UMAT Islam di seluruh dunia pastinya tidak sabar untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Keterujaan itu turut dirasai Norhaifaa Hadi, 18, yang baru sahaja memeluk agama Islam pada 24 April lalu. Kisah penuh inspirasi gadis dari Filipina itu meraih hampir sejuta tontonan di TikTok dan turut tular dalam kalangan rakyat Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Setahun selepas lafaz syahadah sendiri, pemuda ini akhirnya peluk Islam secara rasmi! Ebit Lew antara individu beri pengaruh besar ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 tahun sambut raya di rumah kakak lain agama, mualaf kelahiran Sabah impikan Aidilfitri 2022 lebih meriah... nak beraya di kampung isteri pula Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Haifaa sempat memperincikan semula kisah perjalanannya dalam mengenal agama Islam sehingga melafazkan dua kalimah syahadah, beberapa hari lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya tak jangka akan viral. Saya cuma nak kongsi cerita. Saya kini menetap di Bandar Taguig dan merupakan pelajar di sebuah kolej di Manila. "Pada tahun lepas, ada seorang individu mengeluarkan kenyataan mengenai agama asal saya iaitu Kristian. Jadi saya nak membaca dan buat kajian, untuk membuktikan kata-katanya salah. Haifaa merupakan gadis kelahiran Filipina yang tular menerusi aplikasi TikTok. "Selepas buat pencarian, saya dapati hasilnya bertentangan dengan kepercayaan saya. Rupa-rupanya saya yang silap dengan pembacaan saya sebelum ini. Apabila pergi lebih mendalam, perlahan-lahan saya mula berminat dengan Islam. "Tapi saya tak berhenti. Saya baca sejarah, tonton debat dan ceramah sehinggalah hati ini mula menerima Islam. Saya juga ada mendekati beberapa orang Islam untuk mendapatkan kefahaman dan nasihat mengenai agama ini," ujar pemilik nama sebenar Baby Alyssa Mae itu. Menurut Haifaa yang berasal dari Kepulauan Sibuyan di wilayah Romblon, rakan-rakan dan ahli keluarganya turut terkejut dengan keputusannya memeluk agama Islam secara diam-diam. Sokongan yang diberi membuatkan saya yakin bahawa saya tak sendiri dalam perjalanan ini. Ramai juga yang mesej, mereka kata nak bantu saya mendalami Islam. HAIFAA Ujar Haifaa pada mulanya keluarga agak sukar menerima keputusan itu, namun dia tidak berhenti berdoa agar semua urusan dalam mendalami agama Islam dipermudahkan. "Permulaan saya mengenal Islam tidak dipengaruhi sesiapa. Perjalanan ini hanya saya yang tahu. Ramai yang terkejut apabila saya lafazkan kalimah syahadah. Sebelum ini, saya bukan sahaja penganut Kristian, tapi aktif dalam pemimpin belia di gereja. "Awalnya agak sukar kerana saya orang pertama dalam keluarga yang peluk Islam. Tapi saya berdoa kepada Allah supaya dapat cari keberanian kerana saya betul-betul nak mengenali Islam. "Emosi saya bercampur-baur selepas memeluk Islam. Tapi saya rasa lebih selamat dan dihormati apabila berhijab. Saya tak pernah bayangkan akan memakai hijab. Kali pertama pakai, saya terus menangis. Haifaa kini sedang menuntut di sebuah kolej di Manila. "Perjalanan ini sudah tentu sukar, tapi ia juga agak mudah. Ramai orang sekeliling membantu bagi memastikan urusan saya lancar untuk menyesuaikan diri sebagai orang Islam," ujar anak sulung daripada empat beradik itu. Bercerita mengenai Ramadan, Haifaa berkata dia baru sahaja belajar untuk berpuasa sejak memeluk Islam dan tidak sabar untuk meraikan Aidilfitri buat pertama kali pada tahun ini. "Saya anak sulung daripada empat beradik. Sejak umur 15 tahun saya datang ke Manila untuk belajar. Saya jauh daripada keluarga. "Saya juga masih baru dengan semua ini. Mungkin saya akan sertai sambutan Aidilfitri di masjid. Saya juga menjalani ibadah puasa sejak memeluk Islam," ujarnya lagi. Kisah Haifaa memeluk Islam turut tular sehingga ke Malaysia. Mengulas video kisah hidupnya yang meraih hampir sejuta tontonan di TikTok, Haifaa akui tersentuh apabila dia dihujani doa netizen dari pelbagai negara, termasuklah Malaysia. "Saya berbesar hati dengan sokongan yang diterima, saya rasa nak menangis kerana dialu-alukan dengan baik. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. "Sokongan yang diberi membuatkan saya yakin bahawa saya tak sendiri dalam perjalanan ini. Ramai juga yang mesej, mereka kata nak bantu saya mendalami Islam. "Ramai yang memberikan sokongan di TikTok. Sebelum video itu viral, saya juga ada meminta nasihat daripada seorang content creator Islam. Dia yang beri nama baharu saya," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI