suria

Cerita sebenar cikgu dapat hadiah 3 biji kismis... Pelajar Cina datang senyap-senyap, paling akhir hulur lipatan kertas buku tulis

Cikgu Balqis luah rasa sedih terima tiga biji kismis semasa Hari Guru.

SUDAH menjadi kebiasaan setiap kali tibanya Hari Guru, anak murid menjadi insan paling bersemangat mencari hadiah untuk diberikan kepada cikgu masing-masing.

Namun percayalah, bagi seorang pendidik hadiah bukan ukuran melainkan kejayaan daripada anak didik.

Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei baru-baru ini, seorang guru hanya ingin dikenali sebagai Cikgu Balqis berkongsi momen menyentuh emosi di TikTok apabila menerima hadiah yang tidak disangka-sangka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat banyak hadiah, guru anggap ‘bekas kecil dalam plastik merah’ pemberian murid paling bermakna... sangat dalam isi tersiratnya!

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buka sekarang, saya malu” - Guru tak akan lupa bisikan murid yatim pada hari jadinya, meruntun hati tengok hadiah dalam kotak kasut

Bercerita kepada mStar, guru berusia 26 tahun yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) ini memperincikan kisah yang membuatkan air matanya mengalir.

"Kami sambut Hari Guru dekat gelanggang bola keranjang sebab ada sesi pemberian hadiah daripada PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru). Kami tak ada buat sesi terima hadiah daripada para pelajar pun.

"Namun ada juga pelajar tetap bawa hadiah untuk diberikan kepada guru masing-masing," kata Cikgu Balqis.

Tambah Cikgu Balqis, dia bagaimanapun terpandang ke arah seorang pelajar bebangsa Cina di hadapannya.

Cikgu Balqis tidak pernah mengharapkan hadiah daripada para pelajarnya.

"Salah seorang pelajar berbangsa Cina ni dia tak bangun pun. Dia tengok saja kawan-kawannya bagi hadiah seperti bunga, kek, keychain dan mug dekat cikgu lain.

"Saya sendiri tak mengharapkan apa-apa hadiah. Tapi masa dah nak tamat sesi pemberian hadiah tu, tiba-tiba dia datang dan hulur bungkusan kertas kecil.

"Saya ingatkan kertas yang biasa budak-budak ni selalu komot-komotkan tu. Sebabnya saya ada juga dapat hadiah face mask dibalut dalam kertas yang dikepil dengan stapler," katanya.

Walaupun tak mampu tapi dia tetap usaha nak bagi hadiah dekat guru macam kawan-kawan lain.

CIKGU BALQIS

Jelas Cikgu Balqis, hadiah pemberian anak muridnya yang bersaiz paling kecil itu menarik perhatiannya untuk dibuka dahulu bagi mengetahui isinya.

Pada ketika hadiah itu dibuka, guru ini ditemani rakan sekerjanya, Cikgu Suria yang merupakan seorang ustazah di sekolah itu.

"Masuk je bilik guru, hadiah dia adalah yang pertama saya buka. Apabila buka saya sangat terkejut kerana di dalamnya ada tiga biji kismis.

MURID KISMIS

Antara komen netizen di TikTok.

"Saya sangat terharu. Saya tahu dia bukan datang daripada sebuah keluarga yang senang.

"Walaupun tak mampu nak bagi hadiah seperti orang lain, tapi dia tetap usaha nak juga bagi hadiah dekat guru macam kawan-kawan lain," kata Cikgu Balqis lagi.

Bagaimanapun jelas Cikgu Balqis, dia tidak pernah mengharapkan apa-apa hadiah daripada pelajarnya apatah lagi jika mereka datang daripada golongan yang tidak berkemampuan.

Katanya, cukup hanya sekadar pelajarnya belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya satu hari nanti.

Untuk rekod, sehingga kini video yang menjadi tular tersebut ditonton hampir 400,000 pengguna di TikTok.

Dalam pada itu, para warganet turut meluah rasa sedih dan berkongsi pengalaman mereka berhadapan situasi hampir sama dengan Cikgu Balqis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain