PENGALAMAN kali pertama meraikan Aidilfitri di hospital sudah tentu akan diingati remaja ini sampai bila-bila. Menurut Muhammad Abdul Ghani Al-Aziz Gaspal, 17, jauh di sudut hati dia berasa sayu mengenangkan nasibnya selepas terlibat dalam kemalangan pada penghujung Ramadan lalu. Ketika dihubungi mStar, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu sempat berkongsi cerita mengenai kemalangan yang menimpa dia serta adik bongsunya, Hani Zikrullah, 16, yang berlaku pada 29 April lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga ARTIKEL BERKAITAN: Jiwa rider saja faham mengapa pemuda ini menangis lepas kemalangan, bukan sakit tapi risau nampak cik tunang terbaring atas jalan "Saya menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas jemput adik di asrama. Ketika berada dekat selekoh, motorsikal kami terbabas ketika nak elak biawak. Saya dengan adik terseret, lepas tu kena langgar dengan motor lain pula. "Adik okey, dia calar-calar sikit saja. Saya cedera di tangan, calar pada badan dan tulang lutut kanan patah. Saya dimasukkan ke Hospital Seremban, menjalani pembedahan dan dipindahkan ke Hospital Jelebu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Doktor masukkan skru pada lutut. InsyaAllah akan sembuh sepenuhnya dalam masa dua bulan. Cuma sekarang kena berjalan pakai tongkat. Rasa susah sikit tiba-tiba kaki sakit. "Ini kali pertama raya di hospital. Memang rasa sedih sebab tak boleh beraya dengan keluarga. Sebelum ini tak boleh beraya sebab pandemik, keluarga pun jauh. Tapi sekarang apabila boleh beraya, jadi macam ni pula," ujarnya panjang lebar. Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, dia juga terkejut apabila video dia duduk di atas kerusi roda menarik perhatian netizen di aplikasi TikTok. Ghani merupakan anak keempat daripada lima beradik. Video berkenaan mencuri tumpuan ramai apabila adik bongsu Ghani yang segak berpakaian baju Melayu sebak berada di sebelahnya ketika melawat pada petang 1 Syawal lalu. "Video itu dirakam dan dikongsi ke TikTok oleh abang sulung saya. Keluarga datang melawat pada petang raya pertama. Adik saya dia macam rasa bersalah, sebab dia pun ada dalam situasi kemalangan tu. "Tambahan pula ketika itu saya yang ambil dia di asrama. Yang keduanya, mungkin dia susah hati tak dapat beraya dengan saya," ujarnya berseloroh. Ini kali pertama raya di hospital. Memang rasa sedih sebab tak boleh beraya dengan keluarga. GHANI Dalam pada itu, Ghani berkata kecederaan yang dialami tidak mematahkan semangatnya untuk mendududki peperiksaan SPM pada tahun ini. "Sekolah tak tahu la macam mana, saya akan cuba untuk ke sekolah, untuk fokus SPM tak lama lagi. Risau juga apabila fikir mengenai SPM. "Nak duduk pun susah sebab kaki saya kena lurus, sekarang tak boleh nak bengkok kaki. Tapi saya tetap semangat untuk SPM," ujarnya yang menetap di Jelebu. Ghani akui tak patah semangat untuk menduduki SPM tahun ini. Sehingga kini, video tular itu meraih lebih 284,000 tontonan di TikTok. "Pertama kali raya di hospital. Apabila dekat bergaduh, jauh sedih," tulis abang sulung Ghani menerusi kapsyen TikTok. Rata-rata pelayar TikTok turut meluahkan rasa sebak melihat video dua beradik itu. Antara komen netizen di TikTok. "Biasalah adik-beradik selalu gaduh. Cubit paha kiri, paha kanan akan terasa. Darah daging, air dicincang tak akan putus. "Nama pun adik-beradik tak sah kalau tak gaduh-gaduh manja. Adik-beradik kata kan, adik mana tak sedih apabila tengok abangnya macam tu. "Dia sayang tu, nampak ikhlas. Tapi tak terluah," tulis beberapa netizen di ruangan komen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI