suria

Netizen ketepikan isu ‘delay’, puji kru kabin AirAsia papah suami isteri buta turun pesawat... Teknik pegang bahu pun betul!

Aksi prihatin dua kru tersebut meraih pujian netizen di media sosial.

RAKAMAN tular memaparkan dua kru kabin AirAsia sedang membantu suami-isteri orang kelainan upaya (OKU) meraih pujian netizen.

Dua kru tersebut dilihat membantu pasangan cacat penglihatan yang membawa seorang bayi perempuan setibanya mereka dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan AK6229 pada 6 Mei lalu.

Rakaman berkenaan meledak sehingga meraih lebih setengah juta tontonan apabila ia dikongsi ke laman TikTok dua hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Nenek usia 85 tahun sanggup bangun awal pagi nak ‘bye’ kru kabin pergi kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terhibur tengok video bekas kru kabin Cina ini ‘kecek’ Kelantan, lebih suka ditanya bab makan berbanding ‘gewe’

Bercerita kepada mStar, Mohamad Fazren Bahudin, 29, yang sudah dua tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu mengakui tidak sedar aksinya dirakam.

"Pasangan OKU itu menaiki pesawat bersama anak perempuan mereka. Sejujurnya saya rasa sayu tengok mereka sebelum pesawat berlepas lagi.

"Kami memang dah sedar akan kehadiran mereka sejak awal. Tambahan pula kena bagi special seat belt untuk anak mereka yang berusia bawah dua tahun.

"Ketika mendarat di Kuala Lumpur, kami tolong mereka untuk keluar dari pesawat pula. Sejujurnya saya tak perasan ada orang rakam video. Tiba-tiba ada kawan maklumkan ia dah viral.

"Rupa-rupanya ada senior yang kongsi ke TikTok. Saya agak terkejut, tapi tak pelik sebab zaman sekarang zaman viral," ujarnya.

airasia3

Fazren (kiri) dan Aida (kanan) terharu apabila video berkenaan turut mendapat perhatian Tony Fernandes.

Senang disapa Fazreen, dia terharu apabila video itu mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes yang meninggalkan komen "proud of my Allstars" pada posting tular tersebut.

Malah kata Fazreen, dia turut berharap rakaman itu dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk terus membantu golongan yang memerlukan termasuk OKU.

"Kita kena sentiasa bantu orang yang memerlukan. Kalau nampak mereka struggle nak buat sesuatu, tak salah pun kalau kita bantu untuk mudahkan urusan mereka. Contohnya kalau nampak ada OKU nak melintas jalan.

"Saya rasa gembira bila bos hargai kerja kami. Rasa terharu, memang tak sangka ia viral sampai macam tu sekali.

Kami memang ikhlas membantu mereka. Itu memang tugas kami, kami sudah dilatih untuk membantu penumpang termasuklah OKU.

AIDA RAHAYU MUHD AFANDI

"Saya juga berharap kita semua sentiasa bantu golongan OKU. Kalau nampak mereka struggle nak buat sesuatu, tak salah pun kalau kita bantu untuk mudahkan urusan mereka," ujarnya lagi.

Seorang lagi kru kabin dalam video tular itu, Aida Rahayu Muhd Afandi, 34, turut senada dengan Fazren dan gembira apabila kisah kebaikan berkenaan dapat memberi impak positif kepada masyarakat.

"Apabila dapat pujian bos, sudah tentu saya rasa gembira. Tapi sejujurnya, kami memang ikhlas membantu mereka. Itu memang tugas kami, kami sudah dilatih untuk membantu penumpang termasuklah OKU.

"Pada masa sama, saya juga rasa terharu dapat buat orang rasa bangga dengan Air Asia," ujarnya yang sudah lima tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan tersebut.

airasia2

Ramai yang memuji tindakan dua kru dalam video tular itu.

Bercerita lanjut, dia yang senang disapa Aida turut terkejut dengan penularan video berkenaan, namun berharap pasangan OKU berkenaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

"Biasanya kita memang dahulukan penumpang istimewa untuk naik pesawat terlebih dahulu, Jadi sejak awal kita dah tahu kehadiran mereka. Melihatkan pasangan itu, saya beranggapan mereka baru pertama kali travel.

"Jadi kami bantu mereka macam biasa. Tolong angkat beg dan iringi keluar pesawat. Tiba-tiba dapat tahu video dah viral. Saya sendiri pun tak ada TikTok.

"Tapi keluarga ada screnshoot komen-komen, saya rasa terharu baca komen semua orang. Apabila orang puji, sudah tentu rasa gembira. Tapi kami buat secara ikhlas tak minta apa-apa, itu memang tugas kami," ujarnya lagi.

Rata-rata netizen di TikTok memuji tindakan mereka dalam menyempurnakan tugas.

"Menangis tengok video ni, terima kasih bantu mereka. AirAsia terbaik walaupun sedikit kecewa sebab delay tapi tapi tak apa. Bagi saya terbaik!

"Hebat! Tadi pun bru naik AirAsia. Nampak staf AirAsia bantu seorang uncle yang guna tongkat.

"Cara yang betul bantu orang masalah penglihatan, bagi mereka yang pegang bahu kita. Lebih selesa mereka bergerak," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain