"ANOTHER level of kemewahan!" Gara-gara berkongsi video sebuah banglo di laman sosial, seorang pemuda diminta untuk melakukan 'house tour'. Namun siapa sangka banglo putih yang tersergam indah itu dihuni oleh sekumpulan kucing. ARTIKEL BERKAITAN: Untung la si bulus! Bukan rumah, lelaki ini bina 'istana' inspirasi drama Korea demi keselesaan kucing bermacam baka - "Saya bela macam anak sendiri" ARTIKEL BERKAITAN: Sayang nak buang, suami isteri transform almari lama jadi rumah mewah buat si bulus... bertukang 'asal boleh je' tapi kreatif! Difahamkan, rakaman yang tular itu dibuat ketika pemuda berkenaan berkunjung ke rumah agam milik sebuah keluarga sempena sambutan Aidilfitri, baru-baru ini. Bercakap kepada mStar, pemilik 'banglo kucing' itu, Datin Rauzawani Ab Hadi berkata ia diletakkan di halaman kediamannya di Bachok, Kelantan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Lebih dikenali sebagai Datin Rauzaa, katanya, pada awalnya kesemua 13 kucing peliharaannya ditempatkan di dalam sangkar, kira-kira enam tahun lalu. "Tiga tahun lepas saya bercadang untuk menempatkan kesemuanya dalam 'sangkar' baru dengan sentuhan kreatif yang kelihatan seperti sebuah banglo. "Banglo kucing ini ada dua tingkat, sebahagian kucing berada di tingkat bawah dan separuh lagi ditempatkan di tingkat atas," katanya ketika dihubungi. Banglo kucing dilengkapi tingkap kaca dan tangga. Wanita berusia 40 tahun itu berkata, banglo kucing yang bertemakan Inggeris tersebut merupakan ideanya sendiri kerana suka membela haiwan itu sejak kecil. "Ada tempat kucing tidur dan bermain serta kipas untuk pengudaraan. Banglo kucing ini juga mempunyai tangga untuk kucing-kucing ke tingkat atas dan tingkap kaca untuk dilihat dari luar. "Selain itu, terdapat lampu yang dipasang di luar banglo untuk pencahayaan di waktu malam, dan sekelilingnya didirikan pagar bagi membolehkan kucing-kucing bermain dalam kawasan pada waktu petang," ujarnya yang berasal dari Kota Bharu. Menurut Datin Rauzaa, idea untuk membina banglo kucing itu tercetus selepas melihat foto rumah-rumah anjing yang dibela 'mat salih', menerusi laman sosial. Sebahagian kucing baka Scottish peliharaan Datin Rauzaa. "Saya tengok rumah-rumah anjing mereka cantik, jadi saya fikir kenapa tidak bina yang cantik juga untuk kucing-kucing di rumah. "Kos keseluruhan banglo kucing adalah sekitar RM20,000. Luaran saja nampak mewah, di dalamnya seperti sangkar kucing," katanya sambil menambah kucing yang dibelanya kini berjumlah lima ekor baka Scottish, manakala yang lain dijual dan diberi kepada orang. Jika kita jaga haiwan-haiwan ini dengan baik, insyaAllah ada ganjaran pahalanya. Apatah lagi kita dituntut untuk berbuat baik kepada kucing, jauh sekali menzalimi atau menyakitinya. DATIN RAUZAA Usahawan kosmetik itu menjelaskan bahawa membela kucing-kucing itu memberi ketenangan kepadanya dalam kesibukan dengan urusan kerja dan keluarga. "Bila saya ada masa lapang, saya akan singgah ke banglo kucing ni. Bila tengok rasa tenang, pada masa sama saya rasa kasihan... saya ni memang mudah kasihan tengok haiwan. "Kebiasaannya bibik (pembantu rumah) yang tolong uruskan makan minum dan lain-lain untuk kucing-kucing, tapi saya akan memastikan kebajikan haiwan ini terjaga," katanya mengenai lima kucingnya yang diberi nama Ressa, Lola, Loly, Jony dan Jeny. Datin Rauzaa mahu memastikan kucing peliharaannya dijaga dengan baik. Datin Rauzaa yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki memberitahu, sama ada sangkar atau banglo, apa yang lebih penting adalah penjagaan rapi haiwan tersebut. "Jika kita jaga haiwan-haiwan ini dengan baik, insyaAllah ada ganjaran pahalanya. Apatah lagi kita dituntut untuk berbuat baik kepada kucing, jauh sekali menzalimi atau menyakitinya. "InsyaAllah, saya ada niat untuk besarkan lagi banglo kucing untuk buat tempat permainan haiwan-haiwan ini pada masa akan datang. Kiranya macam ubah suai rumahlah," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI