suria

Sindrom down bukan gila! Saiful Nang terkenang arwah anak istimewa, gesa cari keadilan untuk Bella

Arman pernah menceriakan hidup Saiful Nang walau dalam tempoh yang singkat.

ISU penderaan remaja sindrom down dikenali sebagai Bella cukup menyentuh hati ramai, rata-rata mahukan keadilan untuknya.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak atau ahli keluarga kategori orang kelainan upaya (OKU), apa yang berlaku terhadap Bella amat dikesali.

Perkara sama turut dirasai jurugambar profesional, Saiful Nang yang dianugerahkan seorang anak sindrom down.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikaitkan dengan Siti Bainun, gadis ini kesal ‘dibuli’ ketika buat live TikTok... Hentikan lawak ‘body shaming’!

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam pertahan foto ‘mini love’ dengan Siti Bainun, tak langgar etika guaman... Buat ‘thread’ Twitter pun tak salah!

Berkongsi cerita kepada pengikutnya di Facebook, Saiful Nang berkata kehadiran anak yang diberi nama Arman sangat bermakna sehingga membuatkan dia berasa begitu rapat dengan kanak-kanak sindrom down.

Namun Arman hanya dipinjamkan buat seketika apabila anak itu kembali kepada pencipta-Nya pada 2017.

"Sejak kehadiran Arman, apabila saya melihat semua anak istimewa pastinya akan berhenti untuk menyapa dan sekurang-kurangnya memberikan satu tamparan hi-5 kepada mereka. Sekalipun tidak lama merasa anugerah terbaik itu, tapi ia laluan buat saya lebih mengenali anak-anak sindrom down.

Antara nukilan Saiful Nang di Facebooknya.

Antara nukilan Saiful Nang di Facebook.

"Mereka anak istimewa yang lebih jujur dalam kasih sayang... mereka sayang tanpa syarat. Sebab itu mereka sangat dikenali sebagai makhluk paling penyayang dan tidak pandai menipu.

"Kalau mereka cuba menipu pun, kita boleh tahu. Namun sayang, jarang persaksian mereka diterima orang sedangkan orang yang cukup sifat lebih pandai memutar belit berbanding anak-anak istimewa ini.

"Name it down syndrome, autistic atau anak-anak yang kononnya ditakrif sebagai OKU pembelajaran. Nak jadi penipu ni, kena bijak saudara saudari sekalian. Tapi sayang, penyaksian golongan yang layak jadi penipu ini yang lebih dipandang legit berbanding yang dilahirkan tidak pandai mengolah. Hitam dia cakap hitam, biru dia cakap biru," luahnya.

Arman meninggal duni ketika masih kecil.

Arman meninggal duni ketika masih kecil.

Menyentuh isu Bella, Saiful berkata persoalan tentang siapa yang mendera perlu dicari kerana proses perundangan hanya menentukan adakah orang kena tuduh (OKT) yang mendera atau sebaliknya.

Namun katanya, dia bukanlah menolak kemungkinan sebenarnya Bella tidak didera berikutan sindrom down bukan daripada kategori penyakit gila tetapi berpunca daripada lebihan kromosom.

"Down Syndrome bukannya penyakit gila. Cuma terlebih kromosom menyebabkan anak ini istimewa.

Mereka anak istimewa yang lebih jujur dalam kasih sayang... mereka sayang tanpa syarat.

SAIFUL NANG

"Saya sangkal kalau ada yang kata, anak ini mencederakan diri sendiri... kita boleh tolak kemungkinan ini. Maka kemungkinan yang tinggal ialah Bella dicederakan oleh orang dan orang itu yang perlu kita cari untuk menerima balasan.

"Saya harap, perundangan di Malaysia tidak hentikan kes ini atas sebab-sebab teknikal tetapi carilah keadilan sehingga keadilan itu mampu berdiri lebih tegak dari benang basah," katanya.

Tambah Saiful, dia berharap individu yang terlibat dengan aktiviti kebajikan agar ikhlaskan hati melaksanakan tugas masing-masing.

"Sebagai salah seorang filantrofis yang menjaga anak yatim, warga emas, OKU, ibu tunggal dan ramai golongan asnaf di Rumah Pengasih Warga Prihatin, saya sarankan kepada mereka yang tidak ikhlas untuk tidak meletakkan tangan kepada kerja ini.

"Ini kerja yang berat tetapi jika kita gembira lakukannya dengan ikhlas, yang berat juga jadi ringan. Tapi jika buatnya untuk sekadar menjadi sumber pendapatan, kita yang akan stress dan akhirnya ditukar kepada penderaan," luahnya lagi.

Arman merupakan kanak-kanak sindrom down.

Arman merupakan kanak-kanak sindrom down.

Hantaran Facebook yang dibuatnya itu dikongsi lebih 3,800 pelayar selain menerima kira-kira 28,000 tanda suka.

Sementara itu, rata-rata netizen yang meninggalkan komen di perkongsiannya itu turut berharap pelaku menerima balasan yang setimpal.

"Semoga pelaku mendapat balasan dan semoga dipermudahkan urusan perbicaraan Bella dan ada keadilan #justiceforbella.

"Semoga adik Bella dibela sebaik-baiknya. Pernah bersama dengan anak syurga sindrom down, walaupun baru jumpa dipeluk erat... semoga Allah merahmati semua anak-anak tersebut.

"Marilah kita sama-sama berdoa di bulan yang mulia ini agar kes Bella diadili dengan seadil-adilnya dan pendera dia dihukum dengan seberat-beratnya.

"Moga dengan asbab bulan yang suci ini Allah mengangkat dan memakbulkan doa kita... OKT mungkin ada 10 peguam, tapi Bella ada seluruh rakyat Malaysia di belakangnya! #JusticeForBella," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain