suria

Wanita buat video ‘ala Khairulaming’ kongsi tutorial 30 stail tudung, paling tak sangka gadis ‘free hair’ terbuka hati nak cuba

Lisa berkongsi video tutorial gaya hijab di Twitter.

JIKA selebriti media sosial, Khairulaming dikenali kerana video masakan sepanjang Ramadan iaitu 30 hari 30 resipi, wanita ini juga tampil dengan konsep yang sama.

Namun dia memilih untuk mengetengahkan 'content' tutorial bagaimana mahu menggayakan tudung, buat panduan kaum hawa yang tercari-cari stail terutama ketika beraya.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita berkenaan, Nurelisa Liyana berkata, video tutorial '30 hari 30 jenis style tudung' merupakan percubaan pertamanya untuk berkongsi tip dengan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh jadi 'ungu mata hitamku', video '30hari 30 purple' trending di TikTok sepanjang Ramadan... Onde-onde pun tukar warna!

ARTIKEL BERKAITAN: Wow... kebakaran merata-rata, ikan masak bunga api pula gempak habis! Khairulaming janji 'belanja' 30 resipi sepanjang Ramadan

"Idea saya diinspirasikan daripada Khairulaming 30 hari 30 resipi. Dan saya ada perasan juga ramai buat 30 hari 30 make-up tutorial dan sebagainya.

"Saya memang selalu kongsi tutorial tudung di TikTok 'swanheritagehq' dan Instagram 'swanheritage'. Dari situ saya fikir mengapa tidak saya permudahkan urusan wanita-wanita di luar sana.

"Malah saya sendiri pun struggle nak buat keputusan stail apa nak pakai setiap hari. Jadi tutorial ini senang untuk saya rujuk semula," kata Nurelisa yang juga pengasas fesyen hijab.

Mesra disapa Lisa, wanita berusia 25 tahun itu berkata, video tutorial yang dihasilkannya secara tidak langsung menambah bilangan pengikutnya di platform media sosial.

"Saya dapat ribuan pengikut di Instagram dan Twitter. Lagi-lagi di Twitter sangat senang tersebar disebabkan fungsi butang 'RT'. Ramai juga yang 'quote tweets' daripada netizen atau followers," katanya.

tudung 2

Lisa (depan, tengah) bersama team Swan Heritage.

Mengenai sambutan yang diterima, Lisa berkata, dia sama sekali tidak menyangka penghasilan video tutorial tersebut meninggalkan kesan kepada segelintir pengikut.

"Ada satu komen yang saya dapat daripada seorang gadis. Dia tak bertudung dan dia cakap apabila tengok tutorial saya, dia teringin nak cuba.

"Bila dapat komen macam ni, ia membuatkan saya gembira sebab sedikit-sebanyak saya dapat encourage dia and juga wanita-wanita di luar sana untuk bertudung.

"Komen begini juga antara faktor yang membuatkan saya lagi bersemangat nak kongsi tutorial," ujarnya lagi.

Satu perkara yang saya fokus untuk tutorial ini adalah saya mengetengahkan gaya fleksibel.

NURELISA LIYANA

Susulan peneriman di luar jangkaan meskipun cubaan pertama, Lisa berkata, dia berhasrat untuk meneruskan penghasilan video dengan konsep idea yang sama pada tahun depan.

"Tahun depan saya nak cuba sesuatu yang berbeza dan juga kekalkan content yang sama macam saya buat tahun ini. Sebab masalah wanita setiap tahun sama saja iaitu bagaimana nak menggayakan tudung setiap hari lagi-lagi pada bulan puasa dan raya.

"Satu perkara yang saya fokus untuk tutorial ini adalah saya mengetengahkan gaya fleksibel. Maknanya ada stail yang labuh dan tak labuh sebab fokus saya adalah mahu semua orang boleh cuba," ujarnya lagi.

tudung 1

Lisa bercadang untuk mengekalkan konsep sama untuk penghasilan videonya tahun depan.

Sementara itu, mengenai jenama hijab 'Swan Heritage yang diusahakannya, Lisa berkata, ia bakal memasuki tahun kelima dan mahu memperkukuhkannya sebagai produk fesyen.

"Swan Heritage adalah satu jenama tudung yang memberi tumpuan kepada fesyen yang mampan. Kami mentakrifkannya sebagai jenama yang menjanjikan penggunaan fabrik premium dan berkualiti tinggi yang boleh dipakai setiap hari dan masih kelihatan cantik dalam kesederhanaan," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain