BARU reda isu 'makcik puaka' yang tular kerana memperlekehkan pelanggan restoran di Melaka, timbul pula kisah seorang lelaki dipercayai dari negeri sama didakwa bersikap biadab. Bukan terjadi di restoran, sebaliknya insiden itu berlaku di dalam sebuah bas yang dinaiki oleh seorang pemuda bersama pasangan kembarnya. Menerusi satu perkongsian di laman sosial, dia menceritakan pengalamannya berhadapan dengan seorang lelaki berusia yang bercakap dalam loghat Melaka, gara-gara tempat duduknya diambil seorang penumpang wanita. ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri dengar peniaga maki pelanggan restoran popular Melaka, 'makcik puaka' siap hina gara-gara pesan telur dadar ARTIKEL BERKAITAN: Anak 'makcik puaka' restoran Melaka pertahan ibu, hanya berbalah bukan mencarut... Pelanggan tetap patut dah kenal perangai suka bebel "Baru je viral fasal ni (isu adab), tadi aku kena dengan pakcik ni. Orang Melaka la kot sebab aku perasan loghat dia. Aku naik bas, tengok-tengok dah ada orang duduk. "Kemudian kembar aku cakap 'sorry tu nombor kerusi kami, makcik nombor berapa?' Lepas tu pakcik depan menyampuk, 'Eh kau ni , duduk jela depan tu yang kosong tu. Cari jela kat depan tu'," tulisnya menerusi bebenang oleh pengguna Twitter bernama Rafael. Kisah seorang peniaga didakwa memperlekehkan pelanggan sekeluarga di sebuah restoran Melaka menjadi tular. Tanpa mendedahkan bila dan lokasi kejadian, pemuda itu bagaimanapun kesal dengan sikap pakcik berkenaan yang bukan sahaja bercakap kasar, malah mementingkan diri sendiri. "Dia boleh cakap macam tu instead of cakap elok-elok. Kau sedar tak pakcik, kau tu dah ambil hak orang. "Orang bayar dah pilih untuk duduk situ, kau pandai-pandai duduk lepas tu suruh orang cari kerusi lain. Cakap kasar tu tak boleh terima," kata anak muda itu tanpa menjelaskan hubungan pakcik dan makcik itu. Rafael bercerita mengenai tempat duduknya di dalam bas diambil oleh penumpang lain. Menurut Rafael lagi, lelaki yang sudah berusia itu bagaimanapun terus membebel tanpa rasa bersalah. "Kembar aku ada balas juga, aku tak ingat. Dia masih membebel macam kami yang salah. Aku tak kira la kau orang tua ke orang Melaka ke, kau ambil hak orang... cakap la elok-elok. Kau sedar ke tak pakcik, kau tu dah ambil hak orang? RAFAEL "Aku fikir orang lain juga. Kalau aku duduk tempat orang, nanti orang lain pula yang ingat aku duduk tempat dia. Lepas tu aku pula kena tukar? "Kan dah menyusahkan orang kat situ. Haih kau pilih naik bas, kau duduk je tempat kau beli tu. Jangan menyusahkan orang," tambahnya. Pakcik itu mengarahkan Rafael supaya mengambil tempat duduk penumpang lain. Jelas pemuda itu lagi, dia sebenarnya boleh bertolak ansur sekiranya penumpang berkenaan bercakap dengan baik. "Kalau dia cakap elok-elok aku okay je. Boleh je cari tempat lain. Aku pula kena explain dan cadangkan perempuan tu duduk dengan perempuan lain yang seorang juga. "Dia tak rasa tu menyusahkan orang lain ke? Dia tak ada terima kasih pun. Melaka-Melaka juga, budi bahasa kena jaga apa lagi kau ambil hak orang," tulisnya menerusi posting di Twitter @rafaelahmad_ Rafael kesal dengan sikap seorang pakcik yang bercakap kasar. Sejak minggu lalu, kecoh mengenai isu peniaga di sebuah restoran popular di Melaka berkelakuan kasar dengan memaki hamun pelanggannya. Kekecohan yang berlaku itu membuatkan Kerajaan Negeri Melaka menegur pengusaha restoran di Bandar Hilir itu kerana didakwa melayani pelanggan dengan kasar. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Ngwe Hee Sem dilaporkan berkata, meskipun Melaka terkenal dengan lenggok bahasa yang agak kasar, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk bercakap kurang sopan sehingga mencalarkan imej negeri. “Kita tidak mahu timbul salah faham membabitkan pelancong luar sehingga mencalarkan imej Melaka, mungkin sudah memang cara bertutur mereka begitu (kasar) tetapi bukan semua boleh terima,” katanya kepada pemberita selepas berkunjung ke restoran itu dan bertemu dengan pemiliknya pada Sabtu lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI