suria

Perkelahan bertukar tragedi! Daging bakar bersepai, bara api meletus ke udara... Ramai istighfar, nyaris meletup depan muka

Tangkap layar video insiden 'daging meletup' ketika Huzaifah dan isterinya berkelah minggu lalu.

SELAIN mandi manda, aktiviti perkelahan tidak sah sekiranya tidak disertai dengan acara barbeku.

Sambil menikmati kedinginan air terjun atau sungai mahupun desiran suara ombak, pastinya akan terasa lebih sempurna apabila menjamah makanan yang dibakar panas-panas.

Namun perkongsian seorang lelaki di TikTok mengenai 'tragedi' yang berlaku sewaktu aktiviti perkelahannya baru-baru ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai pengajaran bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu jawab tuduhan bawa anak berkelah di lokasi insiden kepala air, hakikatnya dah lama serik nak jejak kaki ke situ lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali pandang macam kena halau! 4 sahabat ‘bahagia’ bentang karpet berkelah depan rumah, pakcik baru balik masjid sporting melayan

Mana tidaknya, sedang asyik membakar daging, secara tiba-tiba tempat barbeku tersebut meletup!

Berkongsi cerita dengan mStar, Huzaifah Mior Badri berkata, sebelum insiden tersebut berlaku, dia menghidupkan api untuk membakar daging di kawasan berkonkrit di tepi anak sungai.

@huzaifahmiorbadri

Meletop guysss‼️‼️

♬ original sound - Huzaifah Mior Badri

"Saya dan isteri pergi ke sebuah resort di Hulu Selangor untuk berkelah, Isnin lepas. Kami pun set up tempat memasak tepi anak sungai.

"Sebelum tu saya juga set up tripod kamera untuk rakam aksi kami memasak dan barbeku. Rakaman bertujuan untuk simpanan sendiri... saja nak simpan sebagai memori.

bbq 1

Huzaifah menghidupkan api untuk membakar daging di atas kawasan berkonkrit.

"Isteri memasak di sebelah, saya pula bakar daging perap. Entah macam mana tiba-tiba tempat bakar daging tu meletup. Saya dan isteri spontan terkejut sebab berlaku tiba-tiba hingga daging dan bara api meletus ke udara," ujar lelaki berusia 31 tahun ini.

Huzaifah berkata, insiden tersebut berkemungkinan berpunca daripada tekanan udara dalam simen konkrit di bawah tempat barbeku tersebut.

"Alhamdulillah, saya dan isteri tidak alami apa-apa kecederaan... cuma habuk-habuk bara daripada arang tu terkena sikit. Ia tak meletup kuat macam mercun pun.

"Cuma daging dan bara api bersembur ke atas. Mujur kawasan kami berkelah tu agak lengang memandangkan hari Isnin.

bbq 2

Arang dan daging terpelanting ke udara.

"Apapun, daging bakar tu memang tak dapat diselamatkan sebab jatuh ke tanah," katanya yang menetap di Puchong, Selangor.

Ujarnya, selepas mengemas dan membersihkan tempat tersebut, dia dan isteri meneruskan aktiviti barbeku dan memasak di tempat yang lebih selamat.

"Sebenarnya bukan kali pertama saya dan isteri berkelah di resort itu dan bukan juga pertama kali barbeku. Tapi mungkin benda nak jadi pula kali ini.

Saya dan isteri tidak alami apa-apa kecederaan... cuma habuk-habuk bara daripada arang tu terkena sikit. Ia tak meletup kuat macam mercun pun.

HUZAIFAH MIOR BADRI

"Apabila baca komen, ramai yang beritahu memang tak boleh buat unggun api atau barbeku di kawasan berkonkrit. Saya tak tahu, lagi pula tiada papan notis di situ. Kalau ada, sudah tentu saya alert.

"Bagaimanapun ini pengajaran untuk saya agar lebih berhati-hati selepas ini. Memandangkan ada rakaman, saya nak share agar orang ramai pun ambil pengajaran agar tak ditimpa insiden sama.

komen bbq

Antara komen netizen yang turut memberi peringatan mengenai bahawa menghidupkan api di kawasan berkonkrit.

"Tapi ada pula yang cakap ia content dan sudah dirancang dengan memasukkan mercun. Tak munasabah, takkan saya nak bahayakan diri kami berdua. Saya nak jelaskan, rakaman itu dibuat untuk simpanan peribadi, bukan content," katanya yang mengusahakan bisnes sendiri dalam bidang pendingin hawa dan elektrik.

Tidak menyangka perkongsiannya meraih melebihi 1.6 juta jumlah tontonan, Huzaifah berkata dia berharap agar perkongsian tersebut dapat diambil positif oleh netizen agar dijadikan pengajaran bersama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain