suria

Gadis cemas jari kelingking tersepit dalam lubang kayu, tarik-tarik tak keluar! Mujur belum telefon abang bomba

Jari kelingking Nur Adlina tersepit selama lima minit ketika dia sedang menunggu giliran naik ke pentas.

SETIAP mahasiswa tentunya teruja menantikan detik menyarung jubah konvokesyen dan melangkah naik ke pentas untuk mengambil skrol.

Begitulah juga perasaan yang dirasai pelajar bernama Nur Adlina Khairani Mohd Baharun ini.

Sungguhpun hanya mengenakan jubah dan naik ke pentas kerana terlibat menjadi sukarelawan ketika sesi rehearsal sempena istiadat konvokesyen yang bakal berlangsung tidak lama lagi, namun perasaan teruja bercampur gemuruh tetap dirasainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tripple joy! Bukan je sarung jubah konvokesyen, bakal mak mentua siap pakaikan cincin tunang! Gadis ini anggap penutup 2021 begitu bermakna

ARTIKEL BERKAITAN: Tebal muka mortar board melayang, gadis bikin ‘drama’ di pentas konvo... Tak sangka dapat peluang ke-2 terima skrol

Sempat merakamkan kenangan manis sepanjang rehearsal berlangsung, namun dalam kegembiraan menunggu giliran naik ke pentas, tidak semena-mena terselit pula insiden lucu di mana jari kelingkingnya tersepit pada lubang dinding.

Mengimbas kembali kisah yang berlaku minggu lalu, Nur Adlina berkata ketika itu dia bersama sukarelawan lain sedang beratur di dalam Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

"Waktu itu saya dan yang lain sedang berbaris menunggu nama graduan yang diwakili kami diumumkan untuk naik ke atas pentas.

"Dinding di tepi tempat kami berbaris tu pula cantik berukir dengan lubang-lubang kecil, jadi saya saja main-main masukkan jari dalam lubang tu sebab jari saya kecil saja.

"Entah macam mana, jari kelingking saya stuck pula dalam lubang tu... tarik-tarik tapi tak nak keluar. Memang automatik terus nervous sebab bimbang giliran naik ke pentas dah sampai.

konvo 2

Nur Adlina (dua, kanan) bersama rakan-rakan yang terlibat sebagai sukarelawan sewaktu 'rehearsal' konvokesyen, minggu lalu.

"Mujurlah selepas cuba berkali-kali, akhirnya saya berjaya tarik jari... tak sampai lima minit pun stuck. Kalau lama, alamatnya kena panggil bomba lah pula. Gatal tangan punya fasal," ceritanya kepada mStar.

Menurut pelajar semester dua, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Melayu ini, dia kemudian terlintas untuk melakonkan semula insiden lucu berkenaan dan merakamnya untuk dimuat naik di media sosial.

konvo 1

Nur Adlina gemar terlibat dalam program sukarelawan yang dianjurkan universitinya.

"Video di Instagram Reels itu adalah video yang saya re-create semula untuk kongsikan kisah lucu di media sosial. Niat nak share dengan followers saja, tak sangka dapat hampir 100,000 jumlah tontonan.

"Tapi ada yang ingat saya betul-betul sedih dan menangis jari tersepit sebab dalam video itu muka saya sedih. Sebenarnya saya sunting dan guna filter 'sedih' yang tengah trending sekarang," ujarnya yang berasal dari Kulai, Johor.

Bercerita lebih lanjut, Nur Adlina berkata dia sememangnya suka melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam apa jua program anjuran universiti sekiranya mempunyai peluang.

Video di Instagram Reels itu adalah video yang saya re-create semula untuk kongsikan kisah lucu di media sosial. Niat nak share dengan followers saja.

NUR ADLINA KHAIRANI MOHD BAHARUN

"Contohnya jadi volunteer untuk rehearsal konvokesyen minggu lepas. Inilah kali pertama saya pakai jubah konvokesyen sebab saya dulu lepasan Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM), tiada majlis graduasi seperti pelajar Diploma.

"Memang pengalaman manis dan tak dapat dilupakan. Secara tak langsung, pengalaman ini beri motivasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan skrol.

"Selain itu, saya pernah terlibat sebagai sukarelawan ketika banjir dahulu. Kami pergi ke Sri Muda dan bantu penduduk bersihkan rumah mereka.

konvo 3

Menjadi sukarelawan membersihkan rumah penduduk di Sri Muda, Shah Alam, yang dilanda banjir, awal tahun lalu.

"Seronok sebenarnya jadi sukarelawan. Selain untuk dapatkan merit, kita juga boleh dapat pengalaman, berkenalan dengan student lain dan merapatkan hubungan bersama masyarakat. Secara tak langsung boleh menajamkan interpersonal skill.

"Kalau kita aktif, ia juga memberi pengaruh kepada keputusan peperiksaan. Memang tak rugi kalau aktif," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain