TIADA siapa menyangka pilihan yang dibuat oleh seorang graduan universiti untuk bekerja sambilan di sebuah kedai menjual kurma berakhir ke jenjang pelamin. Begitulah kisah dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki warga Syria kira-kira dua tahun lalu. Berkongsi cerita kepada mStar, wanita berkenaan, Akma Nur Fartini Azman berkata, dia yang baharu saja tamat semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Dietetik di Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan, mahu mencari kerja sambilan pada awal Ogos 2020. ARTIKEL BERKAITAN: Susah nak ajak dating, jumpa mak ayah cuma sejam... selepas kahwin baru suami dari Pakistan buka rahsia kenapa 'first date' hanya 5 minit ARTIKEL BERKAITAN: Minta akaun 'FB tak aktif', batal flight ke Jepun... gadis terpikat dengan kesungguhan lelaki Arab kenal di ekspo walau minat jejaka 'jambu' Lebih mesra disapa Akma, pada mulanya dia merancang untuk bekerja di sebuah kedai bakeri bagi menimba pengalaman dalam bidang makanan itu. "Saya memang minat bakeri. Masa belajar pun saya dah mula buat bisnes cookies. Ingatkan nak kerja di kedai bakeri untuk dapat pengalaman termasuk selok-belok tentang bisnes. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Tapi mak ayah kemudian dapat maklumat dalam grup WhatsApp ada tawaran kerja di sebuah kedai jual kurma di Jalan Tun Ismail, Kuantan. Saya fikir restu mak ayah sebab nanti ada rezeki boleh belajar baking," kata wanita berusia 25 tahun itu ketika dihubungi. Selain produk berasaskan kurma, Akma berkata, kedai yang turut menjual kismis, minyak zaitun dan jus dari Timur Tengah itu dikendalikan oleh seorang pengurus cawangan warga Syria. Akma mula mengenali suaminya di sebuah kedai menjual kurma. Memasuki bulan ketiga bekerja pada akhir Oktober, dia yang berasal dari Kuantan diajukan soalan oleh seorang pekerja lelaki yang mahu menjodohkannya dengan pengurus berkenaan. "Saya tak fikir nak kahwin. Esoknya member tu tanya lagi, malah bos saya tu tanya saya sendiri yang dia nak kahwin dengan saya. Dia tanya sama ada perlu bincang dengan saya atau mak ayah saya sebab dia tak tahu adat dan budaya tempatan. Jodoh yang tepat antara cepat atau lambat je, kena banyak bersabar dan berdoa. AKMA "Saya bincang dulu dengan ayah sebab ayah seorang yang tegas dan garang. Tapi ayah tak setuju sebab ayah sebelum ini pernah kerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mana antara wanita yang meminta bantuan selepas ditinggalkan suami warga asing. "Ayah siap suruh saya berhenti kerja. Tapi saya berjaya pujuk ayah untuk terus bekerja. Pada masa sama, saya solat istikharah agar hati ayah terbuka menerima dia," katanya mengenai bapanya yang kini bertugas di sebuah hospital. Suami Akma merupakan pengurus cawangan di tempatnya bekerja. Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, suatu pagi dia dikejutkan dengan pertanyaan bapanya sama ada lelaki warga Syria yang berasal dari Damascus itu masih berminat untuk mengahwininya. "Tiga minggu selepas kena reject, ayah setuju. Saya dan mak terkejut sebab ingatkan dah 'tutup kes'. Jadi pada November 2020, keluarga saya dan wakil suami berjumpa di sebuah restoran dan terus bertunang,” katanya sambil menambah dia berkahwin pada April 2021. Pertemuan untuk mengikat tali pertunangan pada November 2020. Meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 25 tahun sepatutnya tahun ini, Akma yang kini mengusahakan bisnes biskut tidak menyangka dipertemukan jodoh lebih awal. "Apabila fikir balik macam tak percaya. Dari dulu memang tak berani nak cerita kat ayah fasal boyfriend, apatah lagi kahwin. Saya hanya kongsi dengan mak sebab ayah garang. "Saya sendiri terima suami sebab dia yakin untuk kahwin dengan saya selain kami sekepala dan dia merupakan pendengar yang baik," katanya yang turut terpikat dengan sikap suaminya, Mhd Fawzi Jabri, 38, yang begitu mengambil berat terhadap ibunya meskipun berjauhan. Akma dan suami berkahwin pada April 2021. Tidak lagi bekerja di kedai kurma sejak akhir tahun lalu, Akma percaya bahawa restu ibu bapa amat penting dalam memastikan perjalanan hidup berlancar lancar. "Restu keluarga sangat penting. Dari mak ayah suruh kerja part time di kedai kurma sampai suami pernah kena reject sehingga dapat restu untuk dia berkahwin dengan saya. "Buat mereka yang risau menantikan jodoh, jangan bimbang. Jodoh yang tepat antara cepat atau lambat je, kena banyak bersabar dan berdoa," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI