suria

Biadab di negara orang! ‘Karen’ versi lelaki pula muncul di Ampang, bukan saja maki tapi bagi isyarat lucah kepada sekuriti

Seorang lelaki warga asing tidak memakai pelitup muka mencetuskan kekecohan di sebuah pasar raya di Ampang.

SEBELUM ini tindakan seorang wanita warga asing yang mengamuk kerana enggan memakai pelitup muka di pusat beli belah di Kuala Lumpur pernah mencetuskan kekecohan di media sosial.

Bukan satu lokasi tetapi wanita tersebut membuat onar di dua buah lagi pusat beli belah iaitu di KLCC dan Bangsar, sekitar Oktober tahun lalu.

Reda seketika kisah wanita yang dikenali sebagai 'Karen' itu, terbaharu sebuah video yang memaparkan seorang lelaki warga asing berkelakuan serupa tular di media sosial pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Karen oh Karen! Selepas KLCC, dilihat bertengkar dengan pengawal keselamatan di Bangsar

ARTIKEL BERKAITAN: Padah langgar SOP, ‘Karen’ dikompaun RM3,000

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, kelihatan lelaki warga asing berkenaan mencetuskan kekecohan apabila memarahi seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya yang menegurnya berhubung pemakaian topeng pelitup muka.

Lelaki berkenaan juga turut mengeluarkan kata-kata kesat yang jelas kedengaran menerusi video berkenaan.

mask 1

Video insiden kekecohan tersebut tular di laman Twitter.

"Not wearing one. F*** off. What are you gonna do? (Saya tak mahu pakai. Persetan! Apa yang anda nak lakukan?)," katanya dengan nada angkuh.

Sebelum berlalu, lelaki tersebut turut menunjukkan isyarat lucah jari tengah kepada pengawal keselamatan yang menegurnya.

Menerusi perkongsian seorang pelayar di Twitter, difahamkan kejadian tersebut berlaku di pasar raya Village Grocer di M City, Ampang, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun butiran seperti masa dan tarikh berlaku kejadian tersebut tidak dinyatakan.

komen mask

Antara komen netizen yang mengecam lelaki warga asing berkenaan.

Ketika kejadian, beberapa pelanggan pasar raya berkenaan turut menyaksikan kekecohan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menggesa pihak polis agar mengesan lelaki warga asing berkenaan kerana dilihat melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Tolong hantar lelaki ini pulang ke negaranya dan buat apa saja dia suka di sana. Sila hormati negara tuan rumah.

NETIZEN

"PDRM, dia hina pengawal keselamatan dan menakut-nakutkan orang awam.

"Tolong hantar lelaki ini pulang ke negaranya dan buat apa saja dia suka di sana. Sila hormati negara tuan rumah.

karen 1

Sebelum ini wanita warga asing yang diberi gelaran 'Karen' mencetuskan kekecohan di dua buah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

"Adakah pelitup muka bukan lagi satu undang-undang @KhairyKJ @KKMPutrajaya? Jika tidak, Karen versi lelaki ini patut diberi pengajaran," demikian komen netizen.

Untuk rekod, tahun lalu, polis mengeluarkan dua kompaun dengan jumlah keseluruhan RM3,000 bagi dua kesalahan terhadap seorang wanita warga asing kerana melanggar SOP iaitu gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain