KEHADIRAN kucing jantan yang diberi nama Kayu Manis ternyata menjadi penyeri dalam hidup jururawat ini. Menurut Nor Nasuha A. Razak, 26, dia bagaimanapun berdepan episod duka apabila kucing berusia lima bulan itu cedera terjatuh bangunan pada 11 Mei lalu. Bercerita lanjut, Nasuha yang sama-sama membela kucing dengan kakaknya, Norsafatul Aznin, 37, mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut yang menyebabkan Kayu Manis terpaksa ditahan di klinik sehingga hari ini. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu takut, kini hidup dengan kucing! Wanita ini reda 3 virus ragut nyawa si bulus kesayangan, cuma terkilan parcel untuknya lewat tiba ARTIKEL BERKAITAN: Amboi! Kucing garang bertukar manja hanya selepas dipanggil ‘sayang’ "Waktu itu saya sedang kemas rumah. Kucing pula tengah main dan sangat aktif, siap kejar-kejar penyapu. Kemudian Kayu Manis main kat luar di kawasan balkoni "Saya sedar-sedar tengok ia dah tiada, saya intai dan nampak Kayu Manis dah kat bawah dalam keadaan tak bergerak. Rumah saya di tingkat 10, Kayu Manis jatuh ke tingkat tujuh. "Dengan berkaki ayam, saya lari turun tangga untuk selamatkan Kayu Manis. Saya nampak darah dan Kayu Manis macam nak muntah. Satu hidung penuh darah. Pada waktu itu lutut saya pun menggigil. Nasuha (kiri) membela empat ekor kucing bersama kakaknya (kanan). "Dalam keadaan menangis, saya dan kakak terus bawanya ke klinik. Klinik pertama kami pergi tengah rehat, kemudian pergi ke klinik lain pula. Tapi klinik tu tak ada imbasan x-ray. Akhirnya klinik keempat baru dapat rawat Kayu Manis," imbasnya sebak. Selepas melalui proses imbasan dan rawatan awal, Nasuha berkata Kayu Manis mengalami retak pada bahagian rahang, sendi kaki dan pendarahan di paru-paru sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Lebih pilu, kucing tersebut terpaksa diberi makan melalui tiub pada leher kerana rahangnya yang masih cedera akibat hentakan selepas jatuh dari tempat tinggi. Dengan berkaki ayam, saya lari turun tangga untuk selamatkan Kayu Manis. NASUHA "Selepas buat x-ray baru tahu ia alami retak pada rahang, sebab tu Kayu Manis macam nak muntah selepas jatuh hari tu. Kayu Manis juga retak di sendi kaki kanan dan alami pendarahan paru-paru. Doktor juga risau pundi kencingnya pecah. "Sampai hari ni masih dalam wad. Kayu Manis belum boleh makan, doktor terpaksa masukkan tiub, doktor tebuk saluran leher sebab tak nak kacau pernafasannya. "Ketika saya melawat, ia tertidur kaku. Bila panggil nama, terus Kayu Manis kembangkan mata. Lepas ubat habis pun ia masih mamai, tapi Kayu Manis sempat lari keluar sangkar untuk datang kepada saya. Kayu Manis terpaksa diberi makan melalui tiub pada leher. "Waktu tu saya pun menangis. Apabila duduk atas riba saya baru Kayu Manis diam. Doktor akan pantau dua ke tiga hari lagi. Cuma kena jaga betul-betul selepas Kayu Manis boleh balik nanti. Tapi mujurlah saya pun jururawat, InsyaAllah tiada masalah untuk jaga kucing sakit," ujarnya. Selain Kayu Manis, Nasuha turut membela tiga lagi kucing yang diberi nama Megat Leo, Nur Chiyo dan seekor kucing buta yang diberi nama Nur Ainun. Dalam pada itu, Nasuha juga terharu apabila perkongsian kisah mengenai Kayu Manis turut mendapat perhatian warga Faecbook. Kayu Manis bersama Nur Ainun yang buta sebelah matanya. Susulan posting menerusi Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini, Nasuha turut dihujani doa netizen yang mengharapkan agar kucingnya diberi kesembuhan segera. "Saya tak mampu nak balas komen satu persatu. Saya memang down sampai tak tidur. Mungkin ada dalam doa mereka yang akan makbul. Baca doa-doa mereka di Facebook, saya rasa tenang dan kuat," ujarnya lagi. Akhir kata, Nasuha berharap agar kucing kesayangannya itu dapat sembuh seperti biasa dan menjadi penyeri dalam hidupnya semula. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI