DILAHIRKAN sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga menyebabkan hubungan wanita ini dengan adik beradiknya begitu akrab. Maka tidak hairanlah dia tidak dapat menyembunyikan rasa sedih sehingga menitiskan air mata apabila mendapat tahu abang sulungnya mahu mendirikan rumah tangga. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aloy berkata, video menunjukkan kesedihannya itu dirakam ketika hari raya kedua, bulan lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Majlis akad nikah kena sabotaj, anak saudara ‘tak restu’ makcik kahwin... Gelagat lucu budak lelaki lima tahun undang ketawa netizen ARTIKEL BERKAITAN: Adik-adik lelaki suka berkepit, kakak kongsi jiran pernah salah anggap hubungan akrab... buat laporan bukan mahram tinggal serumah "Waktu itu sesi bersalaman dan bermaaf-maafan sesama keluarga. Waktu itu hari raya kedua sebab hari raya pertama tak semua dapat berkumpul. "Ayah yang rakam video untuk dijadikan kenangan kami sekeluarga. Apabila tiba saat saya bersalaman dengan abang sulung, Khairul Amirin yang dipanggil along, serta merta saya tak dapat tahan sebak. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Bukannya sesi bersalaman untuk meminta maaf atas tapi minta along jangan kahwin," cerita wanita berusia 23 tahun ini sambil ketawa kecil. Menurut Aloy, abangnya yang berusia 27 tahun itu belum menetapkan jangka masa tertentu untuk mendirikan rumah tangga namun sudah memberi bayangan kepada keluarganya. Perbezaan usia Aloy dan abang sulungnya yang tidak jauh menyebabkan mereka sangat akrab. "Tahun-tahun sebelum ini along ada beritahu keluarga yang dia nak kahwin. Masa dia beritahu pun saya dah sedih. Sebab itu, tahun lalu dia pergi kursus kahwin dan rahsiakan daripada pengetahuan saya seorang, namun akhirnya saya dapat tahu juga. "Nanti apabila tiba saatnya, along akan perkenalkan juga bakal isterinya kepada kami. Cuma ketika ini dia ambil masa untuk yakinkan saya dulu," ujarnya Sebagai hanya satu-satunya adik perempuan, Aloy menggambarkan hubungan dia dengan abang sulungnya amat rapat kerana lelaki itu seorang yang sangat 'protective'. Aloy (dua, kanan) merupakan satu-satunya perempuan daripada empat adik beradik. "Saya ingat lagi pernah beberapa tahun lalu saya berdepan dengan masalah kemurungan dan anxiety gara-gara pernah menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja. "Lama saya alami masalah tersebut, memandangkan along pun masa itu masuk rekrut enam bulan. Sebaik saja along dah habis rekrut, dia dapat tahu masalah saya, dia balik dari Johor ke Kuala Lumpur untuk berada dengan adiknya ni. "Alhamdulillah, selepas setahun juga saya struggle dengan masalah itu, keadaan saya kembali okay. Along salah seorang yang menjadi sebab saya bangkit," ujarnya yang baru saja menamatkan pengajian di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (Ciast) di Taiping, Perak. Along juga suka beri nasihat, terutama pasal pemakaian, persahabatan. Kalau saya kenakan tudung singkat, dia tegur berhemah dan bukan meninggi suara. ALOY Bercerita lebih lanjut mengenai perwatakan pemuda itu, Aloy menyifatkan dia sebagai seorang yang gentleman, mementingkan keluarga dan pemurah. "Pernah saya tulis dalam status di media sosial mengenai sesuatu yang jadi idaman, tiba-tiba dia beritahu dah bank-in dan minta saya beli barang itu. "Along juga suka beri nasihat, terutama pasal pemakaian, persahabatan. Kalau saya kenakan tudung singkat, dia tegur berhemah dan bukan meninggi suara," ujar anak ketiga daripada empat adik beradik ini lagi. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 2.5 juta jumlah tontonan, Aloy berkata dia sekadar memuat naik video berkenaan untuk dijadikan sebagai kenangan. Aloy bersama keluarga sewaktu Aidilfitri baru-baru ini. "Mungkin ada yang lihat video tu rasa saya seperti mengada-ngada atau cengeng tapi sebenarnya memang tak dibuat-buat. Realitinya saya seorang yang sangat sensitif dan manja dengan keluarga. "Ada yang komen, beritahu mereka cemburu kerana tak rapat dengan abang masing-masing. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Kalau tak ada rezeki akrab dengan adik beradik, mungkin tuhan bagi rezeki dekat tempat lain. "Apa pun kena pandang dari sudut positif," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI