suria

Isteri masuk hospital, Instafamous tak tidur malam selepas dengar pengumuman raya... kalut siapkan semua

Hafiz, Syafiqah dan anak sempat beraya di hospital pada 1 Syawal.

RAMAI yang tidak menyangka 1 Syawal di Malaysia jatuh pada hari Isnin, sejurus pengumuman dibuat pada Ahad malam.

Dalam kekecohan itu, dugaan menimpa Instafamous dan juga usahawan, Hafiz Mahamad apabila isterinya dimasukkan ke hospital.

Hafiz yang mempunyai seramai 1.3 juta pengikut di Instagram juga merupakan antara mereka yang menjangkakan Aidilfitri disambut pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalendar 2 versi! Kelam-kabut semua orang buat persiapan raya, memang mengejutkan tapi bukan pertama kali berlaku

ARTIKEL BERKAITAN: Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri 2 Mei

"Sehari sebelum raya, Aina kena warded sebab infection dan suhu tinggi sampai 40 darjah Celsius. Fikir fikir balik, mungkin sempat sebab raya ada dua hari lagi.

"Tiba-tiba dia umum hari ni raya. Ya Allah, malam raya semua kalut. Lepas dah bagi makan Aina dekat hospital. Terus pergi ambil semua baju raya," tulis Hafiz yang berusia 28 tahun di laman Instagram miliknya pada Isnin.

raya kalut hafiz mahamad 3

Hafiz membawa baju raya sekeluarga ke hospital.

Menerusi luahan Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad, dia tidak tidur semalaman kerana menjaga isteri sambil berharap diberikan kesembuhan segera.

"Alhamdulilah pagi tadi semua dah okay balik dan doktor bagi izin keluar. Best, sebab first time saya berjaya siapkan semua barang raya untuk Ainaa dan anak.

"Selamat Hari Raya sahabat, team dan pelanggan. Saya minta maaf sangat dalam kita bersahabat di media sosial, ada salah silap saya," ujar bapa kepada seorang cahaya mata perempuan itu.

raya kalut hafiz mahamad 4

Hafiz membuat persiapan Aidilfitri saat akhir termasuk menggosok baju raya.

Sementara itu, isterinya Aina atau Nursyafiqa Aina Abdul Wahab mengakui Hari Raya kali ini yang paling kalut baginya.

"Hari tu baru throwback raya dari tiga tahun lepas dan cakap kita tengok tahun ni macam mana rupa raya Aina. Paling surprise rupa-rupanya raya tahun ni!

Fikir fikir balik, mungkin sempat sebab raya ada dua hari lagi. Tiba-tiba, dia umum hari ni raya.

HAFIZ MAHAMAD

“Memang tak sempat prepare apa-apa langsung, ni pun Hafiz yang sediakan baju raya, iron baju dari rumah siap-siap (tak pernah pernah dia buat, memang reda je). Kasut apa semua tak sempat nak ambil.

"Jadi beginilah rupa raya kami tahun ni, beraya di hospital dengan rupa yang kurang siap. Tapi cuba gagahkan diri minta kebenaran doktor nak discaj hari ni.

“Sampai rumah je badan menggigil semula! Hopefully sihat terus lepas ni,” ujar Aina.

raya kalut hafiz mahamad 2

Aina menikmati hidangan di hospital.

Pengumuman yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Ahad malam, mengenai umat Islam di Malaysia menyambut 1 Syawal pada Isnin 2 Mei ternyata mengejutkan ramai.

Rata-rata mereka membuat persiapan saat akhir dan bergegas pulang ke kampung halaman masing-masing, berikutan kebanyakannya menjangkakan 1 Syawal disambut pada Selasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain