suria

Menangis teresak-esak di TikTok, tuduh ex-boyfriend rembat duit simpanan... Gara-gara cinta sanggup kongsi info perbankan

Jenny mendakwa duit simpanannya diambil bekas teman lelaki.

TANGISAN seorang wanita di TikTok mengundang sebak ramai selepas dia mendakwa duit simpanannya dikebas bekas teman lelaki.

Lebih menyedihkan apabila kehilangan tersebut hanya disedari ketika dia serta umat Islam lain sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan minggu hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan mudah tertipu... Kenali 5 tanda pasangan anda kaki kelentong!

ARTIKEL BERKAITAN: Merana duit KWSP lesap! Hasrat cari ‘maid’ sambilan jadi mimpi ngeri, scammer selindung sebalik khidmat kemas rumah

Meluahkan perasaan di media sosial, dia yang dikenali sebagai Cik Jenny memberitahu, perkara tersebut hanya disedari beberapa hari lalu selepas dia cuba membuat pengeluaran di mesin ATM.

"Aku ada dua akaun bank, satu Bank Islam... kedua CIMB. Tapi aku banyak menyimpan dalam Bank Islam dan tinggalkan sikit dalam CIMB bagi elakkan aku boros.

"Semalam (27 April) sejak pukul 5 petang hingga pukul 10 malam, aku cari bank area sini sebab semua ATM sudah kehabisan duit... dalam keadaan hujan lebat.

"Tiba-tiba apabila aku cek akaun, kosong! Dalam tu semua duit review, duit kerja," ujarnya dalam tangis.

Selepas insiden tersebut, dia mendakwa kehilangan tersebut adalah berpunca daripada bekas teman lelakinya.

Jelasnya, dia pernah berkongsi maklumat berkaitan kewangan dan perbankan dengan individu terbabit semasa mereka sedang dilamun cinta.

Duit simpnanan merupakan hasil produk review.

Duit simpanan hasil kerja melakukan produk review lesap.

"Sebelum ni akubercinta dengan seorang lelaki, Bank Islam ada online transfer tapi kod TAC pakai nombor telefon saya yang lama. Dulu kami bertukar nombor telefon," luahnya sedih.

Menurut Jenny, disebabkan itu, lelaki terbabit berjaya membuat pemindahan wang daripada akaun miliknya.

Bagi mendapatkan kepastian, dia menghubungi kakak kepada lelaki tersebut.

"Kakak dia beritahu, dia ambil duit tu sebagai balasan Jenny tinggalkan dia dan barang-barang yang dia belikan dulu... Jenny kena bayar balik.

Jenny diminta membayar ganti rugi setiap barangan yang diberikan kepadanya.

Akaun bank Jenny kosong.

"Dia cakap dia ada hak ke atas duit tu sebab dia dah banyak habiskan duit pada Jenny.

"Rupa-rupanya dia dah bagi tahu awal-awal pada kakak dia, kalau aku hubungi nanti beritahu macam tu. Aku malas nak besarkan isu ni sebab dia sudah berkahwin dan ada anak," ujarnya sambil merintih masih belum membeli baju raya dan sudah empat tahun tidak pulang ke kampung halaman.

Enggan keadaan sama berlaku ke atas wanita lain, Jenny turut menitipkan nasihat.

Katanya, wanita seharusnya tidak mempercayai kaum lelaki sepenuhnya.

Mungkin dia nak guna duit tu untuk anak bini tapi dia perlu fikir keadaan aku juga.

CIK JENNY

"Bukan semua lelaki begitu... buat kaum wanita, jangan pernah expose duit kita ada berapa banyak dekat pasangan sebab duit itu nanti akan tolong kita. Aku tak salah dia seorang tapi diri aku sendiri sebab memang bodoh. Aku tidak expect langsung yang dia boleh buat macam tu.

"Aku faham mungkin dia nak guna duit tu untuk anak bini tapi dia perlu fikir keadaan aku juga," luahnya lagi.

Luahannya itu ditonton lebih 3 juta pelayar aplikasi TikTok.

Kebanyakan warga net meluahkan rasa sedih dan bersimpati dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Bagaimanapun, segelintir netizen meminta dia membuat laporan polis dan mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut.

"Tuntut dekat mahkamah atas tuntutan civil. Aku dah pernah buat, dapat balik duit... janji ada bukti yang dia ambil duit tu. Jangan mengalah.

"Tukar semua (maklumat) Jenny, bahaya. Kita Kerja teruk-teruk, dia ambil (duit) macam tu saja. Semoga rezeki melimpah ruah seperti air yang mengalir.

"Bersabar ya Jenny, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Semoga Jenny dilimpahkan dengan rezeki.

"Awak semua jangan pernah bagi nombor pin kepada pasangan walau terlampau sayang dia. Duit awak adalah hak awak, pinjaman pun sama jangan buat untuk pasangan," ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain