GARA-gara merakamkan dirinya melakukan latihan kardio dengan memakai baju senaman yang ketat, seorang wanita dituduh membuat video berunsur lucah. Tidak melatah di laman sosial, sebaliknya wanita itu kemudian muncul pula berbaju kurung ketika membuat senaman crossfit iaitu latihan berintensiti tinggi. Menjelaskan situasi sebenar kepada mStar, Fina Arif berkata, dia memakai baju kurung ketika melakukan crossfit di gim berikutan terdapat komen yang mahu dia berbuat demikian. ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Berbaju kurung buat 'backflip', ramai tanya kain tak terselak ke? Pernah pusing 9 kali non stop, wanita ini siap kongsi tip main trampolin ARTIKEL BERKAITAN: Sempoi habis bakal ustazah ni, selamba pandu 4x4 rentas sungai... berbaju kurung pun redah je! - "Ayah perhati dari luar" Wanita berusia 40 tahun itu memberitahu, pada masa itu terdapat jamuan hari raya yang diadakan di gim selepas menjalani latihan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kebiasaannya saya pakai baju senaman di gim. Tapi ada netizen minta saya pakai baju kurung dan saya pantang dicabar, jadi saya pakai baju kurung ketika bersenam. "Baju kurung yang saya tu pakai bukan jenis longgar, tapi 'melekat pada badan'. Material kain juga berat dan stretchable yang memudahkan pergerakan. "Saya tak berkecil hati pun dengan komen-komen negatif, saya hanya pakai yang buat saya rasa selesa," katanya ketika dihubungi. Antara latihan yang dilakukan Fina di gim. Menyedari kain baju kurungnya terselak ketika melakukan crossfit terutama latihan handstand push up, Fina berkata, dia sebenarnya memakai dua lapis baju. "Di bahagian luar saya pakai baju kurung dan di dalamnya saya sarung baju workout. Sebab itulah saya tidak risau apabila kain terselak sebab saya masih pakai seluar dan baju senaman. "Saya post video di laman sosial untuk suka-suka, bukan sebab nak jadi viral. Tapi memang saya mahu kongsi dengan followers," ujarnya yang menetap di Denai Alam, Selangor. Selain Fina yang berbaju kurung, rakannya yang berbaju Melayu juga menjalani latihan crossfit. Menurut Fina, sesi latihan crossfit pada hari berkenaan berlangsung selama kira-kira sejam, dan dia hanya berlatih dengan memakai baju kurung sepanjang 50 minit pertama. "Tak tahan panas masa tu, cepat berpeluh. Saya hanya bertahan sehingga 10 minit terakhir sebelum menanggalkan baju kurung untuk sambung crossfit," katanya sambil menambah terdapat dua lagi rakannya yang menjalani crosffit dengan memakai baju Melayu dan jubah. Fina (berdiri, kanan) bersama rakan-rakan di gim. Ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu, ini bukanlah pertama kali dia memakai baju kurung semasa melakukan aktiviti luar (outdoor). "Pada September 2009, saya pernah pakai baju kurung melakukan aktiviti menyelam di Pulau Tioman. Memang sejak dulu saya suka aktiviti outdoor yang menguji kekuatan. Ada kata saya cuba rosakkan tradisi. Sekurang-kurangnya saya masih ingat untuk pakai baju kurung. FINA ARIF "Dah lama juga bersenam di gim. Baru enam bulan saya sertai crossfit," katanya. Tambah Fina lagi, dia menyedari beberapa komen netizen menerusi perkongsian videonya itu di aplikasi TikTok yang menganggap tindakannya merosakkan tradisi pemakaian baju kurung. "Ada kata saya cuba rosakkan tradisi. Sekurang-kurangnya saya masih ingat untuk pakai baju kurung, tak lupa baju kebangsaan," katanya. Fina berbaju kurung ketika menyelam di Pulau Tioman pada 2009. Mengakui kepenatan melakukan crossfit, Fina yang merupakan pelatih bagi aktiviti menyelam bagaimanapun kembali memakai baju kurung ketika itu untuk jamuan bersama teman-teman. "Memang penat buat handstand push up. Kedua-dua tangan terus menggigil. Tapi saya pakai juga sebab peluh dah kering dan untuk sesi bergambar. "Crossfit hari tu saya gelarkan 'shoulder day' yang mana latihan memberi impak dan ketahanan pada bahu," katanya. Video Fina memakai baju kurung ketika melakukan crossfit meraih lebih 400,000 tontonan di TikTok. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI