PERNIKAHAN tentunya menjadi momen terindah yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang bercinta. Namun adakalanya detik itu juga bakal menjadi titik hitam dalam kehidupan seseorang andai rahsia yang disimpan erat akhirnya terpaksa didedahkan menjelang hari pernikahan. Seperti yang berlaku terhadap pasangan ibu bapa ini, mereka buntu apabila terpaksa menghampakan anak gadis yang bakal bernikah dalam tempoh sebulan. ARTIKEL BERKAITAN: Anak angkat lalui kisah tragis! Dipukul, dipanggil babi... dah besar si ibu paksa buat loan rumah ganti rugi pelihara sejak kecil ARTIKEL BERKAITAN: Tak kenal ibu kandung, gadis reda kini terpaksa jauh dari bapa angkat tempat menumpang kasih... dikata ‘muka sama’ pun dah cukup gembira! Akui si bapa, dia tidak dapat menjadi wali kepada anak perempuannya kerana gadis berkenaan berstatus anak tidak sah taraf. "Assalamualaikum ustaz, kami ada masalah besar nak bincang dan minta pendapat. "Macam ni ustaz, bulan depan anak kami nak nikah. Dia dah dapat kebenaran daripada pejabat agama. Lelaki ini menceritakan semula pengalamannya berdepan kes anak tidak sah taraf. "Tapi kami nak buat pengakuan, anak itu sebenarnya lahir sebelum kami nikah lagi," kata si bapa kepada seorang individu dipercayai bertugas sebagai pendaftar nikah, cerai dan rujuk di salah satu pejabat agama. Individu berkenaan menceritakan semula masalah yang dihadapi ibu bapa tersebut di TikTok menggunakan akaun Tokadi_Hipster. Menurut individu berkenaan lagi, pada mulanya dia tidak percaya dengan pengakuan ibu bapa tersebut kerana setelah meneliti dokumen yang disertakan, semuanya lengkap dan tiada masalah. Mak ayah kalau nak tutup malu pun jangan iniaya hidup anak pada masa depan. NETIZEN "Eh ni sijil nikah elok je. Tarikh lahir anak pun okey kena dengan tarikh nikah. Jangan main-main. "Anak nak nikah ni. Sebulan je lagi," kata si ustaz. Bagaimanapun si ustaz akhirnya faham situasi yang dilalui ibu bapa tersebut apabila mereka memberitahu tarikh lahir dan surat beranak anak perempuan mereka adalah palsu. Perkongsian individu ini di TikTok menarik perhatian ramai. Ujar ibu bapa berkenaan, mereka menyesal kerana menyembunyikan hal tersebut daripada si anak hingga mengundang masalah di kemudian hari. Tambah jurunikah berkenaan dia bagaimanapun bersyukur apabila pasangan tersebut sedar akan kesilapan mereka. "Alhamdulillah syukur mak ayah masih ada rasa tanggungjawab ingat Allah.. beringatlah semua," katanya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib si anak kerana masalah seperti ini timbul menjelang hari bahagianya. Antara komen netizen di TikTok. "Kecewanya hati si anak apabila dia tahu status diri yang sebenar. "Allah, kasihan anak. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan dia. "Mak ayah kalau nak tutup malu pun jangan iniaya hidup anak masa depan. Nasib baik mak ayah cepat sedar. Biar la kita malu dulu jangan dah jadi macam ni anak nak terima macam mana," demikian luah netizen. Untuk rekod, berdasarkan penjelasan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dihuraikan secara terperinci berhubung status dan hak anak tidak sah taraf. Foto hiasan: Amalan di Malaysia, anak tidak sah taraf perlu memohon kebenaran mahkamah untuk bernikah dengan menggunakan wali hakim. Jelasnya, anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali. Justeru seandainya ibu bapa sendiri mengakui anak itu hasil hubungan tidak sah, sewajarnya pernikahan anak itu menggunakan wali hakim. Amalan di Malaysia, anak tidak sah taraf perlu memohon kebenaran mahkamah untuk bernikah dengan menggunakan wali hakim. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri ada memperuntukkannya di bawah Seksyen 18. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI