SERUAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua Asean, dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda itu di peringkat antarabangsa disambut baik semua pihak. Sejak dibentangkan dalam persidangan Dewan Negara pada 23 Mac lalu, pelbagai reaksi positif diberikan tetapi dalam masa sama turut dipersoalkan keupayaan Malaysia menguruskannya. ARTIKEL BERKAITAN: Gah saat PM cakap BM ketika sidang media di luar negara, ramai sokong tapi rupa-rupanya nak lebih lagi... usul ke-4 macam tidak logik ARTIKEL BERKAITAN: Khidmat jurubahasa, penterjemah disediakan dalam acara rasmi demi martabatkan bahasa Melayu - PM Agenda yang diketengahkan itu menyebabkan video lama beberapa influencer terkenal kembali 'trending' kerana kapsyennya 'speaking in Malay' yang seolah-olah dijadikan cabaran pada masa itu. Netizen yang seolah-olah terkesan dengan tindakan individu-individu berkenaan, kembali aktif memberikan pandangan mereka. Pelayar Twitter menyuarakan pandangannya tentang influencer berkenaan. Ia dipercayai bermula dengan ciapan seorang pelayar Twitter yang menyatakan 'sakit mata apabila influencer Melayu melakukan speaking in Malay for 24 hours' pada 10 April lalu. Malah, dia turut menyatakan, individu berkenaan seolah-olah bangga kerana boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa kebangsaan. "Bitter? Ya saya bitter, mereka adalah Melayu asli yang lahir di Malaysia dan tinggal di Malaysia tetapi bahasa sendiri pun tidak reti sebaliknya menjadikan ia sesuatu yang dibanggakan," ciapnya lagi. Masih ramai tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu walaupun dilahirkan di Malaysia serta berbangsa Melayu. - Gambar hiasan Kenyataan ringkasnya itu menyebabkan para netizen 'berkumpul' sehingga ada yang mencungkil beberapa kisah berkaitan individu berkenaan. Segelintirnya pula mengaitkan mereka menerusi rupa dan fizikal tanpa menyatakan secara langsung nama besar tersebut. Antara komen balas netizen pada ciapannya itu. "Saya ingat individu ni baru balik dari United Kingdom (UK) beberapa bulan, balik Malaysia sudah ada loghat British palsu. Konon banyak tak tahu beberapa perkataan bahasa Melayu... aku yang jadi residen sana selama lebih 10 tahun pun masih tahu bahasa Malaysia. "Lepas tu ada pula orang backup 'sebab dia daripada kecil cakap English' atau 'memang keluarga dia speaking, tak cakap Melayu'. Tapi aku tengok sepupu influencer itu boleh saja cakap Melayu macam normal... tak logik nak guna alasan sebab keluarga bertutur, dia duduk Malaysia bukan London. "Saya merasakan ia sesuatu yang memalukan kerana jika anda duduk di Malaysia sepanjang hidup tetapi tidak dapat bertutur menggunakan bahasanya dengan baik," ciap balas beberapa netizen. Perkongsiannya itu kemudian diulang kicau lebih 6,500 pelayar dan mendapat hampir 15,000 tanda suka. Tidak ada benar atau salah dalam melakukannya. Bertutur dalam apa sahaja bahasa yang anda selesa. NETIZEN Bagi salah seorang pelayar Twitter yang membuat petikan balas, dia menyatakan bahawa pengarahnya yang merupakan seorang berbangsa Melayu tetapi tinggal di London selama 27 tahun boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. "Saya secara peribadi merasakan seseorang itu amat rugi jika tidak dapat bertutur bahasa ibundanya. Boleh berkomunikasi lebih pada satu bahasa adalah baik, tapi tambah la bahasa asing. "Tidak ada benar atau salah dalam melakukannya. Bertutur dalam apa sahaja bahasa yang anda selesa, saya berharap arwah tok dad (atuk) bercakap Jawa," luahnya. Petikan tweet yang dilakukannya juga mengudang reaksi sekumpulan warganet. Bahasa Melayu digunakan di sekolah kebangsaan. - Gambar hiasan "Okay saja untuk sesiapa yang dilahirkan sebagai Orang Ulu (Sarawak native) menguasai bahasa Melayu, English dan Mandarin. Bukan nak cakap loghat Kayan sebagai bahasa pertama tetapi dapat bertutur dalam tiga bahasa adalah lebih mencabar. "Tak faham cabaran Melayu 24 jam... sudah pastinya (mereka) adalah Melayu, cabaran apanya? "Saya duduk United Kingdom 12 tahun, balik Malaysia bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih walaupun saya bukan Melayu... tiada accent mengarut. Menyirap (marah) kita apabila orang yang baru ke UK dalam tempoh tiga hingga enam bulan untuk summer course balik tunjuk accent flawless," luah beberapa lagi netizen yang dipercayai tidak bersetuju dengan beberapa influencer berkenaan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI