KEBAHAGIAAN bukan hanya diukur dengan wang ringgit semata-mata sebaliknya turut lahir daripada rasa syukur. Seperti lelaki ini, video dia sedang berkejaran dalam hujan dengan anaknya yang berusia dua tahun di sebuah taman permainan sekitar Kuala Kubu Bharu, Selangor mengundang perhatian ramai. Berkongsi kisahnya kepada mStar, Mohamad Izzwan Rozaimi, 24, menceritakan kisah di sebalik video yang tular di aplikasi TikTok itu. ARTIKEL BERKAITAN: Diari ibu dedah segalanya, wanita ini tak pernah putus asa ubah nasib keluarga... sedih imbau saat makan nasi berkuah air, baju buruk punca tiada kawan di sekolah ARTIKEL BERKAITAN: Dulu asyik terima bantuan, keluarga ini hanya ambil masa 2 tahun untuk tidak terus miskin- “Modal tak seberapa, mereka mampu bangkit” "Kami sekeluarga baru balik dari Hospital Kuala Kubu Bharu. Disebabkan waktu tu tengah hujan, jadi saya tak nampak jalan nak teruskan perjalanan. Lagipun saya tengah bawa isteri dan anak kecil. "Jadi kami ambil keputusan untuk tunggu dekat kedai mamak. Tapi biasalah budak kecil mana boleh duduk diam-diam. Isteri pun segan apabila orang sekeliling asyik pandang je kami sekeluarga. Dia ajak pergi tempat yang kurang ada orang. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Apabila anak saya nampak taman permainan tu, jadi isteri saya pun ajak berteduh dekat situ saja. Sebaik sampai taman tu terus anak saya berlari pergi main jadi saya pun join dia sekali sementara tunggu hujan reda," jelasnya yang senang disapa Wan. Menurut Wan yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kelab Golf Bukit Sentosa, keadaan rumah flat yang didiami mereka menyebabkan kebebasan untuk anak kecilnya bermain agak terhad. Tambahnya, atas dasar simpati dengan anaknya itu dia tanpa segan silu menemaninya bermain di taman permainan tersebut walaupun dalam keadaan hujan. Wan bersama ahli keluarganya. Bagaimanapun, lelaki ini tetap mementingkan kesihatan anaknya dengan memakaikan topi keledar agar si kecil tidak jatuh sakit. Bercerita lanjut, Wan berkata dia baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada hujung April lalu. Jelasnya yang menetap di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor itu, bayinya perlu kerap menjalani pemeriksaan susulan kerana dilahirkan pramatang. Tak kisah la kereta secondhand atau buruk pun janji boleh bawa anak dan isteri saya dengan selamat sudah memadai MOHAMMAD IZZWAN ROZAIMI Malah, lelaki yang sudah berumah tangga lebih empat tahun ini menyatakan bahawa dia hanya memiliki sebuah motosikal jenis Honda Dash 125 sebagai kenderaan untuk begerak ke mana sahaja. "Sekarang ni kami selalu ulang-alik ke hospital dan klinik sebab anak masih kuning. Dia selalu kena timbang berat sebab lahir secara pramatang. Masa lahir pun berat 2 kilogram je. "Kami hanya ada motosikal saja untuk bergerak itu pun pemberian daripada warga TikTok. Saya pernah viral dulu kayuh basikal dari Bukit Sentosa ke Kampung Kerdas di Gombak untuk bekerja. Alhamdulillah, rezeki saya dapat memiliki sebuah motosikal atas ihsan orang ramai pada Januari lalu. Anak sulung Wan (kiri) bersama cahaya mata keduanya yang baru lahir. "Kali ini ada juga yang offer nak bagi kereta tapi saya tolak sebab ada ramai lagi di luar sana yang lebih susah perlu dibantu. Bukan saya nak tolak atau sombong dengan rezeki tapi kali ini saya nak cuba usaha dapatkan sendiri kereta tu. View this post on Instagram A post shared by Abey Chicanoss (@abeychicanos46) "Tak kisah la kereta secondhand atau buruk pun janji boleh bawa anak dan isteri saya dengan selamat sudah memadai," katanya. Berikutan video yang menjadi tular di TikTok, warga maya memuji keluarga ini yang kelihatan sangat bersyukur walaupun hidup dalam keadaan sederhana. Motosikal dan basikal yang pernah digunakan oleh Wan. "Ramai yang puji dan doakan keluarga saya lepas tengok video kami viral. Berkat doa orang ramai juga antara sebab membuatkan keluarga kami sentiasa dalam keadaan baik. "Apa-apa pun, nasihat saya kepada yang baru berkahwin tu jangan mudah putus asa. Cipta sebanyak mana kenangan selagi boleh sebab itulah salah satu penguat hubungan rumah tangga," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI