suria

Tolong serkap jarang kalau tiba-tiba alih skrin telefon, history Google kosong... Ini petanda anak ‘layan’ video lucah!

Terdapat empat tanda yang wajar diperhatikan ibu bapa bagi mengenal pasti barah pornografi dalam kalangan anak-anak. (Gambar Hiasan)

SABAN hari, ada sahaja kisah-kisah terbaharu yang dikongsi mengenai masalah sosial dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

Paling mengejutkan tentunya kisah murid darjah tiga yang menerima surat cinta dengan lukisan adegan ranjang, sebagaimana dilaporkan mStar pada 12 Februari lalu.

Pada 3 Mac, mStar sekali lagi melaporkan kes murid berusia lima tahun yang diajak melakukan aksi tidak senonoh 'main jilat' oleh rakannya yang berusia empat tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu trauma anak 5 tahun beritahu diajak ‘main jilat’, rakan tengok aksi tu di telefon emaknya

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu demam terkejut, bapa mengamuk anak darjah 3 dapat surat cinta lukisan adegan ranjang, diintai murid lelaki di tandas

Selain pengaruh golongan dewasa, pornografi juga boleh dikaitkan sebagai punca yang menjurus ke arah masalah-masalah ini.

Terbaharu, penulis buku keibubapaan, Adlil Rajiah tampil berkongsi empat perkara yang perlu diperhatikan agar anak-anak tidak terjerumus ke dalam 'barah' pornografi.

porn2

Ibu bapa tidak wajar membiarkan anak bermain telefon sehingga lewat malam. (Gambar Hiasan)

"Pertama, search history (sejarah carian internet). Semak history YouTube atau Google pada peranti yang anak guna. Walaupun hanya kartun, pastikan kartun tu bukan versi porno (walaupun di YouTube Kids).

"Tapi kalau tiba-tiba check history, eh kosong? That's a huge red flag," tulisnya menerusi laman Facebook.

Selain itu, Adlil berkata waktu anak-anak menggunakan peranti juga wajar diberi perhatian.

Malah katanya, tidak wajar sekiranya golongan kanak-kanak dibenarkan bermain telefon sehingga lewat malam.

Kalau suami tiba-tiba alih atau tutup skrin pun kita dah sangsi, inikan pula anak.

AIDIL RAJIAH

PENULIS BUKU KEIBUBAPAAN

"Ingat, anak perlukan 10 ke 12 jam waktu tidur setiap hari, pada waktu malam. Screentime pada waktu malam akan merembeskan hormon dopamine yang menyebabkan anak lebih susah nak tidur.

"So please, no screentime satu hingga dua jam sebelum tidur. Dan kalau anak suka screentime bersendirian pada waktu malam, lebih-lebih lagi bila semua orang tidur, itu adalah red flag," ujarnya.

Selain itu, tindakan anak yang tiba-tiba mengubah atau mengalihkan skrin peranti sewaktu didekati ibu bapa juga dianggap membawa petanda yang mencurigakan.

"Kalau suami tiba-tiba alih atau tutup skrin pun kita dah sangsi, inikan pula anak. Ia tanda jelas bahawa anak sedang menonton sesuatu yang tak sepatutnya.

porn3

Pornografi boleh membawa kepada perubahan sikap dan emosi kanak-kanak. (Gambar Hiasan - EVARISTO SA/ AFP)

"Sesekali cuba tanya anak, tengah tengok apa tu atau tengah berbual dengan sesiapa tu atau boleh mama join sekali?" ujarnya.

Jelas Adlil lagi, kanak-kanak yang terdedah dengan pornografi juga akan menunjukkan tanda-tanda perubahan sikap dan emosi.

"Menurut kajian, anak yang mula terdedah kepada pornografi (sengaja atau tidak) akan berubah tingkah laku. Ini termasuk ledakan emosi seperti suka marah-marah, memukul, menumbuk, bercakap kasar dan menyindir.

"Ia tanda bahawa ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku pada psikologi anak. Cuba tanya anak, ada tak apa-apa yang dia alami baru-baru ini sama ada masa online, masa tengok TV, kat sekolah, kat rumah yang buat dia keliru, kecewa, takut, tak selesa, malu atau terkejut?

"Takut, malu dan keliru adalah faktor utama anak menyembunyikan sesuatu daripada ibu bapa dan pilih untuk pendam, menipu atau berpura-pura," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain