suria

Tiada lagi ‘kepuk-kepuk’, anak perempuan 7 tahun ‘tarah’ rambut sendiri dalam bilik air... Ibu menangis tak berlagu!

Aleesyah menggunting rambut sendiri tanpa pengetahuan ibunya.

DIAM-DIAM ubi berisi... Dalam diam rupa-rupanya si kecil ini potong rambut sendiri!

Bukan alang kepalang si ibu bernama Ana Suriana, 35, setelah mengetahui anaknya, Nur Fatihah Aleesyah memandai-mandai memotong rambut sehingga terlalu pendek.

Ujar Ana Suriana yang mesra disapa Sue, tindakan anaknya yang baru berusia tujuh tahun itu mengorbankan mahkotanya cukup membuatkan dia hilabg kata-kata.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam nak berperang! Ibu guna sellotape untuk gunting rambut anak ketika sedang tidur- “Mungkin dia belum biasa dengan keadaan begitu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Datuk Seri tanya potong rambut kat mana?” - Mungkin momen sekali seumur hidup! Pelajar tergamam Menteri Kanan Pertahanan ikat tali kasut

"Rambut anak saya memang tak pernah potong pun sejak selepas dia bercukur masa baby dulu. Saya sayang nak potong sebab rambut dia jenis lebat dan cantik.

"Saya tinggal dekat rumah mak (nenek Aleesyah) masa tu. Waktu saya baru balik selepas keluar beli barang, saya nampak anak saya lalu. Mula-mula ingatkan rambut dia diikat.

"Tiba-tiba saya dengar nenek dia menjerit tanya rambut siapa banyak-banyak dekat bilik air dengan gunting. Saya pun pelik apabila mak saya sebut fasal rambut tu.

560A82BB-D284-4432-953E-C14711407078

Menurut ibunya, rambut Aleesyah mula disimpan sejak masih bayi lagi.

"Apabila saya pergi tengok dekat sinki dan lantai bilik air, dengan terkejutnya tengok anak saya dengan imej berambut pendek," jelasnya ketika dihubungi mStar.

Menurut Sue yang tinggal di Benut, Pontian, Johor ini, dia sangat terkejut dengan apa yang berlaku lalu memarahi anak gadisnya ini.

Malah, ujar ibu kepada empat orang cahaya mata ini, Aleesyah sendiri turut menyesal setelah melihat rambutnya yang tidak lagi cantik seperti sedia kala.

Tiba-tiba saya dengar nenek dia menjerit tanya rambut siapa banyak-banyak dekat bilik air dengan gunting.

ANA SURIANA

IBU

Imbas Sue, setelah ditanya kepada Aleesyah yang merupakan anak kedua daripada empat adik beradik ini, dia menjumpai gunting tersebut di dalam laci meja milik neneknya.

“Apabila saya tanya kenapa dia potong rambut pendek sampai macam tu sekali, dia beritahu nak rambut pendek sama macam kawan. Tapi saya cakaplah kawan tu memang dah asalnya rambut pendek kenapa nak sama macam dia. Dia ingat lawak agaknya.

D1AA2EB0-10C4-4EBC-AFC5-905AA155FF92

Sue turut meluahkan rasa kecewa dan marahnya terhadap perbuatan anaknya ini.

“Saya marah dia lepas tengok keadaan rambut dah pendek tu tapi nak cakap lebih-lebih pun dah tak ada gunanya. Dia sendiri pun menyesal lepas tengok rambut sendiri dah pendek tu siap cakap nak rambut asal balik.

“Masa dia kena marah tu memang menangis sambil meronta cakap nak rambut panjang dia balik. Rambut pendek ni tak cantik sambil memberontak sendiri,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita ini menerima pelbagai jenis reaksi daripada netizen yang turut ‘bersimpati’ dan kasihan setelah melihat rambut anak Sue.

434FF34F-8195-4456-8658-7DBB4D8047BE

Sue bekerja sendiri sebagai seorang Make-up Artist (MUA).

Jelasnya, dia tidak menyangka bahawa perkongsian ini menjadi tular setelah dia memuat naik video tersebut kerana tujuan asal hanya ingin disimpan sebagai kenangan sahaja.

“Saya terkejut tiba-tiba video tu jadi viral sebab lepas post video tu saya terus buat kerja lain. Lagipun saya saja simpan buat kenangan dekat TikTok. Bila besar nanti, dia boleh tengok balik perangai dia buat mama dia sedih ni.

“Saya cuba repair sikit rambut dia lepas Aleesyah potong sendiri tu. Rambut dia senget jadi saya cuba samakan sikit walaupun masih nampak ‘cacat’. Selebihnya saya biarkan saja nanti dia (rambut) tumbuh sendiri.

“Alhamdulillah tak ada orang kecam pun lepas tengok video rambut anak saya macam tu. Ada yang anggap kelakar dan kesian pada saya saja. Ada juga yang cakap rambut panjang Aleesyah tu rambut palsu,” jelasnya menutupi kisahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain