suria

Ditegur jarang pakai barang kemas, Madammu kata ‘rasa tak layak’... netizen syak aksesori dipakai lebih mahal dari emas

Madammu tenang menjawab soalan netizen mengenai barangan kemas yang dimilikinya.

USAHAWAN kosmetik Madammu cukup dikenali ramai dengan sikapnya yang bersahaja dan suka merendah diri.

Setiap kali bersiaran secara langsung di media sosial, pemilik nama Eriyca Baiduri Abdul Rashid itu juga sering melayan pertanyaan yang diajukan pengikutnya.

Dalam satu klip tular, Madammu turut menjawab soalan seorang netizen mengenai dirinya yang dilihat jarang mengenakan perhiasan emas.

ARTIKEL BERKAITAN: Emas 916 luntur warna! Cangkuk gelang tukar jadi putih... Penjual salahkan losyen, ramai pula tak puas hati

ARTIKEL BERKAITAN: Emas punya hal isteri curi-curi selongkar almari, terasa hati suami tak pernah bagi pakai... Gelang besar, gold bar pun banyak!

"Madam, madam tak ada gelas emas ke? Sebab jarang tengok madam pakai," ujar Madammu ketika membaca semula soalan yang ditulis netizen.

Jawab wanita itu, dia sememangnya tidak suka memakai emas, sebaliknya lebih selesa menggayakan aksesori atau perhiasan yang lain.

"Madammu tak ada gelang emas you all. Tak tahulah rasa tak layak diri ini nak pakai gelang emas," ujarnya berseloroh.

"Madammu tak suka pakai kuning. I tak suka pakai warna kuning. I lebih suka pakai aksesori, aksesori tu maksudnya Madammu lebih suka pakai macam gini-gini," kata usahawan itu sambil menunjukkan gelang tangannya.

Sedutan video yang dikongsi pelayar TikTok NoirWana itu sehingga kini meraih hampir 300,000 tontonan.

madam2

Netizen memuji sikap Madammu yang sentiasa merendah diri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji sikap Madammu yang sentiasa merendah diri, tak kurang juga yang memuji rupa paras serta cara percakapannya.

"Samalah madam. Suami saya sibuk tanya tak nak emas ke? Saya tak suka warna kuning juga.

"Banyak-banyak founder yang glamor, entahlah saya suka Madammu. Mungkin sebab sikap dia, nampak merendah diri sangat.

Madammu tak ada gelang emas you all. Tak tahulah rasa tak layak diri ini nak pakai gelang emas.

MADAMMU

"Madammu tak ada emas pun tak apa, tapi Madammu ada suami dan anak-anak yang comel.

"Comel je dia ni. Lembut je bercakap," tulis beberapa netizen.

Menurut netizen lagi, mereka yakin aksesori yang dipakai Madammu pastinya bernilai tinggi biarpun ia tidak diperbuat daripada emas.

madam3

Komen-komen netizen di TikTok.

"Yang dia pakai tu lagi mahal daripada emas you all.

"Berlian tu oi. Lagi mahal dari 916 (emas). Ada je orang tak suka pakai emas.

"Yang komen tu tak kenal berlian ke?

"Tak apa. Madam tak ada gelang emas pun, madam tetap banyak duit dan kaya," tulis netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain