suria

Pemuda cemas terpaksa tarik ular melekat di bontot ketika buang air besar! Selepas 2 minggu jumpa serpihan gigi si batik dalam isi punggung

Sabri akui trauma dengan kejadian yang berlaku dua bulan lalu.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisah pemuda ini yang digigit seekor ular sawa batik ketika sedang membuang air besar di kediamannya di Selayang, Selangor pada 28 Mac lalu.

Kisah melibatkan Sabri Tazali, 28, ini tular selepas dia berkongsi pengalaman menerusi laman Twitter pada Ahad tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Ular sawa baik punya ‘lepak’ dalam bonet kereta, memang seriau! Tapi ada pula terbayang beg Christian Dior

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan free gift, tapi ‘sampah’ bersisik 1.5 meter! Gadis cemas jumpa kulit ular dalam kotak gaming chair dibeli online... peniaga sila ambil perhatian

Bercakap kepada mStar, dia yang senang disapa Sabri sempat memperincikan semula kejadian itu yang dianggap sebagai detik malang dalam hidupnya.

"Saya sakit perut, ketika itu saya sedang buang air besar dalam tandas. Saya ni jenis main telefon, dekat 15 minit main game. Masa tu saya tengah duduk, tiba-tiba ada seekor ular terkam di bahagian punggung.

"Saya ingatkan biawak, sebab belakang rumah selalu ada biawak. Bila saya bangun, ular masih melekat di punggung. Saya terus tarik ular itu dan campak ke dinding. Tiba-tiba saya jadi panik nak buka pintu, saya tumbuk pintu sampai pecah.

"Tapi sejujurnya tak rasa sakit. Saya cuma nak tahu ular jenis apa je. Bila dah Google baru saya tahu yang ia ular jenis tak bahaya. Cuma takut ia membelit. Nasib baik saya yang kena, risau kalau kejadian tu berlaku pada mak atau anak-anak saudara saya," imbasnya.

sabri3

Ular tersebut ditangkap oleh Bomba selepas ditemui di dalam tandas di kediaman Sabri.

Menurut Sabri, dia turut menghubungi Bomba untuk menangkap ular tersebut sebelum bergegas ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

Trauma dengan kejadian itu, Sabri berkata dia terpaksa menggunakan tandas masjid berdekatan selama dua minggu kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Selepas kejadian itu, saya terus cuci dan pakai kain pelikat ke hospital dengan isteri. Mujurlah hospital pun dekat dengan rumah. Mujur juga ular itu bukan jenis berbisa, tapi doktor tetap bagi suntikan kancing gigi kepada saya.

Ayah saya kata dah 40 tahun lebih duduk di kawasan perumahan teres tu, kali pertama berlaku kejadian macam ni.

SABRI

"Selepas dua minggu, saya periksa kawasan luka, masih ada separuh gigi ular, ia terpatah mungkin sebab saya sentap ular dengan kuat. Sejujurnya memang trauma dengan kejadian itu.

"Dua minggu saya buang air besar di masjid belakang rumah. Lepas tu terpaksa tukar pintu tandas. Mangkuk tandas lama yang berwarna maroon juga sudah ditukar kepada yang putih.

"Ayah saya kata dah 40 tahun lebih duduk di kawasan perumahan teres tu, kali pertama berlaku kejadian macam ni, Sekarang memang saya ekstra hati-hati," ujarnya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Sabri di Twitter menerima 1,000 ulang kicau (retweet).

sabri2

Sabri ditemani isteri ketika menerima rawatan di Hospital Selayang.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya gerun dan bersimpati dengan kejadian yang berlaku.

"Allahuakbar tak dapat bayangkan kalau kena kat yang fobia ular macam aku ni. Baca je dah seram.

"Sebab tu kalau kat public toilet atau even kat rumah sendiri, sebelum nak 'memerut' tu better flush dulu lepas tu sekejap-sekejap 'usha' lubang toilet.

"Biadabnya ular ni, dah la masuk jamban orang dia pula yang gigit," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain