"HOTEL tak ada privacy langsung! Sorry, tak berani nak check-in dekat sini." Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap satu perkongsian video, dipercayai oleh kakitangan sebuah hotel, baru-baru ini. Individu tersebut merakam suasana di dalam sebuah bilik di hotel tempatnya bekerja, selepas tetamu berkenaan mendaftar keluar (check-out). ARTIKEL BERKAITAN: Hotel horror! Dah 10 malam bilik belum kemas, berlambak sisa makanan, rambut... cadar pun kena pasang sendiri – “Check out awal, caj RM1,000 tak dikembalikan” ARTIKEL BERKAITAN: Sakit mata! Ramai-ramai balik beraya sambil tinggal sampah tepi highway, betul ke sikap pengotor ada kaitan dengan negeri? Menerusi video berdurasi 28 saat yang dimuat naik di laman sosial itu, ia memaparkan keadaan bilik yang bersepah dengan bungkusan makanan di atas meja serta lantai, selain cadar dan tuala juga dibiarkan bergumpal merata-rata. Perkongsian video tersebut turut disertai dengan kapsyen yang berunsur tuduhan dan sindiran, malah turut memetik nama seorang selebriti terkenal tanah air. @sharularifyuhanis Amekaw ♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) - normuhammadhafiezhayqal "Nak tengok tak macam mana guest (tetamu) yang ada baka-baka Neelofa check-out bilik diaorang (mereka)?" dia menulis kapsyen. Ia sekali gus mengundang kecaman warganet yang menganggap tindakan kakitangan tersebut yang suka-suka merakam suasana bilik hotel hingga melibatkan soal privasi tidak wajar dilakukan, apatah lagi mengaitkan individu tertentu dengan sikap pengotor. Peliknya, kenapa nama Neelofa dikatkan dalam video itu? Apa salah Neelofa? Walaupun tidak menyatakan secara spesifik nama hotel tempatnya bekerja, namun menerusi ruangan komen, difahamkan hotel tersebut terletak di Selangor. Sehingga kini video berkenaan meraih sehingga 2.8 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok. Keadaan bilik hotel yang dirakam kakitangan tersebut. Ribuan komen warganet turut membanjiri perkongsian video tersebut dengan rata-ratanya mengecam tindakan kakitangan berkenaan yang sewenang-wenangnya membuat rakaman dan memuat naik di laman sosial demi konten. "Dunia viral... dulu kerja housekeeping, bos memang tekankan apa berlaku dalam bilik tetamu kekal rahsia staf. "Alahai, gaji dibayar pakej sekali rekod kot. Sampai tiada privasi. "Kesian owner hotel... sebab staf, imej hotel buruk," demikian antara komen netizen. Dunia viral... dulu kerja haousekeeping, bos memang tekankan apa berlaku dalam bilik tetamu kekal rahsia staf. NETIZEN Selain itu, ada juga yang menyelar kakitangan berkenaan yang seolah-olah 'pukul rata' golongan tertentu apabila menulis kapsyen sebegitu. "Ini bukan masalah baka mana, bangsa apa, negeri mana... ini masalah inidividu. "Kalau baka yang dimaksudkan dari negeri yang sama dengan Neelofa, ambo (saya) orang Kelate (Kelantan). Tiap kali check-out tinggalkan bilik bersih dan kemas sahaja," komen netizen. Dalam pada itu ada juga yang memberi nasihat agar video tersebut dipadam segera bagi mengelak kejadian tak diingini seperti tindakan tatatertib oleh majikan atau saman. Antara komen netizen terhadap perkongsian video berkenaan. Bagaimanapun dalam satu video berasingan yang dimuat naik di TikTok, pemuda tersebut turut memberi maklum balas mengenai kemungkinan saman yang dibangkitkan segelintir warganet. "Korang ni bersangka buruklah dengan Neelofa. Korang ingat hati dia busuk ke sampai nak saman orang? Sebelum judge orang, judge diri korang dulu," komennya. Biarpun mendapat kecaman ramai, menerusi penelitian mStar, video berkenaan masih belum dipadamkan daripada akaun milik kakitangan tersebut namun langkah mengaitkan nama individu lain adalah tidak wajar. Di harap Neelofa tidak terasa hati dengan tindakan itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI