BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan kisah dikongsikan oleh Nurul Ezzati Anuar, 37, apabila menerima berita mengenai anaknya Aisha Mohamad Syukri yang berusia tiga tahun menderita penyakit leukemia. Ketika dihubungi mStar, ibunya yang mesra disapa Ezzati memperincikan kisah sedih permulaan titik hitam berlaku terhadap keluarganya. ARTIKEL BERKAITAN: Disangka depresi, sebenarnya ibu hidap 2 kanser tahap 4! Pemuda minta anak ‘double sayang’ mak ayah sebelum merasai sakit kehilangan ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang anak susut 18kg secara mendadak, doktor sahkan 80 peratus leukemia... ibu gusar tak sempat beraya bersama anak "Anak saya demam sekejap-sekejap sejak Januari sampai Mac 2021. Tapi apabila masuk bulan April dia alami demam berpanjangan hingga muka jadi sangat pucat. Dia tak lalu makan sampai berat badan menurun. "Awal-awal dulu tak perasan langsung ia adalah simptom dan kalau tanya ibu bapa yang ada anak leukemia pun mesti akan cakap benda sama. Sekarang ni apabila saya scroll balik gambar lama baru nampak, pucatnya Aishah dulu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Aisha masuk wad dekat sebuah hospital di Shah Alam pada 9 April tahun lalu. Keputusan pemeriksaan denggi negatif. Apabila doktor tak boleh buat apa dah, dia suruh pergi HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) dekat Klang," jelasnya yang menetap di Klang, Selangor. Setelah 12 hari di HTAR, bacaan darah Aisha semakin baik jadi doktor cuma membuat kesimpulan bahawa dia hanya terkena ‘viral fever’ kerana tiada tanda-tanpa pendarahan atau lebam pada tubuh. Demam berpanjangan serta sakit di tangan dan kaki merupakan simtomp awal bagi penyakit Leukemia yang dihidapi Aisha. Namun selepas pulang ke rumah, Aisha mula menunjukkan tanda-tanda lain seperti sakit tangan dan kaki. Apabila Aisha kembali demam, ibunya bergegas membawa anaknya itu ke sebuah lagi hospital swasta di Shah Alam. "Ini la simptom paling jelas. Tapi kami masih tak boleh terima. Saya cuba cari petua di internet. Saya juga cuba ikhtiar bawa dia mengurut. Masa pertama kali dia dibotakkan tu, saya dan suami terangkan baik-baik supaya dia faham... Alhamdulillah dia okey saja. NURUL EZZATI ANUAR "Tak sangka lepas tu bacaan darah Aisha menurun jadi terpaksa bawa jumpa pakar semula. Ketika doktor terangkan, dia memang syak anak saya menghidap leukemia. Jadi doktor minta saya balik dulu. "Dua hari masa tunggu tu memang saya berendam air mata saja. Selang beberapa hari iaitu pada 18 Mei saya dapat panggilan daripada doktor dan sahkan Aisha ada leukemia," katanya. Hati ibu yang mana tidak hancur setelah menerima berita sedih begitu namun dia reda dengan nasib anaknya ini yang menghidapi penyakit Acute Lymphoblastic Leukemia. Ezzati akan terus memberi kekuatan untuk anaknya. Terdahulu video kepala Aisha dibotakkan tular sehingga meraih lebih 665,00 jumlah tontonan di TikTok. Jelas Ezzati anaknya dibotakkan supaya memudahkan proses rawatan. "Aisha seorang yang ceria walaupun terpaksa jalani semua ni masa kecil dengan memakai beg chemo port. Sekarang dia dah mula faham. "Dah tiga kali Aisha dibotakkan. Masa pertama kali dia dibotakkan tu, saya dan suami terangkan baik-baik supaya dia faham tapi Alhamdulillah dia okey saja. “Sekarang Aisha dah remission tapi masih jalani rawatan. Syukur sekarang Aisha dah masuk long-maintenance. InsyaAllah dua hingga tiga minggu lagi doktor akan atur untuk buka chemo port," jelas ibunya sambil menarik nafas lega. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI