suria

Risau tak sempat balas jasa, anak terkejut dapat tahu bapa hidap kanser... Sekelip mata tak boleh berjalan, hilang selera makan

Ayah gadis ini disahkan menghidap kanser seminggu sebelum raya.

BAGI setiap insan, figura seorang bapa umpama adiwira pertama dalam hidup mereka.

Kini setelah mereka dimamah usia, giliran kita sebagai anak untuk menjaga ibu bapa sebaik mungkin.

Namun bagi gadis ini, perkhabaran bahawa bapanya disahkan menghidap kanser oleh doktor seminggu sebelum Aidilfitri yang bakal tiba cukup menyedihkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Saat bisnes baru bertapak, kaki kiri dipotong akibat dilanggar lori 3 tan... OKU diduga anak derita tumor, ayah kanser usus tahap 4!

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hidap kanser, ibu diserang strok... bantuan JKM hanya RM300 sebulan, mujur dikelilingi insan prihatin nasib dua beradik terpelihara

"Beritahu saya bagaimana saya nak jadi okey apabila ayah sendiri didiagnosis ada kanser sebelum raya?

"Beritahu saya bagaimana saya nak jadi okey apabila bila doktor hubungi saya untuk bertanya mengenai keizinan untuk menebuk dada ayah supaya boleh tahu kanser tahap berapa?

IMG_1178

Menurut gadis ini, keadaan bapanya semakin parah setelah mengetahui dia memiliki kanser.

“Ini sangat 'berlebihan' apatah lagi apabila saya yang kena buat semua keputusan sebab saya anak tunggal. Ibu pun tak berapa sihat dan mereka cuma ada saya sahaja," jelas gadis berkenaan menerusi perkongsian video di TikTok.

Gadis ini akui bahawa dia mengalami gangguan mental sejak mengetahui masalah yang dialami oleh bapanya ini.

Tidak terhenti di situ, gadis ini turut akui dirinya tidak boleh duduk bertenang apabila kesihatan bapanya semakin menurun.

IMG_1177

Gadis ini akui dia sedih dan tak sanggup menerima mengenai sakit bapanya.

"Saya memang dah tak boleh tahan air mata lagi. Duduk buat kerja pun air mata boleh jatuh. Anak mana yang boleh tenang apabila tahu ayah makin teruk?

"Ayah saya dah tak boleh berjalan, makan pun taknak. Masa mak ada buat panggilan tadi, dia beritahu yang apabila saya balik, dia tetap nak minta izin doktor balik juga beraya di rumah,” katanya lagi.

Dipercayai gadis ini sedang berada berjauhan daripada ibu bapanya atas urusan kerja oleh itu dia terpaksa menyelesaikan segala tugas sebelum pulang ke pangkuan ibu bapanya yang sedang sakit.

Duduk buat kerja pun air mata boleh jatuh. Anak mana yang boleh tenang apabila tahu ayah makin teruk?

ANAK

"Sejujurnya saya tak sanggup lagi nak terima berita tak sepatutnya. Macam-macam dalam kepala ni fikir. Saya tak tahu mampu reda ke tak.

"Semoga Allah bagilah peluang dekat saya untuk balas jasa-jasa yang tak terkira penat lelah dia. Panjangkan umur dia untuk tengok anak dia seorang ni kahwin.

"Ayah selalu cakap dia harap sempat tengok saya kahwin dengan orang yang mampu jaga saya. Dia paling risau apabila saya cakap nak kahwin sebab takut bakal suami tak boleh jaga saya dengan baik," ujarnya lagi.

IMG_1174

Tangkap layar komen beberapa netizen.

Berikutan video yang menjadi tular, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa sedih dengan perkongsian gadis ini di TikTok.

"Sumpah saya nangis teresak-esak. Saya turut bersimpati dengan awak. Semoga Allah permudahkan urusan awak.

"Saya tak boleh berhenti menangis. Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan ayah awak.

"Hi saya tak kenal awak, tapi saya doakan Allah kurniakan kekuatan untuk ayah awak, cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Semoga dipermudahkan," demikian antara komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain