suria

Anak gadis ada ‘pendamping’ sejak kecil, alami tekanan mental lepas kematian bapa... Ibu tak putus doa memohon keajaiban Allah

Selain tekanan apabila bapanya pergi secara mengejut, Tasha juga berdepan gangguan makhluk halus.

SETELAH 15 tahun berlalu, rasa rindu untuk mendengar si anak memanggil "mama" semakin meluap-luap.

Namun bagi ibu bernama Maisara Hashim, dia reda apabila anaknya Naidatul Natasya Salehuddin yang kini berusia 22 tahun enggan memanggilnya dengan panggilan itu sejak tujuh tahun lalu.

Ketika dihubungi mStar, wanita berusia 49 tahun itu memberitahu, perubahan sikap anak keempat yang mesra dipanggil Tasya berlaku selepas suaminya meninggal dunia pada 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Derita dalam senyap! Wanita dedah 2 jam tak sedar pukul diri sendiri, BF sampai lebam... titip pesanan elak jadi lebih parah

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis alami masalah mental hingga lupa wajah keluarga akibat Covid-19

Mengimbau kembali kejadian yang berlaku tujuh tahun lalu, ujarnya Tasya mengalami trauma selepas melihat bapanya rebah ke lantai akibat diserang strok.

"Pada masa itu, kami berdua baru pulang berniaga dari pasar malam. Tasya dan suami sangat rapat dan ketika kejadian mereka sedang berborak.

"Namun tiba-tiba suami saya rebah ke lantai akibat strok dengan keadaan mulut berbuih. Kejadian berlaku betul-betul depan mata Tasya. Dia terus panggil saya dan kemudian suami dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Tasya dan adiknya terpaksa ditinggalkan di rumah.

"Kira-kira pukul 1 pagi, saya dihubungi pihak hospital bagi menyatakan suami koma. Tiga hingga empat hari dalam keadaan begitu, doktor minta saya dan anak-anak merelakan pemergiannya.

"Jadi kami semua pasrah dan arwah dikebumikan pada malam itu. Kejadian berlaku dengan sangat pantas dan semasa pengkebumian hujan lebat. Jadi Tasya dan adiknya tidak dibawa bersama... mereka dapat melihat tanah yang sudah dikambus," ceritanya sayu.

Masalah Tasya semakin serius selepas kematian ayahnya.

Masalah Tasya semakin serius selepas kematian ayahnya.

Merasakan kejadian tersebut sebagai punca dibenci si anak, Maisara berkata dia menyedari perubahan sikap Tasha selepas kematiannya bapanya.

Tasya enggan bercakap dan hanya membisu.

"Semenjak ayahnya meninggal... saya pindah ke rumah teres dan ketika itu bermulalah episod Tasya mengamuk kerana mencari ayah dia. Malah, dia pernah melarikan diri tapi mujur tidak jauh.

"Bimbang keadaan lebih teruk, saya bawa Tasya berubat secara tradisional dan moden. Kira-kira tiga tahun ulang-alik hospital, doktor sahkan dia mengalami masalah mental... ustaz juga cakap kepala dia kosong," imbasnya lagi.

Bercerita lanjut, ibu kepada lima cahaya mata itu memberitahu, Tasya juga pernah 'diganggu' semasa zaman kanak-kanaknya.

"Ketika usia Tasya menjangkau 12 tahun, ada 'benda' melekat pada dia. Masa tu, saya sekeluarga menyewa di sebuah rumah dan dikatakan terdapat penunggu di rumah itu.

Sambutan hari lahir tetap diadakan.

Sambutan hari lahir untuk Tasha.

"Apabila malam, benda tersebut memanggil Tasya dan dia akan naik ke ruangan di tingkat atas untuk berjumpa sesuatu. Dia memang selalu bercakap dengan benda tu.

"Keadaan semakin teruk apabila dia mula mencakar-cakar saya... jadi kami dapatkan rawatan alternatif. Setahun juga Tasya baik walaupun dia kelihatan murung. Sebab itu, ayah dia selalu berborak kerana bimbang dia 'berjumpa rakan' semula," ujarnya yang tidak menyangka keadaan menjadi teruk selepas suaminya meninggal.

Apabila malam, benda tersebut memanggil Tasya dan dia akan naik ke ruangan di tingkat atas untuk berjumpa sesuatu.

MAISARA

Menurut Maisara, sejak itu, anaknya tidak pernah bercakap walau sepatah kata.

Kini dia menzahirkan rasa syukur kerana dapat kembali mendengar anaknya menyebut perkataan 'mama' yang telah dirindui selama ini.

Tambahnya, pada masa ini dia tidak membawa Tasya mendapatkan sebarang rawatan namun masih berharap ada individu yang sudi membantu memulihkan anaknya.

Antara reaksi netizen.

Antara komen netizen.

"Sekurang-kurangnya supaya Tasya dapat urus diri sendiri atau meminta makan apabila lapar. Sekarang dia memang tak reti minta makan, kalau lapar dia akan makan apa saja termasuk sampah.

"Pernah tinggal dia sekejap sebab nak beli barang, dia selongkar peti ais dan makan apa yang ada termasuk ikan mentah. Tasya macam tidak tahu benda tu dah masak ke belum.

"Dia akan sebut sahaja apa yang nak dikatakan ataupun hanya menangis. Tapi sekarang ini, dia asyik kata ada hantu pula," ujar Maisara.

Terdahulu, video perkongsiannya di aplikasi TikTok ditonton lebih 230,000 pelayar dan rata-rata mendoakan kesembuhan kepada Tasya serta mengagumi semangat Maisara yang tabah menjaga anaknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain