SEBAGAI anak, pastinya kita ada cara tersendiri menunjukkan penghargaan terhadap ibu bapa. Begitulah paparan video yang dimuat naik oleh Opie Karmal Obispo, 29, menunjukkan ibunya, Rakimah Ansil, 67, mengalirkan air mata setelah diberitahu bakal menunaikan umrah pada hujung Disember tahun ini. Bercerita lanjut kepada mStar, Opie menjelaskan bahawa dia terdetik untuk memberikan hadiah penuh bermakna ini setelah mula mendalami makna terkandung dalam al-Quran. ARTIKEL BERKAITAN: Wow! 7 beradik terima hadiah barang LV bernilai RM60,000 daripada kakak sulung, tahun ini masing-masing dapat pakej umrah ARTIKEL BERKAITAN: Dapat banyak hadiah, guru anggap ‘bekas kecil dalam plastik merah’ pemberian murid paling bermakna... sangat dalam isi tersiratnya! “Saya dari kecil terpisah dengan ibu sebab mak ayah dah bercerai. Ibu tinggal seorang diri dekat Kuala Lumpur. Saya hanya mampu kirimkan duit bulanan untuk ibu saja. “Tapi semakin saya besar semakin saya belajar pasal Islam dan ada banyak cerita dan kisah pasal ibu bapa dalam kitab suci al-Quran. Dari situ saya mula niat untuk bawa ibu ke umrah. “Saya mula kumpul duit dengan bermodalkan jualan bundle saja. Bila sudah mencukupi saya beritahu ibu pasal ni. Malangnya... semua hasil duit tu dicuri oleh kawan yang saya baru kenal,” dakwa Opie. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut Opie, kejadian kecurian tabung tin berisi wang beserta emas berjumlah sekitar RM20,000 itu berlaku sewaktu dia keluar mengikuti jemaah tabligh selama tiga hari di Masjid Al-Falaq dekat Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. Bagaimanapun, Opie yang menguruskan perniagaan pakaian bundle sendiri ini tetap tidak berputus asa untuk teruskan niat membawa ibu tercinta ke tanah suci. “Kawan saya tu pun mengaku dia ada datang rumah dan curi duit tu masa saya ikut jemaah tabligh. Lepas duit tu kena curi, terpaksa beritahu ibu yang saya sudah tiada apa-apa lagi. Saya tawakal saja tapi tetap nekad untuk kumpul balik duit pada tahun ni. Opie bersama ibunya. “Tahun ni juga syukur sangat memang rezeki saya boleh keluarkan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) sebanyak RM8,000. Jadi saya gunakan semua duit tu dan lebihan duit simpanan untuk bawa ibu tunaikan umrah,” katanya. Bercerita lanjut mengenai video yang menjadi tular di TikTok, Opie mempericikan kisah di sebalik rakaman tersebut. “Kejadian tu berlaku lepas kami solat Subuh dekat rumah ibu di PPR Desa Rejang dekat Gombak. Biasanya memang saya akan sikat rambut dan potong kuku kaki ibu. Saya harap bila dapat lihat ibu gembira dan terharu sampai mengalirkan air mata macam dalam video tu, boleh menjadi penguat buat diri saya untuk menjadikan impian ibu satu kenyataan sebab ibu adalah ‘syurga’ saya. OPIE “Disebabkan jarang dapat jumpa ibu, saya rakamlah momen tu sebagai kenangan kami bersama. Tak ada niat lain memang untuk simpanan peribadi saja. Content saya biasanya semua menari saja di TikTok. “Saya harap bila dapat lihat ibu gembira dan terharu sampai mengalirkan air mata macam dalam video tu, boleh menjadi penguat buat diri saya untuk menjadikan impian ibu satu kenyataan sebab ibu adalah ‘syurga’ saya. Itulah apa yang saya belajar dalam al-Quran,” jelas Opie. Opie baru menyertai jemaah tabligh bagi mendalami agama Islam. Opie yang mempunyai darah kacukan Filipina juga berharap agar ibadat umrah yang bakal ditunaikan pada hujung tahun ini dipermudahkan tanpa sebarang halangan berlaku. Dalam pada itu, Opie turut menitipkan nasihat agar setiap anak haruslah berusaha membahagiakan kedua-dua ibu bapa agar Allah melipat gandakan lagi rezeki kita. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI