suria

Pemuda dicari keluarga hilang sebelum raya rupanya dah 2 tahun ulang masuk wad psikiatri, pernah telan 40 biji panadol

Taufiq pernah dimasukkan ke wad psikiatri sebanyak tiga kali.

PERNAH terlibat dalam kemalangan motosikal yang mengakibatkan hentakan di kepala, anak muda berusia 22 tahun ini tidak menyangka ia akan menjadi punca dirinya menghidap masalah kesihatan mental.

Malah, sejak kemalangan itu berlaku, dia sudah tiga kali dimasukkan ke wad psikiatri.

ARTIKEL BERKAITAN: Derita dalam senyap! Wanita dedah 2 jam tak sedar pukul diri sendiri, BF sampai lebam... titip pesanan elak jadi lebih parah

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis alami masalah mental hingga lupa wajah keluarga akibat Covid-19

Bercerita tentang situasi yang dialaminya ketika ini, Muhd Taufiq Nordin memberitahu, dia mula didiagnosis mempunyai kemurungan sejak Ogos 2020.

"Ia disebabkan kemalangan pada Julai 2019 yang mana kesan hentakan di kepala menyebabkan cecair dalam kandungan otak saya tidak stabil.

"Awal tahun 2020 lagi saya ada simptom depresi atau kemurungan iaitu hilang minat bekerja, hilang rasa hidup, rasa tidak berguna dan sedih sepanjang hari... boleh dikatakan setiap minggu akan ada episod sedih yang panjang.

"Saya kemudian dimasukkan ke wad pada September 2020 selepas makan 40 biji panadol. Pada masa tu, terus berada di zon merah Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga hari.

"Pada Disember, saya didiagnosis mengalami depresi dan mula mengambil ubat," ceritanya ketika dihubungi mStar.

Menurutnya, keadaan diri semakin pulih selepas menerima rawatan sepatutnya.

Hentakan pada kepala semasa kemalangan menyebabkan Taufiq mengalami masalah kesihatan mental.

Hentakan pada kepala semasa kemalangan menyebabkan Taufiq mengalami masalah kesihatan mental.

Namun, anak jati Kuantan, Pahang ini tidak menyangka situasi sama akan berulang pada Mac 2021.

"Ketika ini, saya dimasukkan ke wad di Kuantan selama dua hari selepas perbuatan mencederakan diri.

"November 2020 doktor di Hospital Kuantan diagnosis saya menghidap bipolar dalam kemurungan iaitu mood bertukar murung dan gembira banyak kali dalam satu masa.

"Jadi saya perlu mengambil ubat mood stabilizer bagi mengawal diri," jelasnya lagi.

Merupakan anak bongsu daripada enam beradik.

Merupakan anak bongsu daripada enam beradik.

Terbaharu, dia dimasukkan ke wad psikiatri pada 25 April lalu ketika mendapatkan rawatan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada keluarganya.

"Ketika itu saya memberitahu keluarga hanya ke Kemaman, Terengganu untuk bekerja tetapi sebenarnya, saya pergi Kuantan untuk temujanji.

"Pada hari sama doktor masukkan saya ke wad selama 10 hari sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri keempat," katanya.

Tambahnya, disebabkan tidak dapat berhubungan dengan sesiapa dalam tempoh itu, keluarganya menjadi risau sehingga membuat laporan polis.

Tiga kali dimasukkan ke wad psikiatri.

Tiga kali dimasukkan ke wad psikiatri.

Mereka bagaimanapun mendapat maklumat bahawa dirinya sedang dirawat dan berada di wad.

"Kami berjumpa pada sehari sebelum raya di wad. Seluruh keluarga saya menangis dan berpelukan kerana itu pertama kali mereka mengetahui saya menghidap kemurungan dan bipolar yang saya sorok selama dua tahun.

"Saya tak mahu keluarga tahu berkenaan masalah yang dihadapi kerana khuatir mereka risau.

"Selepas mengetahui keadaan saya, mereka menjadi sangat supportive dan sering memberi semangat selain bimbang jika saya keluar tanpa memberitahu lokasi dituju," ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik.

Pelajar tahun akhir pembantu perubatan.

Pelajar tahun akhir pembantu perubatan.

Kini pelajar di sebuah kolej yang berada di tahun akhir pengajian perlu menghadiri temujanji secara berkala, setiap dua minggu dan disahkan mempunyai dua personaliti dalam diri.

Lebih membahagiakan apabila dia turut ditemani ahli keluarga.

Mesra dipanggil Taufiq, dia berkata, selain cecair dalam kandungan otak tidak stabil, dia turut berhadapan masalah kewangan.

Menurutnya yang belajar sambil membuat kerja sambilan, waktu hariannya sangat padat kerana melakukan dua kerja.

Ketika bekerja dulu masa sangat padat. Untuk tugasan jururawat peribadi, dari jam 7 malam sehingga 7 pagi... kemudian 8 pagi mula kelas sehingga petang.

MUHD TAUFIQ

"Saya ada masalah financial dan ketika belajar saya turut bekerja sebagai jururawat peribadi sambilan serta swabber Covid-19 di klinik swasta.

"Ketika bekerja dulu masa sangat padat. Untuk tugasan jururawat peribadi, dari jam 7 malam sehingga 7 pagi... kemudian 8 pagi mula kelas sehingga petang.

"Kerja pula lima hari seminggu sehingga saya tidak mendapatkan rehat yang cukup. Sekarang kerja swabber Covid-19 dari jam 7 pagi sampai 12 tengah hari sahaja. Jadi bermula jam 1 petang sehingga 12 malam, saya akan buat partime swabtest Covid-19 di klinik swasta," luahnya.

Bagaimanapun, semenjak beralih ke fasa endemik saya diberhentikan kerja kerana mereka tidak memerlukan pekerja luar.

Beberapa netizen turut mengakui pernah mengalami situasi sama.

Beberapa netizen turut mengakui pernah mengalami situasi sama.

Situasi ini menyebabkan dirinya berada dalam tekanan kerana sebagai pelajar, dia sudah tidak mempunyai kewangan tambahan untuk menampung pengajian.

Terdahulu perkongsiannya di aplikasi TikTok, ditonton lebih 291,000 pelayar.

Warganet tampil dengan komen positif dan memberi semangat kepadanya.

"Kena kuat bro. Kalau bosan, ajak aku lepak. Kita sembang macam tak ada hari esok.

"Percaya saya, awak seorang yang kuat. Semoga sihat kembali.

"Allah tidak akan uji kalau kita tidak punya kekuatan. Terus kuat!

"Sabar ya. Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Semoga dipermudahkan segala urusan," ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain