MACAM dalam filem! Begitulah detik mencemaskan yang dilalui sebahagian pengguna jalan raya apabila sebuah kereta terbakar di jalan menghala ke Genting Highlands, Pahang. Menerusi video yang kini tular di media sosial, sebuah kereta jenis Hyundai Elantra terbakar. ARTIKEL BERKAITAN: Bermula bau hangit, gadis kongsi detik cemas kereta tiba-tiba terbakar nyaris ragut nyawa 6 sekeluarga - "Biarlah ada seorang teman pemandu" ARTIKEL BERKAITAN: Baru 4 hari pindah, isteri pula hamil 4 bulan... pengantin muda terkedu lihat kereta terbakar di depan rumah, nasib baik ayah sanggup redah! Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @kas_man88_tks pada Isnin merakamkan orang awam memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Lebih mencemaskan apabila satu lagi video menunjukkan kereta yang terbakar itu secara tiba-tiba mengundur ke belakang menuruni bukit. Suasana panik itu membuatkan pengguna jalan raya cuba bergerak bagi mengelakkan terkena kereta berkenaan. Kereta yang terbakar mengundur menuruni bukit. Kereta warna putih yang terbakar itu kemudian berhenti selepas melanggar sebuah kenderaan lain jenis Toyota Vellfire. Video kedua dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @ren.pmx, yang dirakamkan daripada pandangan atas, dipercayai dari kereta kabel untuk ke pusat peranginan itu. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menghargai bantuan orang awam yang cuba memadamkan kebakaran. Malah, mereka turut berterima kasih kepada pemilik kereta Totoya Vellfire kerana 'menahan' kereta yang terbakar, sekali gus mengelakkan daripada insiden yang lebih buruk berlaku melibatkan pengguna jalan raya lain. Orang awam membantu memadamkan kebakaran. "Nasib baik ada peti ais tolong tahan. "Vellfire, pengorbananmu tidak didendang. Ketika api marak membakar, namun dirimu teguh bertahan demi sekelumit rasa, tengah bersajak ke tu? "Vellfire is reda. Vellfire, pengorbananmu tidak didendang. Ketika api marak membakar, namun dirimu teguh bertahan demi sekelumit rasa. NETIZEN "Vellfire handle fire very well (Vellfire mengendalikan api dengan sangat baik). "Vellfire juga yang tolong, good job abang long," demikian antara komen-komen netizen. Dalam pada itu, pengguna TikTok @kas_man88_ yang memuat naik video pertama memaklumkan bahawa kesemua mangsa yang menaiki kereta terbakar itu selamat. "Orang selamat, laki bini ada tiga anak kecil. Kasihan nak bercuti kena musibah. Semoga abang tu sihat selalu,” katanya. Antara komen netizen. Sementara itu, lima sekeluarga dilaporkan terselamat selepas kereta dinaiki terbakar di Kilometer 2.9, jalan naik ke Genting Highlands pada Isnin. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. Menurutnya, bomba menerima laporan berhubung kejadian pukul 1.44 tengah hari sebelum lima anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands ke lokasi untuk bantuan. "Ketika anggota tiba di lokasi mendapati sebuah kereta jenis Hyundai Elantra terbakar dan menggelongsor turun kira-kira 100 meter dalam keadaan api sedang marak. "Operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos bantu mula dibantu hos dari Unit Kebakaran Genting Highlands," katanya melalui kenyataan pada Selasa. Zulfadli berkata, kebakaran berjaya dipadamkan namun kereta tersebut musnah hampir 80 peratus. "Pasangan suami isteri dan tiga anak yang menaiki kereta tersebut selamat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI