suria

Balik raya setahun sekali tapi banyak ‘complaint’ cara adik-beradik di kampung jaga mak ayah... Ini pesan kaunselor keluarga!

Teguran oleh kaunselor keluarga itu tular menerusi aplikasi TikTok. (Gambar Hiasan)

FASA peralihan endemik yang bermula 1 April memberi sinar harapan untuk rakyat Malaysia meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah tahun ini.

Malah, pasti ramai yang teruja untuk beraya di desa selepas dua tahun sambutan hari kemenangan bagi umat Islam itu terbatas dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun di sebalik keterujaan itu, kaunselor keluarga, Farina Abdullah tampil dengan satu bingkisan video, menitipkan pesan buat anak perantau yang bakal kembali beraya bersama keluarga tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mood bertukar... tiada lagi ucapan raya, hanya video sayu pensyarah sambut lebaran di kampus pengganti diri

ARTIKEL BERKAITAN: Raya 3 beradik suram selepas kematian mak ayah, kakak pula dah 6 tahun bawa diri ke Australia

"Apabila balik raya nanti, kalau kita setakat balik kampung sekali-sekala, tak payah banyak sangat nak complaint itu ini dengan adik-beradik yang jaga mak atau ayah kita dekat kampung.

"Tak payah juga kita mengulas itu ini serba tak kena la cara adik-beradik yang jaga mak atau ayah kita dekat kampung tu. Tak payah la tunjuk kita ni bagus sangat, memahami sangat apa kehendak atau kemahuan mak ayah kita.

"Tak payah juga kita nak cakap adik-beradik yang jaga mak ayah kita dekat kampung tu tak bagi apa yang terbaik untuk mak ayah kita," ujarnya dalam video yang meraih lebih 70,000 tontonan di TikTok.

Menurut Farina lagi, adik-beradik yang berada di kampung lebih memahami situasi ibu bapa mereka berbanding waris yang berada jauh di perantauan.

raya4

Farina berpesan kepada perantau supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.

"Hanya mereka yang jaga mak ayah kita di kampung itu sahaja tahu kerenah mak ayah kita dan hanya mereka sahaja yang tahu apa yang mak ayah kita boleh makan atau tidak boleh makan.

"Mereka sahaja yang tahu apa yang doktor pesan dalam memastikan kesihatan maka ayah kita dalam keadaan stabil dan tip top.

"Janganlah kita pula yang balik sekali-sekala ni nak tunjuk jadi anak yang baik serta menurut segala kemahuan mak ayah kita sebab kita balik dua tiga hari ni, lepas selesai raya, kita akan tinggalkan mak ayah kita.

Jangan kita ni nak memandai-mandai atau nak tunjuk bagus sangat nak layan mak ayah kita tu.

FARINA ABDULLAH

"Kalau apa-apa jadi, macam gula tinggi atau tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi ke sampai kena ualng laik hospital, bukan kita yang bawa tapi adik beradik di kampung yang akan urus segalanya," jelasnya.

Di akhir bicara, Farina yang juga penceramah motivasi dan penulis buku turut berpesan agar mereka tidak memandai-mandai atau berlagak bagus sebelum melakukan apa-apa perkara.

"Jangan kita ni nak memandai-mandai atau nak tunjuk bagus sangat nak layan mak ayah kita tu. Sebelum buat apa-apa atau tunaikan permintaan mak ayah, tanya dulu pada orang yang menjaga mak ayah," jelasnya panjang lebar.

raya 7

Antara komen netizen di TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Farina dan mereka turut bercerita mengenai pengalaman sendiri.

"Setuju sangat. Hanya yang duduk serumah yang faham segala. Takkan sama layanan harian dengan layanan sekali-sekala.

"Betul. Sebab saya yang menjaga sampai ke akhir hayat. Yang complaint tu bila jaga half day dah menjerit.

"Tahu tak apa. Datang sekali-sekala duk arah itu ini. Eh mak tu macam aku seorang je anaknya... geram tau.

"Betul sangat, tapi yang balik setahun sekali tu yang mak bapak sayang sangat," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain