suria

Raya di kampung bertukar mimpi ngeri... Aksi saudara 6 tahun ajak ‘main’ mengejutkan, ramai syak mangsa sexual grooming

Tindakan kanak-kanak berusia 6 tahun mengejutkan.

SELEPAS dua tahun tidak dapat meraikan Aidilfitri secara meriah, pastinya ramai yang tidak sabar bertemu dengan sanak saudara di kampung.

Namun siapa sangka suasana meriah yang diimpikan itu bertukar menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah individu.

Berlaku tanpa diduga, pertemuan pertama dalam tempoh tiga tahun itu dikejutkan dengan kelakuan sumbang sanak saudara.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu demam terkejut, bapa mengamuk anak darjah 3 dapat surat cinta lukisan adegan ranjang, diintai murid lelaki di tandas

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu trauma anak 5 tahun beritahu diajak 'main jilat', rakan tengok aksi tu di telefon emaknya

Lebih mengejutkan apabila ia dilakukan oleh kanak-kanak yang baru berusia enam tahun!

Menerusi posting seorang wanita yang tular di laman sosial, dia mendedahkan telah didatangi seorang kanak-kanak perempuan yang mengajaknya 'bermain'.

Ciapan pelayar Twitter.

Ciapan pelayar Twitter.

"Ada budak berumur enam tahun datang (bercakap) 'jom kita main'. Jadi saya ingatkan dia mahu ajak bermain patung, saya pun ikut sebab dia tarik tangan... dan apabila saya berdiri di hadapan dia, dia menyentuh bahagian sulit dan berkata 'hehe (reaksi ketawa) kita main macam ni'.

"Betulkah fikiran kanak-kanak berumur enam tahun?

"Dia juga cuba untuk menyentuh bahagian sulit saya kali kedua dengan tangannya. Saya tidak tahu daripada mana dia belajar, budak lagi. Saya tidak tipu, kanak-kanak kalau terlampau terdedah dengan sesuatu perkara seperti itu... mereka akan menunjukkannya secara terang-terangan," tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter, lewat malam Selasa.

Pendedahan tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, dengan rata-ratanya menzahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan kanak-kanak itu menjadi mangsa pengantunan seksual atau sexual grooming.

Sexual grooming berlaku tanpa disedari mangsa.

Sexual grooming berlaku tanpa disedari mangsa. - Gambar hiasan

"Saya takut kanak-kanak perempuan itu adalah mangsa sexual grooming. Dia bersahaja dan innocently lakukan gerakan tangan mungkin kerana ada individu dewasa yang pernah lakukan pada dia. Percayalah, bukan sekali dua dia kena!

"Banyak kali ulang baca (posting). 'Her' tu buat aku termenung. Barangkali boleh berlaku juga situasi yang tidak diingini ini. Tapi dunia memang sudah tercemar, memang perlu diperbetulkan.

"Mangsa sexual grooming, awak perlu siasat daripada mana dia tahu perkara seperti itu.

"Daripada mana dia belajar perkara seperti itu? Cara dia bercakap dan tindakannya itu... menakutkan.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Kalau boleh hubungi keluarga dia, berkemungkinan dia mangsa sexual grooming," luah beberapa netizen.

Perkongsian itu juga membuatkan lebih ramai warganet tampil berkongsi insiden seumpamanya yang pernah dialami mereka.

Apa yang mengejutkan adalah, kebanyakan terjadi membabitkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

"Pernah dapat WhatsApp daripada kanak-kanak berusia sembilan tahun, dia hantar gambar-gambar lucah. Bila maklumkan kepada ibu dia, si ibu backup seolah-olah anak dia turun dari syurga yang tidak ada cacat cela.

Kanak-kanak akan menunjukkan perilaku yang 'dipelajari'.

Kanak-kanak akan menunjukkan perilaku yang 'dipelajari'. - Gambar hiasan

"Pernah sekali nampak anak buah yang baru berusia lima tahun cuba menyentuh bahagian sulit anak perempuan saya. Auto teriak sebab terkejut dan marah terus kanak-kanak lelaki tersebut. Selepas itu, saya tidak pernah tinggalkan anak saya berdua dengan dia.

"Awak tahu, anak kepada abang sepupu pernah sentuh-sentuh seperti itu, memang terkejut juga tapi bila tanya daripada mana dia belajar dan tegur jangan buat lagi... dia jawab belajar daripada ibu bapa," ujar beberapa netizen yang pernah melihat dan mengalami situasi berkenaan.

Ahli keluarga saya 'kantoi' merakam adik perempuan yang tengah mandi di rumah di kampung.

PELAYAR TWITTER

Terdahulu, perkongsiannya itu dibuat sebagai reaksi balas kepada seorang individu yang menyatakan dia dihina oleh kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menyebut 't***k besar, gemuk' ketika berjumpa.

Dalam hantaran berlainan, seorang pengguna Twitter turut meluahkan rasa terkejut apabila adik perempuannya dirakam ketika sedang mandi di kampung.

"Salah seorang ahli keluarga saya 'kantoi' (didapati) merakam adik perempuan yang tengah mandi di rumah di kampung dan dia nampak telefon tersebut," katanya.

Dirakam ketika mandi.

Dirakam ketika mandi.

Menjelaskan situasi yang berlaku, wanita tersebut berkata, kejadian yang berlaku itu membuatkan seluruh ahli keluarganya berasa kurang senang dengan individu tersebut.

"Adik juga takut jika tersalah tuduh orang tapi daripada penerangan telefon yang dia nampak, dan kesemua lelaki yang ada dalam rumah itu tengah bersembang ketika kejadian... jadi memang tidak salah orang.

"Lagi pula dia ada suruh adik bongsu pergi tengok siapa lagi yang keluar daripada bilik air itu. Mustahil salah orang, tapi ini perkara yang sangat sensitif," ceritanya.

Ciapannya di laman Twitter itu diulang kicau lebih 10,000 kali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain