suria

Datang tumpang orang ketika hujan lebat nak minta maaf! Geng budak baju merah mengaku mencuri ketika beraya, tuan rumah maafkan

Norfatin (gambar kecil) berkongsi kisah rumahnya dikunjungi geng kanak-kanak berbaju merah yang didakwa panjang tangan.

"BUDAK itu sendiri mengaku... namun saya dan suami maafkan kerana tak sampai hati lebih-lebih lagi apabila tengok keadaan ibu mereka."

Demikian ujar Norfatin Mat Tahia ketika bercerita mengenai perkembangan insiden membabitkan sembilan kanak-kanak yang didakwa mencuri selepas beraya ke rumahnya pada Ahad.

Menurut Norfatin, empat daripada sembilan kanak-kanak tersebut datang ke rumahnya di Bukit Changgang, Banting pada Isnin (hari ini) untuk memohon maaf sejurus selepas kisah mereka ditularkan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh lelaki berbaju Melayu curi kondom raya pertama siap bawa budak, ramai syak segan nak bayar... kalau dah kahwin kenapa malu?

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh ibu buat live mengamuk anak dituduh mencuri... kurang 24 jam dihentam kaw-kaw, Kak Long ke lokasi kejadian semula, betul ke bukan sebab marketing?

"Mereka datang ke rumah saya hari ini untuk minta maaf. Mereka tumpang orang dan datang pula dalam keadaan hujan lebat tadi. Budak yang mengaku tu berusia 10 tahun.

"Budak itu mengaku memang dia yang ambil sampul duit raya dan buang sampul dalam tandas.

"Memandangkan mereka datang ke sini tumpang orang, kami tak sampai hati nak biarkan mereka balik naik bas jadi kami hantar sampai ke rumah," ujarnya kepada mStar.

curi 1

Perkongsian Norfatin di Facebook pada Ahad.

Norfatin berkata dia turut bertemu dengan ibu serta ibu saudara kepada kanak-kanak berkenaan ketika menghantar mereka pulang dan kesemua mereka merupakan penduduk tempatan berstatus mualaf.

"Saya ada juga tanya, kenapa mencuri tapi budak tu tak cakap apa-apa. Saya cakap, kalau tak kerana viral, mesti keluarganya tak ambil kisah.

"Keluarganya kata akan lebih ambil tahu mengenai budak-budak itu selepas ini. Ibu saudaranya nak gantikan balik wang yang diambil budak tersebut namun kami tak ambil pun duit tu. Tak apalah... benda pun dah jadi.

"Mereka juga minta foto-foto mereka dipadamkan serta entri berhubung kejadian itu dipadamkan dari media sosial. Selepas berbincang, saya harap kes ini dah selesai.

Saya ada juga tanya, kenapa mencuri tapi budak tu tak cakap apa-apa. Saya cakap, kalau tak kerana viral, mesti keluarganya tak ambil kisah.

NORFATIN MAT TAHIA

"Saya tak bercadang nak ambil tindakan lanjut. Moga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat mereka," katanya.

Norfatin menambah, perkongsian yang dibuat di laman Facebook pada Ahad bertujuan mahu orang ramai berjaga-jaga selain meluahkan kebimbangan dengan perbuatan mencuri dalam kalangan kanak-kanak.

"Kalau ikutkan, rumah saya dengan rumah mereka lebih kurang dalam 20 minit juga kalau naik kenderaan. Bila beraya, kemudian tanya soalan-soalan pelik seperti dalam rumah ada siapa? Bilik berapa? Macam-macam lagi... itu yang terjadi isu.

curi 2

Suami Norfatin (kanan) bersama empat daripada sembilan kanak-kanak yang datang ke rumahnya untuk memohon maaf.

"Saya harap budak-budak tu akan insaf selepas ini," kata ibu kepada seorang cahaya mata berusia empat tahun ini.

Terdahulu menerusi hantaran di Facebook pada Ahad, Norfatin berkongsi kisah rumahnya didatangi sembilan kanak-kanak sedondon berbaju merah yang mahu beraya.

Menerima kanak-kanak berkenaan sebagai tetamu, bagaimanapun tanpa disangka ada di antara mereka didakwa 'panjang tangan' dan sempat menyelongkar beg tangan ketika tuan rumah serta tetamu lain sedang sibuk.

Perkongsian Norfatin kemudian menjadi tular di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain