suria

Hebat ‘game’ pembekal di bulan Ramadan! Jual nama ‘infaq’, kurma RM5 jadi RM50 sekilo... tauke senyum berduyun nak tambah pahala

Sumbangan kurma antara yang biasa dilakukan di bulan Ramadan. - gambar hiasan / foto Google

LEBIH seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa, semakin ramai yang mahu melipatgandakan amalan masing-masing di bulan Ramadan.

Ini termasuklah amalan bersedekah dan memberi sumbangan untuk tujuan kebajikan seperti di rumah anak yatim dan pusat tahfiz.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat pihak didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap mereka yang berlumba-lumba mengejar pahala berlipat kali ganda.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejar buat ibadat sepanjang Ramadan... Ini cara 'booster' pahala berganda!

ARTIKEL BERKAITAN: 8 pintu syurga akan panggil umat Islam di akhirat kelak... Lakukan amalan untuk peluang ini

Menerusi satu posting, seorang guru mendakwa terdapat pembekal kurma menaikkan harga buah itu yang sinonim dengan Ramadan dan sering dimakan ketika berbuka puasa dan sahur.

"Beli kurma pukal 5 tan. Sekilo (kg) jatuh harga RM5. Lepas tu main 'game' sedekah pada pusat tahfiz, masjid, rumah anak yatim dan seumpamanya untuk lariskan jualan.

"(Program) 'Infaq Kurma pada Rumah Anak Yatim di bulan Ramadan'. Letak harga RM50 sekilo. Berduyun orang nak infaq ambil peluang pahala berganda di bulan Ramadan.

"Tauke senyum buat untung mudah RM45 x 5000kg bersamaan dengan RM225,000. Tolak kos gaji budak-budak dan runner RM25,000, masih untung bersih RM200,000. Pada aku tak cun la bisnes game cara gini," tulis Mohd Fadli Salleh di Facebook.

pembekal kurma ambil kesempatan 1

Perkongsian Mohd Fadli di Facebook.

Walaupun mempunyai niat untuk membantu membekalkan kurma ke rumah-rumah anak yatim dan pusat kebajikan seumpamannya, namun Mohd Fadli berpendapat bahawa pembekal kurma tidak wajar untuk menaikkan harga yang keterlaluan.

"Untuk infaq tu bagi harga modal (tolak kos overhead) atau untung minima. RM7 sekilo ke, masih lagi ada margin untung.

"Nak margin untung besar, jual pada orang ramai harga runcit RM50 sekilo tu. Yang tumpu projek kebajikan, bagi harga rendah.

"Takkan untuk projek kebajikan barang ambil dari syarikat sendiri jual pada harga runcit juga?" soalnya.

pembekal kurma ambil kesempatan 2

Lambakan kurma di kebanyakan pusat tahfiz dan rumah anak yatim turut didakwa berlaku.

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak terbabit turut mempergunakan nama-nama tertentu demi memancing pembeli untuk bersedekah dan infaq iaitu perbelanjaan untuk tujuan kebajikan.

"Aku perhati makin ramai main 'game' sebegini. Ambil peluang bulan Ramadan, jual nama anak yatim, pusat tahfiz, jual produk sendiri dengan harga runcit guna taktik 'Infaq dan Sedekah'.

"Nak infaq kena beli barang dia dengan harga runcit, bahkan lebih mahal. Mungkin bagi sesetengah orang ia okay. Pada aku, secara peribadinya aku tak setuju," tambahnya.

Makin ramai main 'game' sebegini. Ambil peluang bulan Ramadan, jual nama anak yatim, pusat tahfiz, jual produk sendiri dengan harga runcit guna taktik 'Infaq dan Sedekah'.

MOHD FADLI SALLEH

Dalam pada itu, Mohd Fadli yang kini mempunyai lebih sejuta pengikut di Facebook turut mendakwa menerima maklumat terdapat lambakan kurma di kebanyakan pusat tahfiz dan rumah anak yatim.

"Berlambak sampai membazir dan akhirnya busuk begitu saja. Depa (mereka) main hantar je kurma sebab orang dah beli dengan depa, bukan depa peduli rumah anak yatim atau pusat tahfiz tu perlukan atau tidak. Janji dia dah hantar. Adeh, parah bisnes macam ni," katanya.

komen pembekal kurma ambil kesempatan total

Antara komen netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan tersebut, terutama ia berlaku di bulan yang mulia dan penuh keberkatan.

"Ada juga ye yang akal macam ni? Tu dia bila agama dijadikan kesempatan untuk kepentingan diri."

"Bukan kurma je, kuih raya, makanan dan banyak lagi. Janji untung lipat kali ganda."

"Betul cikgu... kadang-kadang kita nak beli pun rasa macam tak sanggup sebab mahal. Rasanya lebih baik kita sedekah je dari membeli sambil bersedekah."

"Dalam bulan puasa pun masih ada yang menunggang agama. Langsung tak takut pada balasan Allah. Mencari rezeki biarlah berkat," antara komen netizen.

Posting di Facebook Mohd Fadli Salleh pada Isnin itu dikongsi lebih 800 kali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain