suria

Gadis letih kena body shaming! Disuruh berhenti mengunyah, jaga pergerakan ketika pergi beraya bimbang rumah tetamu bergegar

Amanda luah rasa kecil hati dengan kutukan diterima daripada sesetengah pihak terhadapnya.

TIADA satu pun individu yang suka apabila rupa paras dan bentuk badan menjadi bahan ejekan.

Namun itulah yang dilalui seorang gadis apabila menjadi mangsa body shaming semasa hari raya baru-baru ini.

Berkongsi luahan hatinya kepada mStar, Norfatihah Amanda menceritakan pengalaman pahit berdepan dengan golongan tertentu yang suka mengkritik fizikal dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikaitkan dengan Siti Bainun, gadis ini kesal ‘dibuli’ ketika buat live TikTok... Hentikan lawak ‘body shaming’!

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu 8XL kini 3XL! Wanita mangsa body shaming gigih berubah ketika berat hampir 200kg... kongsi kisah seksa nak ke tandas, kerusi patah

“Saya hidup dalam sebuah keluarga besar. Famili pula ada keturunan Arab jadi bila balik kampung memang berjumpa ramai saudara-mara berbadan besar. Walaupun sepupu saya ramai yang gempal tapi mereka selalu jadikan saya ‘target’.

“Saya faham bila mereka suka mengusik dan bergurau dan jadikan ia sebagai ‘tiket’ kononnya bagi semangat supaya saya kurus tapi baru-baru ni saya geram betul sebab ada saja yang tak kena mereka nak cakap.

“Bila nak duduk nanti tertunjuk lemak berlipat. Lepas tu lagi nak jadikan isu bila mereka asyik tegur pasal badan saya macam orang dah beranak 10 bila mereka lihat mak saya lebih kurus berbanding saya,” luahnya yang senang disapa Amanda.

IMG_1721

Gadis ini dikutuk memiliki badan seperti ibu dengan 10 anak.

Bukan itu sahaja, ujar Amanda yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik ini lagi, suasana hari raya pada tahun ini menjadi kurang senang apabila setiap perbuatannya menjadi bahan ejekan.

Lebih menyedihkan lagi apabila setiap rumah yang gadis ini bertandang pasti ada sahaja ejekan atau sindiran yang diterima berkaitan berat badannya.

“Masa makan pun ada saja yang mengusik. Mereka cakap saya tak reti berhenti mengunyah. Ada juga yang ‘bimbang’ siap suruh saya berhati-hati duduk dekat kerusi orang takut patah pula.

Lepas asyik kena kutuk masa beraya tu saya rasa ‘fed up’ sampai nak nangis cuma tak nak tunjuk depan saudara mara jadi saya gelak saja.

AMANDA

“Kami ada pergi bertandang dekat satu rumah agak usang ni. Jadi biasalah rumah kampung masih beralaskan kayu. Bila saya berjalan naik, rumah tu bergegar jadi mereka suruh saya jangan bergerak terlalu banyak.

“Ada juga masa saya tengah make-up mereka tegur ‘pakai make-up muka nak lawa tapi badan tak nak pula jaga’. Saya faham semua teguran ni untuk kebaikan saya. Saya nak cuba gaya hidup sihat. Saya pun tak nak terus jadi macam ni lagi 10 hingga 20 tahun akan datang cuma kekuatan nak konsisten tu tak ada lagi,” luah Amanda yang enggan berkongsi berat badan terkininya kepada umum.

IMG_1719

Komen beberapa netizen mengenai video yang tular di TikTok.

Adakalanya, gadis yang beraya di Ampang, Selangor ini memilih untuk memulakan sendiri ‘jenaka’ terhadap fizikalnya agar tidak terlalu sakit menerima kritikan jika orang lain yang mula mengutuk.

Berkenaan video yang menjadi tular di TikTok sehingga meraih hampir 500,000 jumlah tontonan, warga maya turut meluahkan nasib yang sama seperti Amanda semasa beraya.

“Lepas asyik kena kutuk masa beraya tu saya rasa ‘fed up’ sampai nak nangis cuma tak nak tunjuk depan saudara mara jadi saya gelak saja. Kadang-kadang saya sampai jadi kurang yakin dan terfikir dengan apa mereka cakap tu. Memang saya ni buruk sampai perut berlapis nampak macam ibu mengandung ke.

IMG_1720

Amanda merupakan anak sulung dalam keluarga.

“Cuma saya harap mereka cuba ‘approach’ saya dengan cara yang lebih lembut saja bukannya orang tu tengah happy tiba-tiba kena kritik. Tapi bila dah besar ni saya cuba fahamkan dengan bersetuju dan diamkan diri demi kebaikan saya.

“Saya post video tu dekat TikTok hanya sebagai suka-suka saja tapi ramai pula nak berkongsi pengalaman jadi saya harap kepada sesiapa yang suka normalisasikan body shaming ni biar dia ambil perkara ni sebagai mesej bahawa kesan yang ditinggalkan terhadap orang yang kena kutuk macam ni,” luah Amanda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain