suria

Dia lapar tu! Nasib baik tak ‘makan’ kaki, gadis cemas selipar sangkut di eskalator... Netizen simpati tapi ramai tak tahan nak ketawa

Selipar getah yang dipakai Maryam tinggal separuh gara-gara 'ditelan' eskalator.

BEBERAPA insiden yang dilaporkan di media mengenai kejadian individu tersepit ketika menggunakan eskalator khususnya di pusat beli-belah, secara tidak langsung menimbulkan rasa bimbang dan trauma pengunjung.

Ada antara insiden tersebut menyebabkan mangsa cedera parah di mana anggota badan mereka hancur dek 'dimakan' eskalator.

Turut mengalami pengalaman sama, wanita ini berkongsi detik cemas ketika selipar yang dipakainya tersepit ketika sedang menuruni eskalator di sebuah pusat membeli belah di Alor Setar, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik eskalator guna wheelchair, pemuda ini dedah pernah ‘ajar’ orang awam common sense - “Saya ambil papan tanda OKU letak depan lif”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rombongan’ dari Melaka ke Shah Alam nak buat kejutan, sekali terperangkap dalam lif... apa jadi memang tak dijangka, birthday girl anggap hari lahir paling lucu

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

Hanya mahu dikenali sebagai Maryam, wanita ini berkata ketika insiden yang berlaku pada Selasa lalu, dia dan beberapa rakannya mengunjungi pusat beli-belah tersebut untuk membeli hadiah buat pensyarah mereka.

"Selepas selesai membeli hadiah, kami pun nak balik memandangkan sudah pukul 10 malam. Tengah turun menggunakan eskalator, apabila hampir tiba di tingkat bawah, saya pun nak melangkah.

"Kaki sebelah kiri dah langkah pijak lantai, tapi kaki sebelah kanan tiba-tiba tak boleh langkah kerana selipar tiba-tiba tersepit di celah antara platform dan eskalator.

maryam 2

Maryam (depan) merupakan penuntut di Universiti Antarabangsa Albukhary, Kedah.

"Saya cuba tarik-tarik tapi selipar tak nak keluar. Memang cemas sebab saya takut ia tarik kaki sekali. Memandangkan beberapa kali percubaan tarik selipar gagal, saya terus langkah berkaki ayam.

"Saya biarkan selipar tu di situ dulu sebab tak mahu halang orang belakang yang nak turun," cerita wanita berusia awal 20an ini.

Tambah Maryam, salah seorang rakannya kemudian berusaha menarik keluar seliparnya dan berjaya meskipun separuh 'ditelan' eskalator.

"Selepas kejadian itu, kami tak singgah mana-mana... terus pulang ke kolej," ujar penuntut tahun dua, jurusan Pentadbiran Perniagaan dan Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Antarabangsa Albukhary, Kedah ini.

maryam 1

Insiden tersebut tidak membuatkan Maryam trauma namun lebih berwaspada pada masa akan datang.

Meskipun video yang dimuat naik olehnya di aplikasi TikTok berbaur lucu lebih-lebih lagi memaparkan keadaan seliparnya yang hanya tinggal separuh, Maryam berkata dia mahu menyampaikan mesej menerusi perkongsian tersebut.

"Pertama sekali, bab keprihatinan orang awam. Masa insiden itu berlaku, tak ada seorang pun pengunjung yang prihatin. Mereka hanya lihat saya berusaha tarik selipar dan berlalu... seolah-olah ia perkara remeh.

"Bagi saya, apabila kita ternampak seseorang dalam kesusahan, kalau tak boleh tolong sebab rushing ke, sekurang-kurangnya tanyalah 'awak ok?'.

Masa insiden itu berlaku, tak ada seorang pun pengunjung yang prihatin. Mereka hanya lihat saya berusaha tarik selipar dan berlalu... seolah-olah ia perkara remeh.

MARYAM

"Mungkin mereka ingat saya orang asing sebab saya ditemani rakan-rakan sekuliah yang merupakan student international. Tapi apa salahnya concern... tak kira kepada sesiapa pun.

"Selebihnya ia peringatan kepada semua agar berhati-hati ketika guna eskalator. Jangan ralit main telefon bimbit. Ibu bapa pun jangan biar anak-anak sendirian. Lagi satu, pakailah pakaian atau kasut yang selamat dan sesuai," ujarnya yang berasal dari Cyberjaya, Selangor.

komen selipar

Antara komen lucu netizen pada perkongsian Maryam, namun ramai yang turut bimbang mengalami nasib yang sama.

Maryam berkata, insiden tersebut membuatkan dia untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Sebenarnya, bulan lalu ada insiden kanak-kanak cedera gara-gara tersepit kaki di eskalator... juga di pusat membeli belah yang sama.

"Selepas kejadian itu, saya beritahu kawan 'aku takutlah kalau jadi macam tu'. Tak sangka, memang betul-betul terjadi kepada diri sendiri pula namun saya bersyukur kerana tak tercedera.

"Nak kata trauma, mungkin tak sangat tapi pastinya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain