suria

Parah! Anak sendiri tak kenal ibu, tiba-tiba muncul 2 wanita wajah seiras... Pasangan kembar pernah ganti kakak keluar ‘dating’

Anak kembar ini kelihatan keliru untuk mengecam ibunya sendiri.

MEMILIKI pasangan kembar seiras pastinya seronok!

Kata orang ia seperti mempunyai kawan baik sepanjang hidup kerana masing-masing saling ada untuk satu sama lain.

Namun baru-baru ini tular video kisah lucu membabitkan pasangan kembar seiras apabila anak salah seorang daripada mereka tidak mengenali ibunya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu buntu fikir nasib anak kembar... kurang curah kasih sayang untuk si abang di rumah, si adik pula dah 10 bulan ‘menetap’ di hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka timang kembar, ibu bapa terkejut bayi dilahirkan dengan 2 kepala

Bercerita kepada mStar, Ameera Azman, 28, berkata video lucu yang dikongsikan di TikTok itu sebenarnya adalah ibu saudaranya yang berusia 29 tahun.

"Dua orang kembar tu sebenarnya ibu saudara saya. Tapi jarak umur kami cuma berbeza setahun saja jadi saya lebih rapat dan kenal mereka sejak kecil lagi seperti kawan.

"Si kembar yang adik (tudung maroon) tu baru datang dari Johor. Mereka singgah di kedai makan milik keluarga saya dekat M Coconut Shake dekat Ampang. Masa dekat kedai tu si kakak (tudung biru) ni dukung anak adiknya. Apabila dia nak pass semula anak si adik, dia dah tak nak sebab dah selesa ingatkan tu ibu dia.

Pasangan kembar ini memiliki wajah yang seiras.

"Itu yang saya rakam video masa mereka 'bergelut' pujuk balik Fia yang berusia 11 bulan untuk pergi dekat ibu dia. Ni bukan kali pertama anak dia tersalah ibu sendiri. Selalu sangat anak dia confuse," jelasnya yang senang disapa Ameera.

Imbas Ameera yang berniaga sendiri, disebabkan pasangan kembar ini memiliki wajah seiras, mereka pernah mengambil kesempatan dengan 'kelebihan' itu.

Bukan budak tu je confuse dengan aku sekali keliru.

NETIZEN

Katanya tahap kenakalan mereka ini bagaimana pun tidak diketahui oleh orang ramai.

"Mereka belajar di sekolah berbeza jadi tak ramai yang tahu masing-masing ada pasangan kembar. Pernah dulu si adik ponteng sekolah pergi asrama kakak dan lepak dekat dorm masa kakak belum balik sekolah. Rakan di asrama tegur si adik macam biasa. Sekali apabila kakak balik sekolah, ramai terkejut macam nampak hantu.

Nur Farhana (kiri) bersama adiknya Nur Farhani (kanan).

"Ada satu tahap tu salah seorang si kembar sampai pernah gantikan pasangan untuk pergi berjumpa dengan abang angkat. Masa tu kakak keluar pergi berjalan lepas tu abang angkat buat 'spotcheck' tanya dekat mana sedangkan dia dekat luar.

"Tiba-tiba abang angkat ni datang rumah. Jadinya kakak terpaksa minta si adiknya gantikan dia keluar rumah supaya abang angkat ni percaya dia ada dekat rumah padahal tengah jalan dekat luar.

"Pernah juga salah seorang daripada mereka ganti pergi keluar dating," jelas Ameera.

Berikutan rakaman yang tular di TikTok, video mengenai pasangan kembar ini menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.

Ameera merupakan anak saudara belah ibu pasangan kembar ini.

Malah ada juga antara netizen yang turut menyatakan bahawa mereka juga tidak dapat mengecam wajah dua wanita ini.

"Bukan budak tu je confuse dengan aku sekali keliru.

"Seirasnya muka kembar mama dia. Dah sudah baby pun confuse dah," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah warganet yang turut mengimpikan untuk memiliki anak pasangan kembar setelah melihat video tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain