suria

Tujuh tahun kenal gadis Kelantan, Sofyank lega ‘student’ selamat jadi isteri! Ramai ramal video kahwin gempak habis

Sofyank dan pasangannya selamat dinikahkan pada Sabtu pagi. Foto: Illuisionist Studio.

SAMA cantik sama padan.

Tahniah diucapkan buat personaliti media sosial, Sofyank atau Mohd Sofian Abdullah, 26, yang selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya, Nabilah Ramli, 24, pada Sabtu pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah, Tengku Mahmud dan pengantin perempuan menerima masa kahwin 18 dinar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sofyank throwback kisah 10 tahun lepas, edit video guna ‘laptop pinjam’ - “Itu pun boleh dua kali sebulan je...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau boleh tenang tak pasal tatabahasa ni?” - Pernah jumpa Zach King, Will Smith, personaliti media sosial ini tak melatah diejek salah grammar

Pengantin lelaki turut berbalas lima dulang hantaran dalam majlis serba indah yang berlangsung di Calamaya Garden, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam pada itu, Sofyank yang ditemubual sejurus majlis sempat memperincikan semula kisah perkenalannya dengan gadis tersebut.

"Kami kenal di sekolah menengah, tujuh tahun lepas. Masa tu saya datang ke sekolah menengah saya untuk mengajar student. So, masa tu la dia kenal saya, lebih kurang macam tu.

"Masa tu saya tengah ambil diploma Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah. So kami kenal kira online je, jumpa dua tahun lepas kenal. Lepas kenal, dah jumpa, terus decide untuk ada relationship," ujarnya.

Menurut Sofyank, dia juga lega apabila selesai majlis itu yang mana ia menjadi kemuncak kepada tujuh tahun perkenalan antara mereka.

sofyank2

Pasangan ini disatukan selepas tujuh tahun berkenalan. Foto: Illuisionist Studio.

"Perasaan lepas kahwin bahagialah, kita dah dapat hidup bersama," ujar pemuda dari Kota Bharu itu.

Isterinya turut senada dengan Sofyank, malah turut berkongsi perancangan untuk menetap di Kuala Lumpur bersama suaminya itu.

"Saya rasa gembira dan lega sebab selepas tujuh tahun, kami dapat hidup bersama, sebab kita hubungan jarak jauh lama sangat. Lepas nikah rasa gembira.

"Perancangan selepas ini, saya akan ikut dia (Sofyank) pergi Kuala Lumpur sebab dia kerja di sana," ujar gadis yang berasal dari Pasir Mas itu.

Dalam pada itu, Sofyank turut membuat siaran langsung majlis berkenaan menerusi laman Instagram buat lebih 800,000 pengikutnya.

Perasaan lepas kahwin bahagia lah, kita dah dapat hidup bersama.

SOFYANK

Di ruangan komen, ramai pengikut Sofyank turut menitipkan ucapan tahniah atas hari bahagia itu.

"Tak perlu upah buat video wedding bagai, Sofyank sendiri boleh edit sendiri, dah jimat duit.

"Tahniah Sofyank dan pasangan. Moga dipermudahkan segala urusan.

"Tahniah Sofyank. Moga bahagia till jannah," tulis beberapa netizen.

Malah, ramai netizen mengakui tidak sabar untuk menonton video perkahwinannya nanti.

sofyank3

Majlis turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram Sofyank.

Untuk rekod, nama Sofyank mula meledak sejak beberapa tahun lalu selepas video kreatif yang dihasilkannya tular dan meraih perhatian ramai.

Paling diingati apabila pelakon terkenal Will Smith turut memuat naik semula (repost) video suntingan yang dihasilkannya menerusi Instagram pada tahun 2019.

Dia juga turut berpeluang untuk bersemuka dengan aktor itu ketika sesi tayangan filem Gemini Man di Budapest, Hungary pada tahun sama.

Pada April lalu, video suntingan Sofyank turut mendapat perhatian aktor Hollywood, Ryan Reynolds.

Sebelum ini, Sofyank juga pernah berkolaborasi dengan personaliti internet Amerika, Zach King.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain