BUKAN hanya mempunyai pertalian darah sebagai adik dan kakak, kini dua wanita ini berkongsi buah pinggang yang sama. Begitulah kasih seorang adik kerana sanggup berkorban mendermakan sebelah buah pinggang kepada kakaknya yang menghadapi masalah kegagalan organ itu. Perkongsian video di laman sosial mengenai dua beradik ini menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang meruntun jiwa netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah diejek 'nenek sihir' kerana dagu panjang, wanita perjelas sebab buat pembedahan rahang sampai mak tegur 'nampak lain' ARTIKEL BERKAITAN: Cemas pipi anak usia 2 tahun tertusuk berus gigi, ingatkan trauma tapi menangis sebab lapar... ibu tak sangka dapat 'request' sebelum masuk OT Bercakap kepada mStar, Wan Nor Atikah Che Wan Mohd Rozali berkata, dia menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir selepas didiagnosis pada 2018. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Reda dengan keadaan yang menimpanya, wanita berusia 32 tahun itu tidak berputus asa mendapatkan rawatan dengan menjalani dialisis dan hemodialisis. "Saya perlu buat pemindahan buah pinggang untuk merawat penyakit. Pada asalnya suami mahu menyumbangkan buah pinggangnya, tapi selepas menjalani 'workup' iaitu penilaian menyeluruh selama setahun pada Julai 2021, dia didapati tidak layak untuk menderma. Hubungan Ika (kiri) dan adik perempuannya sangat rapat. "Jujurnya, saya sedih dan mendiamkan diri selama dua bulan. Saya tidak bersosial kerana kebetulan bekerja dari rumah, akaun media sosial pun tak update," katanya ketika dihubungi. Lebih mesra disapa Ika, katanya, keadaannya itu ternyata membimbangkan adik perempuan yang begitu rapat dengannya, Wan Norsyafikah, 28. "Adik selalu contact saya beri semangat. Dia kata jangan merajuk dan marah. Saya sebenarnya tak merajuk atau marah, cuma nak ambil masa bersendirian. Masing-masing bersedia untuk menjalani pembedahan. "Apabila adik nak derma buah pinggangnya, saya bersyukur. Tapi saya risau keadaan dia ketika itu kurang setahun selepas melahirkan anak sulung," ujarnya yang berasal dari Ampang, Selangor. Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia akur tawaran yang dibuat adiknya itu atas dasar kasih sayang dan hubungan mereka yang sangat rapat sejak kecil. "Sejak sebelum kahwin kami selalu travel sama-sama. Dah kahwin pun masih travel sama bawa suami masing-masing. Adik pernah kata bila lagi nak travel macam dulu. Sebelum masuk ke dewan bedah. "Dia tak mahu travel kalau saya tak ikut sekali. Tapi apabila fikir keadaan dia, saya tanya betul ke dik? Kerana sayangkan kakak, itu jawapannya," kata ibu kepada seorang anak lelaki itu. Ika yang merupakan seorang petugas kesihatan bersyukur apabila adiknya didapati layak untuk menderma buah pinggang setelah menjalani ujian penilaian. "Saya bersyukur, gembira dan tak sabar untuk menjalani pembedahan. Tapi risau dengan keadaan adik. Dia kalau sakit sikit, demam sikit pun menangis, apatah lagi pembedahan. Jika masa saya sakit pun kami rapat, dah berkongsi buah pinggang lagi rapat. IKA "Adik memang manja dengan famili, orangnya sensitif. Tapi dia ada keberanian untuk berkorban melakukan major operation demi kakaknya," katanya yang menyifatkan adiknya sebagai seorang penyayang dan suka membantu orang lain. Pembedahan pemindahan buah pinggang selama enam jam yang dilalui Ika dan adiknya di Hospital Selayang di Selangor pada 5 Jun lalu berjalan lancar. "Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Saya bersyukur dan terhutang budi. Jika masa saya sakit pun kami rapat, dah berkongsi buah pinggang lagi rapat," katanya yang turut berterima kasih kepada suami dan seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan. Wajah ceria dua beradik setelah pembedahan berjalan lancar. Ika yang sedang pulih di hospital berkata, pesakit tidak seharusnya menganggap diri mereka sebagai pesakit, sebaliknya perlu bekerja lebih keras berbanding orang lain untuk terus hidup. "Daripada segi kekeluargaan, nasihat saya adalah jangan tinggalkan famili kita walau apa jua keadaan kerana akhirnya nanti akan cari keluarga kita," katanya yang berhasrat untuk menunaikan umrah bersama keluarganya dan keluarga adik serta ibu bapa mereka. Sementara itu rata-rata netizen turut tersentuh dengan perkongsian kisah dua beradik ini di TikTok. Antara komen netizen di TikTok. "Kalau aku pun sanggup aku serahkan nyawa.. Asalkan orang yang aku ada sihat dan bahagia. Cukuplah kehilangan ibu dan ayah. Tak sanggup kehilangan yang lain. "Siapa lagi nak berkorban kalau bukan keluarga sendiri. Semoga ukhwah adik beradik semakin kuat. "Macam mana pun tetap adik beradik. Talian darah kalau ada yang sakit, kita pun terasa juga. "Kerana kasih dan sayang dia pada kakak, pada family dia melebihi segalanya. Moga diberi kesembuhan sebaik mungkin buat kedua-duanya," kata netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI