suria

Jangan perlekeh ibu hamil ambil epidural masa bersalin, hak masing-masing... Dr Imelda sekolahkan puak ‘palatao’

Dr Imelda mengulas mengenai epidural yang menjadi pilihan ramai wanita untuk mengurangkan sakit sewaktu bersalin.

PENGALAMAN hamil dan melahirkan bayi merupakan antara anugerah yang sangat berharga buat seseorang wanita.

Namun momen terindah ini kadangkala meninggalkan kesan buat para ibu apabila wujudnya golongan bersikap judgemental, iaitu memandang rendah terhadap wanita yang tidak melahirkan anak secara normal.

Kononnya bagi mereka, wanita yang tidak melahirkan anak secara normal adalah kurang ‘sempurna’ kerana tidak merasai nikmat kesakitan sebenar sewaktu bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nasihat ‘makcik bawang’ sangatlah mengarut” - Dr Imelda pelik... air kelapa punyalah nikmat, berkhasiat tapi wanita hamil dihalang sentuh

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu stres mentua pandai-pandai suap air masak pada bayi umur 2 bulan, awas ‘mummies’ Dr Imelda kata bahaya!

Terpanggil untuk mengulas perkara tersebut, Konsultan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Imelda Bachin berkongsi pandangannya menerusi satu hantaran di Facebook.

"Zaman sekarang tak payah sakit nak bersalin kalau tak mahu sakit.

"Ada orang suka adventure, nak tahu rasa sakitnya bersalin ni macam mana dan nak uji diri sendiri boleh tahan ke tidak. Tak mengapa, boleh saja, selagi dipantau kesihatan ibu dan janin di dalam kandungan.

IMELDA 2

Dr Imelda banyak membuat perkongsian mengenai sakit puan dan perbidanan di laman Facebook.

"Ada orang yang tak suka adventure dan nak selesa bersalin. Boleh saja. Apa yang memuaskan hati masing-masing berbeza dan kita jangan menghukum pilihan orang lain," kongsinya.

Menurut Dr Imelda, seiring dengan kemajuan dalam bidang perubatan, ramai wanita memilih untuk melalui proses bersalin dengan selesa mengikut ketahanan badan masing-masing.

Antaranya, memilih untuk bersalin dengan bantuan epidural.

"Bukan semua orang boleh dapat epidural di hospital, bergantung kepada berapa ramai doktor anaesthetist yang ada untuk memberi perkhidmatan ini.

"Dan berapa ramai ibu hamil yang meminta epidural pada waktu yang sama, maka jika ramai ibu hamil meminta epidural mereka kenalah tunggu giliran masing-masing selagi tidak terlambat.

Apa yang memuaskan hati masing-masing berbeza dan kita jangan menghukum pilihan orang lain.

DR IMELDA BALCHIN

KONSULTAN OBSTESTRIK & GINEKOLOGI

"Tetapi janganlah memomokkan dan merendahkan wanita yang meminta epidural untuk bersalin jika untuk anak lelaki atau cucu lelaki anda sendiri.

"Kenapa nak paksa wanita yang nak bersalin tahan sakit jika mereka sudah ada lebih ilmu pengetahuan tentang epidural dan memilih epidural?," katanya.

Malah Dr Imelda turut menyangkal dakwaan kononnya epidural menyebabkan wanita hamil atau baru bersalin mengalami sakit belakang.

"Untuk ilmu pengetahuan anda, 50 peratus wanita yang hamil atau baru bersalin ada sakit belakang walaupun tak dapat epidural sebab tak jaga posture tulang belakang.

"Mereka yang jadi patients saya tahu bagaimana saya bimbing mereka kaedah nak mencegah sakit belakang semasa hamil dan selepas bersalin dengan berkesan.

"Risiko untuk mendapat masalah jangka masa panjang yang disebabkan oleh epidural ialah satu dalam 20,000 orang yang ambil epidural,” kongsinya panjang lebar.

HAMIL

Dr Imelda memperbetul tanggapan segelintir pihak yang menganggap epidural penyebab wanita hamil dan ibu yang baru bersalin mengalami sakit belakang.

Tambahnya lagi, situasi sama ada seseorang wanita hamil dibenarkan atau sebaliknya untuk mengambil epidural hanya akan dipertimbangkan oleh doktor pakar O&G dan doktor pakar bius anaesthesia.

"Tak usahlah dengar 'palatao' dari doula dan makcik bawang yang tak benarkan wanita memilih epidural dan hentikan membuat hukuman ke atas wanita yang tak mahukan beban sakit.

"Wanita dewasa berhak membuat pilihan mereka sendiri atas nasihat doktor perubatan," ulasnya.

Sehingga kini perkongsian Dr Imelda meraih sehingga melebihi 1,800 shares.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain