↵ JIWA mana yang tak kosong saat ibu tersayang menghembuskan nafas terakhir. Lebih pilu apabila ia berlaku secara tiba-tiba. Begitulah yang berlaku terhadap Nurul Damia Asyiqin, 23, apabila ibunya pergi buat selamanya pada 29 April lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu meninggal atas riba adik hari terakhir Ramadan, rendang raya dah siap masak... jejaka kerja pelantar minyak masih trauma ARTIKEL BERKAITAN: Ibu meninggal secara mengejut, adik bongsu pula ‘lost’ tak mahu ambil SPM... Kakak tak duduk diam, pulang ke Kelantan demi keluarga Jelas wanita yang menjalankan perniagaan sendiri di Johor Bahru, Johor ini, peristiwa pada minggu akhir bulan Ramadan ibarat mimpi ngeri buat dirinya. "Umi mula sakit pada awal April. Masa tengah panaskan lauk berbuka dalam pukul 7 malam, tiba-tiba dia sakit perut lalu terjatuh perlahan-lahan. Mujur ada nenek dekat dapur masa ibu jatuh. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Apabila dapat tahu fasal umi dimasukkan ke hospital, saya terus bergegas balik dari Johor ke kampung di Kelantan. Doktor sahkan ada darah beku dalam kepala umi. "Jadi umi terpaksa jalani pembedahan untuk buang tempurung kepala sebelah kiri. Saya sangat sedih apabila mengenangkan nasib umi terpaksa hadap semua ni masa bulan puasa," katanya ketika dihubungi mStar. Gambar kenangan Damia bersama ibunya. Menurut Damia lagi, ibunya terpaksa ditempatkan di wad ICU (intensive care unit) selama tiga hari dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kesengsaraan ibunya tidak terhenti di situ apabila pada 18 April, ibunya mengalami masalah kahak berkumpul pada rongga menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke ICU kembali. "Tiga hari umi tak sedarkan diri dalam ICU. Apabila nampak macam umi sudah stabil baru mereka pindahkan dia ke wad biasa. Pada petang hari yang sama tiba-tiba paras oksigen arwah jatuh teruk... paru-paru dia menjadi makin lemah. NURUL DAMIA ASYIQIN "Lapan hari saja saya sempat bergurau senda, bercerita dan melepaskan rindu dengan umi. Tiba-tiba umi mengalami masalah kahak berkumpul. Kemudian dia dimasukkan ke ICU semula untuk tebuk lubang di bahagian tekak," katanya. Menurut Mia, sungguhpun begitu dia bersyukur apabila diberikan kesempatan untuk menjaga ibunya yang sakit sehingga wanita itu menghembuskan nafas terakhir. "Seminggu umi di wad ICU masa lepas pembedahan tu. Kemudian apabila agak stabil dia dipindahkan ke wad biasa. Sebak hati saya tengok keadaan ibu yang ulang-alik tukar wad tu. "Pada malam 28 April tu saya ambil keputusan nak jaga umi bermalam dekat wad. Keesokan paginya umi nampak OK saja siap bergurau senda dengan saya. Umi sempat membebel lagi dekat saya walaupun pertuturan tak lancar sebab strok. "Tapi pada petang hari yang sama tiba-tiba paras oksigennya jatuh teruk. Paru-paru dia menjadi makin lemah dan selang beberapa minit lepas tu wajah umi jadi pucat dan tidak bernafas. Kira-kira pukul 3.35 petang umi menghembuskan nafas terakhir,” kata Damia. Ibu Damia meninggal dunia pada bulan Ramadan. Tambah Damia, dia kini menjadi anak yatim piatu kerana bapanya juga telah meninggal dunia pada 2018 akibat pembuluh darah pecah. Dalam pada itu Damia yang sudah berumah tangga ini sedikit terkilan apabila niatnya untuk memberikan ibunya sebentuk cincin tidak kesampaian. Walau bagaimanapun, dia tetap reda dengan ketentuan Allah dan beranggapan bahawa pemergian ibunya ini merupakan kematian yang dicemburui kerana meninggal pada bulan Ramadan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI