pengusaha lain bukanlah tindakan tepat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tali face mask Jovian putus dua kali ketika siaran langsung dengan Tokti, netizen kata belum apa-apa dah ‘hauk’

Maka tidak hairanlah pereka fesyen terkena, Datuk Jovian Mandagie dikecam netizen selepas kenyataannya berkaitan isu pelitup muka perlu perakuan Sirim tular.

Ini kerana, dia menggunakan perkataan 'hauk' bagi menggambarkan tahap kualiti rendah pelitup muka jenama lain dalam pasaran.

Ekoran itu, usahawan yang juga menantu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri itu tampil menjelaskan isu berkaitan.

Jovian berharap orang ramai menjaga tutur kata dan tidak memfitnah perniagaannya.

Jovian berharap orang ramai menjaga tutur kata dan tidak memfitnah perniagaannya.

"Saya nak jelaskan sikit fasal pelitup muka 'hauk' tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yang saya maksudkan itu ialah pelitup muka Jovian Mask tiruan yang berleluasa di pasaran.

"Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih dua tahun pelitup muka tiruan yang menggunakan jenama saya berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna," ujarnya menerusi Instagram.

Jelas Jovian lagi, istilah 'hauk' yang digunakannya sebelum ini ditujukan kepada 'penciplak' terbabit yang disifatkan mengambil keuntungan atas angin menerusi hasil syarikatnya.

"Saya rasa sesuai la gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan kenyataan saya, tak ada niat nak guris hati anda.

Antara koleksi yang diperkenalkan Jovian.

Antara koleksi yang diperkenalkan Jovian.

"Isu Sirim bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. Apabila ia dilaksanakan, kosnya akan ditanggung oleh penjual. Daripada mana pula saya akan untung lebih?

Dalam pada itu, Jovian mengingatkan orang ramai supaya menjaga tutur kata dan mengelakkan diri daripada mengeluarkan perkataan cacian mahupun menabur fitnah terhadap perniagaannya.

Katanya lagi, jenama Jovian sudah berada di pasaran sejak 15 tahun lalu dan semakin berkembang atas reputasi serta kualiti, bukan sebaliknya.

"Saya harap isu ini habis di sini. Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu. Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat," tambahnya.

Buat live pun mask putus. Macam mana? Boleh cakap kualiti 'hauk' tak?

NETIZEN

Sungguhpun penerangan dan penjelasan panjang lebar diberikan berhubung isu berkenaan, namun masih ada netizen yang tidak berpuas hati malah menyifatkan Jovian sengaja 'putar belit' kenyataan.

"Biasa lah dah buat damage pandai twist. Orang kaya begitulah.

"Buat live pun mask putus. Macam mana? Boleh cakap kualiti 'hauk' tak?

"Kenyataan 'hauk' sebelum ini tidak spesifik. Seperti menujukan kepada semua pengeluar pelitup muka, lain kali adalah lebih baik berfikir dahulu sebelum membuat hantaran di media sosial, keadaan sekarang ramai yang amat terkesan dengan isu-isu kewangan," ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan netizen yang menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kualiti pelitup muka Jovian yang dikatakan mudah berbulu.

Segelintir netizen masih menyuarakan rasa tidak puas hati.

Segelintir netizen masih menyuarakan rasa tidak puas hati.

"Maaf awak punya yang original pun hauk juga. Ikhlas ni daripada hati, baru basuh dua kali (dah) berbulu-bulu.

"Saya beli dua (kotak) pelitup muka kanak-kanak jenis kain yang boleh dibasuh. Cepatnya berbulu, kesian budak-budak tak selesa. Tapi lembut cuma cepat sangat berbulu... terus tak pakai.

"Dah tak elok tak akan simpan, mestilah buang. Sama macam saya... suami cakap 'kata elok tapi berbulu', saya jadi rimas. Saya memang pakai pelitup muka Jovian tapi kena cakap perkara betul la," luah sekumpulan peminat jenama Jovian.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS Sirim bagi pelitup muka bukan perubatan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain