suria

Pelajar OKU disuruh panjat tangga sekolah, aduan ibu bapa pindah kelas tak dihirau... PKHEM tak dapat selesai, disuruh tukar sekolah

Perkongsian seorang wanita mengenai situasi anaknya di sekolah. Gambar hiasan

ISU membabitkan hak orang kelainan upaya (OKU) sering kali dikongsikan di media sosial mahupun media arus perdana.

Antara topik yang hangat diperkatakan adalah golongan ini seolah-olah dinafikan hak untuk menikmati kemudahan secara sama rata seperti individu normal.

Lebih sedih apabila ia melibatkan hal ehwal pendidikan sebagaimana perkongsian seorang wanita mengenai nasib yang dialami anak perempuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU buktikan kawan-kawannya salah... tangan kudung pun boleh cari rezeki, bukan hanya mampu kerja minta sedekah!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU suka main TikTok dituduh ‘buat-buat cacat’, tetap bersemangat nak jadi influencer, hiburkan followers

"Anak saya merupakan seorang pemegang kad OKU yang mengalami masalah kaki. Anak saya selalu mengadu sakit kaki dan pinggang apabila terpaksa naik tangga untuk pergi ke kelas," kongsinya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut wanita itu, dia dan suaminya sudah mengusulkan perkara berkenaan dan memohon pihak sekolah bertimbang rasa dan menukarkan kelas anaknya di aras bawah bangunan untuk memudahkan pergerakan.

WHATSAPP 2

Perkongsian seorang wanita di laman Facebook OKU Sentral.

Malah ujarnya, mereka juga mengemukakan surat daripada doktor pakar yang mengesahkan tahap kesihatan anak mereka, sebagai sokongan di atas permohonan pertukaran lokasi kelas.

Walaupun begitu, masalah yang dihadapi anaknya masih belum diselesaikan sehingga kini.

"Guru kelas anak saya dah cakap dengan cikgu penolong kanan hal ehwal murid (PKHEM) untuk letakkan anak saya di kelas bawah tapi dia bagi jawapan yang sama sebab tiada kekosongan.

WHATSAPP 1

Tangkap layar perbualan Whatsapp antara suami wanita tersebut dengan guru di sekolah anaknya.

"Anak saya selalu tak dapat hadir ke sekolah kerana sakit pinggang dan kaki.

"Suami saya telefon PKHEM pun tak angkat... macam mana nak berbincang? WhatsApp pun selepas dua hari baru balas. PKHEM belum lagi berbincang dengan saya, (tapi) dah bagi jawapan yang mengecewakan," kongsinya lagi.

Bukan itu sahaja, menerusi jawapan di WhatsApp guru berkenaan turut mencadangkan agar mencari sekolah lain yang dapat membantu masalah dihadapi anak mereka.

Adakah OKU sudah tidak ada keistimewaan di sekolah dengan alasan yang diberikan?

PELAYAR FACEBOOK

Mengakui kecewa dengan jawapan berkenaan, wanita itu menjelaskan dia punya alasan tersendiri untuk tidak menukarkan anaknya ke sekolah lain.

Menurutnya, anaknya merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah berprestasi tinggi di Terengganu dan mengikut kelas Dual Language Programme (DLP), iaitu pembelajaran subjek dalam bahasa Inggeris.

"Hanya sekolah itu sahaja ada kelas DLP di Terengganu.

"Adakah OKU sudah tidak ada keistimewaan di sekolah dengan alasan yang diberikan?" soalnya lagi.

WHATSAPP 3

Antara cadangan yang diutarakan warganet terhadap situasi yang dihadapi anak wanita berkenaan.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Segelintir menyuarakan rasa simpati terhadap wanita berkenaan, namun ada juga yang melihat tindakannya memuat naik di media sosial sebagai tidak wajar.

Pada pandangan mereka, isu tersebut patut disalurkan kepada pihak pengetua ataupun pihak berwajib agar dapat mencapai jalan penyelesaian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain