suria

Matikan enjin tengah jalan, kemudian main phone! Wanita undang kecaman sebab selfish, tak pandai guna petak parkir

Gambar seorang wanita yang parkir di tengah jalan tular di media sosial.

"SEBELAH ja parking kereta... itu pun susah sangat ke nak buat? Banyak kali jumpa orang macam ni, bila bercalar kereta... salahkan orang lain pula. Sendiri yang b****."

Itu antara luahan netizen yang dipercayai penduduk Saujana Utama, Sungai Buloh di Selangor selepas gambar seorang wanita meletakkan keretanya di tengah-tengah jalan tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib baik tak berkecai cermin! Video pemandu perempuan ‘double park’ bikin ramai panas hati... Geram 30 minit kena ‘sidai’

ARTIKEL BERKAITAN: Lelong kereta jiran RM800, siap percuma pam racun! Mesej padu peniaga menjadi, jiran ‘kebal’ 2 tahun asyik parking depan rumah akhirnya ubah fikiran

Berdasarkan gambar, kedai makan berkenaan dilihat meletakkan kerusi dan meja makannya di ruang parkir berhadapan premis.

Keadaan itu menyebabkan seorang wanita yang berkemungkinan ingin membeli makanan di restoran tersebut kemudiannya meletakkan kereta bersebelahan meja makan berkenaan sekali gus menghalang laluan utama di kawasan sekitar.

Bagaimanapun pada masa itu, petak parkir yang berada di kawasan sekitar kosong malah berada tidak jauh dari lokasi makan berkenaan.

Malah wanita yang bersikap selamba itu seakan tidak mempeduli keadaan semasa dan hanya bermain telefon.

Status Facebook yang dimuat naik Asma.

Status Facebook yang dimuat naik Asma.

Menerusi hantaran yang dibuat di Facebook Page Saujana Utama Sungai Buloh, pelayar media sosial yang menggunakan nama Asma menyifatkan tindakan wanita terbabit menunjukkan sikap sesetengah rakyat Malaysia.

"Parking banyak. Tapi nak juga parkir kereta kat situ (block 1 lane) semata-mata sebab malas jalan atau malas nak masuk parking (masuk parkir kena adjust).

"Bukan kakak ni seorang saja macam tu. Ramai yang perangai macam ni di Saujana," luahnya.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang cuba memihak kepada wanita terbabit dengan menyatakan kemungkinan terdapat bayi di dalam kereta tersebut.

Namun, Asma menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan tiada anak di dalamnya kerana enjin kereta dimatikan.

Kejadian double park yang baru dilaporkan.

'Double park' sudah menjadi budaya dalam masyarakat. - Gambar hiasan

"Saya pun ada anak. Tiga orang anak sejak dari bayi biasa bila nak makan dekat kedai-kedai, tinggal anak dalam kereta sebab dia tidur. Tapi saya parkir kat parking lot juga, yang paling dekat dan saya boleh pantau.

"Kalau order makanan untuk take away pun saya parkir kat parking lot dan tunggu dalam kereta.

"Untuk kes kakak ni, dia tiada anak dalam kereta sebab enjin kereta dia mati dan kalau ada anak pun, parking lot dekat dengan meja," ujarnya lagi.

Malah Asma turut mempersoalkan sekumpulan netizen yang meminta pemilik kedai berkenaan untuk menegur pelanggan yang meletakkan kenderaan di luar petak parkir.

"Yang salah tu orang yang parkir kereta. Dah lulus ambil lesen, tak reti-reti nak parkir elok-elok di tempat letak kenderaan.

Terang-terang kakak tu salah sebab parkir kat laluan jalan raya... yang nak tolak salah tu kat orang kedai makan kenapa?

ASMA

"Jadi satu kerja pula tuan kedai asyik nak kena tegur. Masing-masing sudah besar, pandai-pandai fikir patut park dekat mana.

"Masalah orang kita ni suka nak salahkan keadaan. Terang-terang kakak tu salah sebab parkir kat laluan jalan raya. Yang nak tolak salah tu kat orang kedai makan dah kenapa? Otak tak pandai nak fikir problem solution ke sampai terpaksa park di jalan raya?

"Contoh kalau kau tengah bawa kereta dalam taman perumahan lepas itu nampak ada budak kecil main kat jalan. Kau nak langgar budak tu atau nak elak dan lalu ikut lane sebelah? Kalau ikut orang yang dok salahkan kedai ni, tekniknya adalah langgar saja dan tolak salah tu kat budak tu sebab main kat jalan," tambahnya.

Dalam pada itu, beberapa warganet bersetuju dengan pandangannya kerana tindakan wanita terbabit seolah-olah penting diri.

"Kalau masing-masing tahu adab dan saling menghormati hak orang lain serta ada rasa malu untuk buat kesilapan mengikut tuntutan agama, senang kerja kita semua. Bahagia!

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Inilah sikap pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Apa salah jika ambil initiatif sikit... parkir kat tempat parking yang banyak di situ. Tak adalah awak viral di sini.

"Allah Maha Adil. Hari ni kita susahkan orang, lain hari kita akan dapat susah. Kalau yakin Allah Maha Adil dan balasan-Nya, kita akan cuba tak susahkan orang lain.

"Saya pernah tegur orang macam ni di depan Restoran Syuhada. Alih-alih saya yang ditengkingnya. Tengking OK! Bukan dia minta maaf pun," luah beberapa netizen.

Bagaimanapun sebilangannya menyelar tindakan Asma yang memuat naik gambar berkenaan tanpa menegur wanita terbabit terlebih dahulu.

"Tak payah kita cakap otak orang, kita yang ada otak tu kenapa tak turun dari kereta dan tegur kakak tu? Bukankah lebih baik dari up kat sini, boleh juga dengar penjelasan dari kakak tu, ke otak tak boleh berfikir masa tu?

"Kita tidak tahu masalah orang, kadang-kadang ada anak kecil tidur dalam kereta. Kalau parking jauh susah nak pantau, tanya dulu baru viral.

"Tak baik up kat Facebook macam ni... tak pasal ada segelintir komen tak menyenangkan. Daripada nak up kat sini, baik tanya dengan cara baik kat owner tu terus lebih baik. Baru kita pun tahu," komen beberapa netizen lagi.

Bantahan tersebut menyebabkan pemilik restoran Mamu Dheen tampil menjelaskan situasi.

Ujarnya yang mengakui mendapat permit meletakkan meja dan kerusi makan di ruang parkir premis, senario seumpama itu sering berlaku dan pihaknya pernah membuat teguran.

Namun, katanya, dia dimarah pelanggan terbabit.

"Biasanya ada parking tepi-tepi sikit dan meja ada empat buah saja tuan... ada permit untuk letak meja dengan MDKS (Majlis Daerah Kuala Selangor).

"Saya sebelum ini selalu tegur tapi kena maki balik. Terpaksa senyap... meja-meja tu biasa pukul 5 ke atas saja letak. Maafkan saya kerana letak meja dan insha-Allah lepas ni kalau orang parking saya minta alihkan ya tuan-tuan. Maaf sekali lagi atas kesulitan," luahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain