suria

Twitter ‘guru’ ajar tebus kredit ePemula masuk akaun bank, ramai berjaya... Tapi netizen dakwa e-dagang sudah sekat!

Zafel membuat bebenang di Twitter bagi membantu belia mengeluarkan kredit ePemula.

PROGRAM ePemula yang diperkenalkan melalui belanjawan terakhir tahun 2022 menyediakan sokongan e-wallet RM150 secara one-off kepada belia berumur antara 18 hingga 20 tahun.

Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam perniagaan premis dan tuntutan kredit bagi ePemula boleh dibuat bermula 11 April.

Bagaimanapun, sejak awal pagi Isnin kelompok terlibat merungut kerana kredit yang dimasukkan itu tidak dapat digunakan untuk pembayaran atas talian (online).

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer e-wallet! Kad kredit declined tapi berjaya top up RM700, juruwang mungkin dipukau atau ‘pening’ ketika kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Hangus RM16,000! Tertarik dapat habuan lumayan, jejaka ini pinjam mak ayah labur sejumlah wang... padahnya scammer lesap

Malah ada yang mencadangkan supaya golongan belia menambah nilai amaun di e-dagang Shopee menerusi kedai serbaneka 7Eleven (7E).

Ekoran itu, seorang pemilik akaun Twitter @Zaiful_edi, menunjukkan beberapa langkah bagi memudahkan wang tersebut dikeluarkan.

Zefel membantu golongan belia mengeluarkan duit ePemula.

Zefel membantu golongan belia mengeluarkan duit ePemula.

"Okay, aku tengok ramai tengah complaint fasal ePemula tak boleh guna untuk online payment. Ada yang bagi cadangan pergi 7E beli top-up Shopee atau apa sahaja... tapi datang sini, aku ajar cara lagi senang tak perlu keluar rumah," ciapnya ringkas.

Dikenali sebagai Zefel, dia menjelaskan beberapa langkah untuk 'menebus' RM150.

"Pertama sekali kena muat turun Maybank QRpaybiz. Kemudian boleh mendaftar dengan mengisi nombor Mykad dan tarikh lahir.

Salah seorang pelayar Twitter berkongsi transaksi yang berjaya dilakukan.

Salah seorang pelayar Twitter berkongsi transaksi yang berjaya dilakukan.

"Cipta username dan link dengan akaun Maybank yang sudah sedia ada. Dia akan minta nama syarikat, tapi hanya letak nama sendiri sahaja.

"Untuk kategori bisnes pula, isi ikut kesesuaian kerana tak berapa penting," ujarnya sambil menambahkan proses pendaftaran tidak sampai lima minit.

Dia juga mengingatkan supaya username dan nombor pin yang baru dibuat itu dicatatkan supaya tidak terlupa.

Tambahnya, selepas pendaftaran, pengguna perlu memilih setting di bahagian kiri atas dan memilih Static QR.

Pelayar Twitter menyatakan transaksi disekat kerana kenyataan yang tular itu.

Pelayar Twitter menyatakan transaksi disekat kerana kenyataan yang tular itu.

"Nanti akan keluar kod QR dan pengguna perlu simpan di galeri. Ia boleh digunakan di mana-mana platform e-dagang, pengguna hanya perlu klik untuk imbas dan membayarnya," jelasnya.

Dalam pada itu, dia memaklumkan bahawa sesiapa yang mempunyai akaun bisnes tidak perlu melakukan langkah yang dinyatakan sebaliknya hanya terus scan duitnow kod QR dan buat pindahan.

Tambahnya, disebabkan proses yang ringkas dan tidak rumit, dia 'memperkenal' kaedah tersebut supaya pengguna yang lain boleh mencubanya.

Jadi. Dua kali aku buat sebab mula-mula cuba RM20 kerana bimbang untuk buat sekali gus.

NETIZEN

"Ini hanyalah trick system supaya 'dia' ingat kita adalah peniaga. Apabila sudah habis buat pindahan, duit akan masuk akaun Maybank dan boleh digunakan sewajarnya. Semoga bermanfaat," katanya.

Perkongsian yang memberi manfaat kepada golongan belia itu diulang kicau hampir 14,000 pelayar dan lebih 25,500 tanda suka.

Salah seorang pelayar Twitter bernama Khai menyatakan dia berjaya membuat pindahan wang selepas mengikut langkah yang dinyatakan Zefel.

"Jadi (berjaya). Dua kali aku buat sebab mula-mula cuba RM20 kerana bimbang untuk buat sekali gus. Aku guna Bank Islam, muat turun GoBiz dan daftar seperti yang diajarkan ini.

Antara pengguna yang tidak berjaya melakukan transaksi.

Antara pengguna yang tidak berjaya melakukan transaksi.

"Jadi... daripada Shopeepay ke (akaun) CIMB.

"Terima kasih. Daripada TnG juga boleh masuk ke dalam bank guna cara ni," ujar beberapa pengguna.

Bagaimanapun, seorang pelayar Twitter yang menggunakan akaun @afifahilyana mendakwa, disebabkan twit yang dibuat itu tular, pihak TnG dan Shopee bertindak menyekat penggunaan kod QR yang menyebabkan kredit ePemula tersebut tidak boleh dikeluarkan.

Malah beberapa individu juga memaparkan transaksi disekat walaupun mengikut panduan yang diberikan Zefel.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain