BELUM reda wabak Covid-19, masyarakat global kini berada dalam kebimbangan gara-gara penularan penyakit cacar monyet atau monkeypox di beberapa buah negara. Terbaharu, tular tangkap layar memaparkan dakwaan yang mengatakan penyakit itu telah merebak ke Malaysia. "Dia anak buah kawan mak saya. Dia kena monkeypox. Monkeypox dah masuk Malaysia. Jadi hati-hati bawa anak-anak keluar. ARTIKEL BERKAITAN: Meriah dengan 80,000 pengunjung, pesta gay di Gran Canaria dikaitkan dengan penularan cacar monyet ARTIKEL BERKAITAN: Acara dalam sauna disyaki jadi punca penularan cacar monyet di Madrid "Tolong balik rumah terus mandi. Jaga diri anda dan anak-anak. Tak habis dengan HFMD (penyakit kaki, tangan dan mulut). Sekarang monkeypox pula. "Lepas tu berita tak keluarkan pun. Dasar Malaysia betul. Nanti kes dah beratus baru nak masuk berita," tulis individu itu menerusi status WhatsApp. Posting itu turut disertakan dengan foto seorang kanak-kanak yang mengalami simptom persis penyakit cacar monyet pada bahagian tangannya. Sekurang-kurangnya 160 kes cacar monyet yang disahkan telah dilaporkan bulan ini di negara bukan Afrika. Foto: REUTERS. Tangkap layar posting itu meraih perhatian dan turut dikongsi menerusi laman Facebook Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong. "Siapa yang dakwa ni? Setahu saya, tiada lagi kes monkeypox dikesan di Malaysia. Ada satu kes import di Singapura dan pesakit sedang dirawat, dilaporkan dalam keadaan stabil. "Dan memang ada kes monkeypox dilaporkan di beberapa negara. Ia memang penyakit zoonosis, yang berjangkit daripada haiwan. Kalau ada yang tahu kes yang didakwa ni berada kat mana, sila alert kan KKM untuk disahkan kes ni. DR SAKINAH SULONG "Setakat ini, memang pengamal perubatan diingatkan agar berjaga-jaga dan memang satu kewajiban untuk melaporkan kes yang disyaki. "Jangan simply dakwa sebab ditakuti boleh buat orang panik," ujarnya. Tambah Dr Sakinah, tidak wajar individu itu menuduh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak ambil endah dengan kes berkenaan, malah menggesa agar mana-mana pihak tidak mencetuskan panik dalam masyarakat. "Boleh pula cakap KKM sengaja tak ambil endah macam nak sembunyi kes. Kalau ada yang tahu kes yang didakwa ni berada kat mana, sila alert kan KKM untuk disahkan kes ni. Antara komen netizen di Facebook. "Jangan cetuskan panik yang keterlaluan. Dakwaan sebegini sangat dipandang serius," tulisnya lagi. Untuk rekod, sekurang-kurangnya 160 kes cacar monyet yang disahkan telah dilaporkan bulan ini di negara bukan Afrika, menurut Global.health, lapor sebuah kumpulan yang mengumpulkan data penyakit berjangkit. Menurut laporan NBC News pada Selasa, kesemua kecuali 10 daripada kes tersebut telah dikesan di Eropah iaitu 56 di United Kingdom (UK), 41 di Sepanyol, 37 di Portugal dan kiraan kes satu digit di Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sweden dan Switzerland. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI