KETERUJAAN untuk merakamkan pemandangan indah dari puncak bukit berakhir dengan insiden yang tidak disangka-sangka. Dron yang digunakan untuk merakamkan panorama itu berkemungkinan besar terhempas ke hutan. Menerusi satu perkongsian, juruvideo berkenaan memuat naik rakaman terakhir sebelum dron miliknya hilang termasuk video operasi 'mencari dan menyelamat'. ARTIKEL BERKAITAN: Tak lupa kongsi insiden dron jatuh... jurugambar terjun tasik rugi RM4,000, terfikir binatang berbisa saat sampai air paras leher ARTIKEL BERKAITAN: Macam drama Korea... lelaki ini tak sangka rakaman dron bersama isteri dikata seperti 'Hometown Cha-Cha-Cha' - "Terkejut tiba-tiba kena hon" Berkongsi pengalaman kepada mStar, lelaki berkenaan, Khairilshah Khir berkata, kejadian berlaku ketika dia membuat rakaman dari View Point Wang Kelian di Perlis, Sabtu pagi lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Lebih dikenali sebagai Paen, dia mendedahkan sebenarnya terdapat dua dron yang 'jatuh' termasuk milik seorang rakannya, dipercayai terhempas di Hutan Taman Negeri Perlis. "Saya nak rakam view dari puncak Wang Kelian bagi memenuhi permintaan followers di TikTok, ada awan nano yang cantik dan matahari nak naik pukul 7.30 pagi. "Bila dron nak berpatah balik selepas buat rakaman, terus 'lost contact' dalam perjalanan. Tiada unsur dron disambar burung helang dan diterbangkan agak tinggi, jadi tak mungkin terlanggar pokok," katanya yang berusia 41 tahun ketika dihubungi. Rakaman menggunakan dron menyaksikan panorama Wang Kelian. Berpengalaman sebagai jurugambar dan juruvideo selama 10 tahun, Paen berkata, dron miliknya yang berharga RM5,800 termasuk aksesori itu disyaki terhempas disebabkan oleh isu mekanikal, manakala dron milik rakan hilang akibat kehabisan bateri. "Saya mendapatkan bantuan daripada seorang jurupandu yang pakar masuk ke hutan yang juga dikenali orang ramai sebagai Hutang Wang Kelian untuk cari dua dron yang hilang. "Dron milik rakan berjaya dijumpai dengan selamat. Malangnya dron kepunyaan saya gagal dijumpai selepas usaha mencari kira-kira dua setengah jam untuk satu dron tu je," ujarnya sambil menambah mula membuat rakaman menggunakan dron sejak tiga tahun lalu. Paen bersama seorang rakan membuat rakaman dari View Point Wang Kelian. Bercerita lanjut, anak kelahiran Kangar, Perlis ini mengakui pertama kali masuk ke kawasan hutan itu mencari dron miliknya bersama jurupandu tersebut. "Hanya saya dan jurupandu yang masuk ke hutan kerana rakan saya ada urusan penting. Berdasarkan lokasi GPS, jarak kehilangan dron saya adalah lingkungan 140 meter, tetapi tanpa disedari kami dalam masuk jauh ke dalam hutan hampir 1 kilometer. "Macam pelik, kenapa jadi macam ni... saya tanya dalam hati. Jurupandu beritahu kalau rasa seperti ada yang memandang... terus jalan ke depan, jangan toleh dan jangan tegur," tambahnya. Pemandangan indah dari puncak Wang Kelian. Paen yang merupakan pembantu pembedahan pergigian berkata, persekitaran hutan yang tebal akhirnya membuatkan dia mahu menghentikan operasi mencari dan menyelamatkan dronnya. "Sistem GPS yang terganggu buat saya rasa tidak sedap hati. Memang rasa meremang, malah dah mula rasa sebelum kata-kata jurupandu tu. Jurupandu beritahu kalau rasa seperti ada yang memandang... terus jalan ke depan, jangan toleh dan jangan tegur. PAEN "Katanya biasalah kawasan hutan, memang ada 'macam-macam'. Masa tu saya hanya fikir untuk cari jalan keluar dan selamat. Bila nampak divider jalan dan bunyi kenderaan yang lalu terus buat saya rasa lega," katanya, namun enggan mengulas lanjut mengenai operasi mencari dronnya. Walaupun bernilai tinggi dan banyak berjasa untuk rakaman foto dan video, Paen akur dengan kehilangan dronnya kerana apa yang lebih penting adalah keselamatan diri. Paen membuat rakaman menggunakan dron sejak tiga tahun lalu. "Saya reda, bukan rezeki saya. Memang takut sebab saya tak pernah masuk hutan, dah kat dalam tu baru terfikir kenapa saya berani masuk cari ke dalam hutan hanya kami berdua. "Sangat tak berbaloi untuk berdepan dengan risiko keselamatan yang boleh mendatangkan kecelakaan. Dron boleh ganti, apa yang penting saya selamat, syukur Alhamdulilah," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI