suria

‘Jiran dari neraka’! Wanita berang luar rumah jadi ‘tapak pelupusan sampah’ sampai terburai, berulat... Tegur tak jalan, terus kasi ‘notis’

Longgokan sampah yang dibuang segelintir jiran di luar rumah Zalikha.

DAH macam tapak pelupusan sampah!

Seorang wanita terpaksa berhadapan dengan sikap tidak bertimbang rasa beberapa jirannya yang sesuka hati membuang sampah di luar rumahnya.

Wanita berkenaan, Zalikha Zainal berkata, situasi itu dialaminya sejak dia sekeluarga berpindah ke rumah sewa di Sungai Besi, Kuala Lumpur, November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kacak, isteri cantik tapi pengotor! 'Penyewa puaka' hidup dalam sampah berulat, sewa pun lambat bayar

ARTIKEL BERKAITAN: 'Penyewa dari neraka' memang wujud! Pemilik perlu 'daki' timbunan sampah cecah siling nak masuk rumah... siap pakej haiwan, bangkai

Dia pada mulanya boleh bersabar dengan sikap beberapa jirannya yang tiada 'common sense' tetapi lama-kelamaan kesabaran itu ada batasnya.

"Sebelum ni dah banyak kali sabar. Yang buang sampah depan rumah saya bukan seorang jiran dan bukan dari sebuah rumah je, tapi ada beberapa orang.

"Yang selamba buang sampah kat luar rumah saya ni sama ada tak beli tong sampah atau tong sampah disimpan elok di halaman rumah, tapi tak gunakan," katanya kepada mStar.

Zalikha berkata, rumahnya sendiri mempunyai satu tong sampah yang diletakkan di luar rumah bagi kegunaan keluarganya untuk membuang sampah.

"Ikutkan setiap rumah kena beli, perlu ada tong sampah. Tapi jiran-jiran ni buang sampah dalam tong sampah di rumah sama.

"Kadang-kadang bila tong sampah dah penuh dengan sampah yang kami buang, mereka campak plastik sampah di sekitar tong sampah," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

jiran buang sampah 2

Selain plastik sampah, bahan buangan juga dicampak segelintir jiran-jiran di luar rumah Zalikha.

Namun kata wanita itu, apa yang lebih bermasalah apabila mereka sekeluarga tidak berpeluang untuk membuang sampah di tong sampah sendiri.

"Tong sampah saya tu hanya boleh muat lebih kurang tiga plastik sampah je. Kalau jiran-jiran berkenaan dah awal-awal buang sampah dalam tong, maka penuhlah.

"Dah satu hal sekitar tong tu penuh longgokan sampah. Sudahlah mereka tak minta izin nak buang sampah dekat rumah saya, sampah dicampak macam tu je sampah di atas jalan.

"Jalan di depan rumah adalah laluan utama, banyak kereta lalu-lalang. Selalu plastik sampah kena lenyek dengan kenderaan dan terburai, bukan setakat bau... ulat pun ada!" katanya.

jiran buang sampah 4

Antara komen-komen netizen.

Tambah Zalikha, longgokan sampah juga menghalang laluan kereta untuk ke garaj sehingga terpaksa mengalihkan plastik sampah yang dibuang jiran-jiran tidak bertanggungjawab.

"Saya ni pagi-pagi ingat nak keluar hirup udara segar, bila buka pintu bau busuk yang dapat. Begitu juga anak-anak bermain di garaj kereta selalu buat reaksi muka nak termuntah," ujarnya yang dikurniakan dua cahaya mata berusia tujuh dan tiga tahun.

Hidup berjiran kena tahu etika kejiranan termasuk menyenangkan jiran. Walaupun jenis tak beradab, sekurang-kurangnya jangan menyusahkan atau menyakitkan hati jiran.

ZALIKHA ZAINAL

Zalikha yang merupakan jurusolek (MUA) bagaimanapun menjelaskan bukan semua jiran-jiranya bersikap buruk begitu, kerana antara lain cukup menyenangkannya.

"Saya tahu siapa jiran-jiran yang suka buang sampah di luar rumah saya sebab di rumah ada CCTV yang merakamkan perbuatan mereka.

"Bukan saya tak pernah tegur, sudah pun pesan minta buang sampah kat rumah sendiri. Tapi sekadar mengangguk dan masih buat lagi.

"Bukan setakat plastik sampah je, kadang-kadang tu barang tak nak pakai macam kayu atau mentol dibuang juga di depan rumah," katanya yang juga ejen menjual produk kosmetik.

jiran buang sampah 3

Notis peringatan diletakkan pada tong sampah.

Tidak tahan dengan sikap biadab segelintir jirannya, Zalikha dan suami akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan 'notis peringatan' bagi meminta mereka supaya membuang sampah di tong sampah di rumah masing-masing.

"Saya sebenarnya tak suka bermusuh dengan jiran-jiran. Tegur pun tak jalan, kami guna jalan terakhir dengan letak notis sebelum membuat aduan kepada pihak yang sepatutnya.

"Sejak minggu lepas kami tampal 'notis' di tong sampah, nampaknya sampah mereka pun dah tak ada, alhamdulillah. Harapnya dah tak ada langsung selepas ini.

"Hidup berjiran kena tahu etika kejiranan termasuk menyenangkan jiran. Walaupun jenis tak beradab, sekurang-kurangnya jangan menyusahkan atau menyakitkan hati jiran," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain